Terkini | New

Kerjasama Buat Kali Pertama Bagi Melebarkan Sayap Dan Mengembangkan Sukan Gusti di Malaysia.

Kerjasama Buat Kali Pertama Bagi Melebarkan Sayap Dan Mengembangkan Sukan Gusti di Malaysia.



Setelah 9 tahun bergiat dalam Sukan ini membuatkan Shaukat (Pengusti bertanjak Malaysia) bertungkus lumus bagi menempatkan Sukan ini terutamanya bagi peminat Sukan Gusti di Malaysia. Berdepan pelbagai cabaran terutamanya dari segi kewangan membuatkan perjalanan ahli Gusti malaysia semakin sukar.



Kerjasama antara NOAH X dan APAC tidak sekadar mengembangkan menerusi platform digital ke peringkat global, kerjasama ini juga para penggusti di Malaysia akan menerima gaji bulanan danan semua perbelanjaaan ke luar negara akan di tanggung sepenuhnya.Setakat ini ada 4 Pengusti sepenuh masa di malaysia iaitu Serigala, Double K, Shaukat, Phoenix diyana.


NOAH X, Merupakan syarikat trading di Malaysia. Baru bergiat selama 2 tahun, mula tertarik dengan Sukan Gusti setelah melihat bakat-bakat penggusti negara yang bertungkus lumus membawa industri ini terutama di Malaysia.NOAH X adalah platform digital yang bakal membawa industri Gusti di Malaysia ke persada global.


Menurut Pengarah Pembangunan Peniagaan , Alchemist Code Sdn Bhd Ong Wei Chen mereka tertarik dengan bakat muda seperti yang di miliki Ayez Shaukat dan Phoenix Diyana memandangkan tidak ramai penggusti di Malaysia. Menerusi kerjasama ini, APAC akan lebih dikenali menerusi kejohanan Gusti yang akan menemukan bakat Gusti malaysia dengan kejohanan Gusti di USA dan Japan serta di serata Dunia.

Turut serta adalah Phoenix diyana antara pengusti wanita pertama berhijab yang berjaya sebagai ahli gusti pro berhijab pertama di dunia, menjadi terkenal di seluruh dunia apabila menewaskan empat lelaki untuk menjadi juara Gusti Gusti Pro Malaysia pada 2019.


Majlis MOU turut sertai CEO APAC Aron Koh, COO APAC Shaukat, CEO NOAHX Datuk Seri Halton Chin dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Ong Wei Chen. MOU kerjasama ini akan berlangsung selama setahun dengan pelbagai program serta kejoganan secara fizikal dan digital telah di atur bagi tahun 2023.