Terkini | New

Perlancaran MAHA BUFFET IAITU BUFFET IFTAR TERBESAR DI MALAYSIA PADA 2023

Perlancaran MAHA BUFFET IAITU BUFFET IFTAR TERBESAR DI MALAYSIA PADA 2023

Sempena MAHA IFTAR TERBESAR MALAYSIA PADA 2023 satu review hidangan makanan telah berlansung untuk pengunjung dan media. Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia FNB iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar dan western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. 

Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang.

MAHA BUFFET kerana mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari dan 20 stall live cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih & menariknya di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut menikmati menu berbuka yang lazat dan menepati citarasa anak-anak.

Dengan tagline “Family Friendly Buffet”,mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik. Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.

Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Ia memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.

Ruang makan yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang.

Sepanjang program food testing ini, pelbagai jenis makanan dan minuman yang kami nikmati dan rasanya sangat memuaskan hati. Sedap, terasa seperti makan dirumah. Cukup rasa, bahan dan yang paling penting BERSIH. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayang & teliti penyediaanya. Bab makanan ni, kebanyakan memang cerewet tapi saya yakin di MAHA BUFFET, anda tidak akan menyesal.

200 jenis menu pelbagai jenis
Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
2 mega Kids area
Persembahan artis nasyid terkenal
Perkongsian penceramah terkenal tanah air
Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya
Parking PERCUMA
Surau yang luas & selesa

Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Hanya RM89.90 SAHAJA untuk dewasa & RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas serta PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://mahabuffet.com.my