Terkini | New

Preview Ramadan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation Bertemakan PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI

Preview Ramadan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation Bertemakan PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI


Semenyih Eco Venture Resort & Recreation adalah tempat rekreasi yang akan membawa anda kembali ke alam semula jadi dan menjauhkan anda dari kesibukan kota. Dengan tanah seluas 20 ekar, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation menyediakan aktiviti yang terbaik untuk teambuilding, hari keluarga, acara sukan dan perkhemahan.


Anda akan berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti seperti memanah, paintball, berbasikal, berkayak, aktiviti “high rope” seperti flying fox, wall climbing atau aktiviti yang lebih lasak seperti meredah hutan dan sungai dan juga ATV.


Semenyih Eco Venture Resort & Recreation juga merupakan tempat penginapan kontainer terbesar di Malaysia. Selain daripada itu, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation turut menyediakan pelbagai pilihan makanan seperti masakan Thai, masakan Western dan juga steamboat.


Menyahut seruan kerajaan, Semenyih Eco Venture Resort & Recreation membawa TEMA PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI bersempena bulan Ramadan ini. Juga menjadikan Semenyih Eco Venture Resort & Recreation sebagai pusat pelancongan Madani terbesar di Malaysia dengan pelbagai aktiviti menarik yang sedia ada di sini.



Pemilihan kumpulan Rabbani sebagai artist dan juga rakan synergi kerana kredibiliti, berpengaruh dan telah mencipta nama tersendiri dalam industri hiburan tanah air. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Antaranya kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) menyediakan program dalaman dan luaran seperti dibawah.

PROGRAM PERKAMPUNGAN MADANI RAMADAN DIHAYATI

PAKEJ MADRASAH RAMADAN
23 Mac to 20 April ( Sebulan )

Aktiviti :
- Kelas pengajian kitab\
- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail
- Berbuka puasa, moreh dan sahur
- Aktiviti Out door
- Iftar Jamaie
Pakej untuk seorang RM1990.00

PAKEJ LAILATULQADAR
12 April 21 April ( 10 malam terakhir ) Aktiviti :

Aktiviti :
- Kelas pengajian kitab
- Program kerohanian Tadarus, Terawih & Qiamullail
- Berbuka puasa, moreh dan sahur
- Aktiviti Out door
- Iftar Jamaie
Pakej untuk seorang RM1990.00

Bagi pakej berbuka puasa bersama Rabbani akan bermula dari 1 Ramadan hingga 27 Ramadan 1444 Hijrah.



PAKEJ BERBUKA PUASA BERSAMA RABBANI

DEWASA RM68.00
KANAK - KANAK 6-12 TAHUN RM34.00
WARGA EMAS 60 TAHUN KEATAS RM40.00
KANAK - KANAK 6 TAHUN KEBAWAH PERCUMA

Diskaun sebanyak tiga puluh percent (30%) akan diberikan pada mereka yang membuat tempahan pada tiga hari pertama dan tiga hari terakhir.


Menyediakan lebih 200 menu masakan traditional Malaysia, Asia dan Timur Tengah terdiri dari satu pasukan pakar masakan yang berpengalaman.




Pengunjung dapat menikmati makanan seperti nasi mandy kambing yang cukup sedap dan popular sehinggakan pencuci mulut yang lazat.





Bagi pelanggan yang berbuka puasa bersama Rabbani di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION sepanjang Ramadan ini akan memenangi hadiah cabutan bertuah berupa Dua pakej Umrah, tajaan MJ Success Travel & Tours Sdn Bhd dan Satu pakej Umrah, tajaan As Safa Travel Sdn Bhd. Hadiah harian berupa pakej percutian 2 Hari 1 Malam di SEMENYIH ECO VENTURE RESORT & RECREATION.






Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh berhubung dengan:
HQ Semenyih Eco Venture Resort & Recreation pada talian +6017 420 9358
Muhammad Aiman pada talian +6019 239 0668
Afrina Izzati pada talian +6011 2814 2816