Terkini | New

Pandang Pertama Samsung Galaxy A54 5G Portrait Malam Dipertingkatkan

Pandang Pertama Samsung Galaxy A54 5G Portrait Malam Dipertingkatkan

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy A54 5G bersama portrait malam dipertingkatkan dengan sensor kamera yang lebih besar. Saiz kamera utama sedikit besar 50MP F1.8 OIS berbanding dengan Samsung Galaxy A34 5G hanya 48MP F2.2 OIS. Kedua-dua mampu menghasilkan gambar yang menarik di waktu malam.


Samsung Malaysia memperkenalkan Galaxy A baharu iaitu Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G semasa acara Gen Z Friendship Get-Together di Rollerwa, LaLaport Bukit Bintang City Centre. Kali ini kita akan melihat dan membuka kotak Samsung Galaxy A54 5G untuk tatapan semua.



Galaxy A baharu Samsung Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G berperanan menjadi telefon pintar sebagai teman hebat yang berusaha keras untuk mengubah kerja harian dan berhibur sepanjang hari termasuklah malam lebih lama yang mengagumkan. Bertemakan Awe-Day, Awe-Night memboleh malam hari dengan kamera utama yang besar mampu bergambar cantik di waktu malam atau tempat gelap.


Hadir dengan kamera hadapan 32 MP, F/2.2 bersama kamera utama 50 MP, F1.8 OIS, Kamera makro 5 MP, F/2.4 dan 12MP F2.2 Kamera ultra lebar. Ternya saiz kamera memang padu dan bersaiz besar. Samsung Galaxy A54 5G menampilkan penstabilan imej optikal (OIS) dan penstabilan digital video (VDIS) yang dipertingkatkan yang membolehkan anda menangkap kandungan hebat dengan yakin, dengan kejelasan yang menakjubkan. Berswafoto pun pasti terang dengan 32MP F2.2 lebih besar.  AI Enhanced kamera untuk gambar yang jelas dengan perincian yang luar biasa dalam gelap.



Samsung Galaxy A54 5G kali ini menampilkan paparan Super AMOLED 6.4 inches FHD+ Infinity-O dengan resolusi 1080 x 2340 pixels, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz. Samsung Galaxy A54 5G menggunakan pemproses Processor Octa-core 2.4 GHz bersama RAM 8 GB dan storan dalaman 256 GB. Ciri menarik lain ialah kemampuan kalis air IP67 dan bateri 5000 mAh yang mampu bertahan 2 hari.



Antara yang menarik lain Samsung Galaxy A54 5G anda boleh menggunankan ciri Awe-Day seperti Kongsi Pantas, Mod & Rutin, Samsung Wallet dan LINK to window yang pasti memudahkan kerja anda.


Unboxing Samsung Galaxy A54 5G
1. SamsungSamsung Galaxy A54 5G, 8GB RAM 256GB | Awesome Graphite
2. USB Cable ( Type C)
3. SIM Pin
4. Kertas User Guide Samsung Galaxy A54 5G & Samsung Warranty Register Online

SPESIFIKASI PERANTI SAMSUNG GALAXY A54 5G

Model: Samsung Galaxy A54 5G
Paparan: Super AMOLED, 120Hz, 1000 nits (HBM)
Saiz paparan : 6.4 inches, 100.5 cm2 (~82.9% screen-to-body ratio) 1080 x 2340 pixels
Pemprosesan: Octa-core (4x2.4 GHz Cortex-A78 & 4x2.0 GHz Cortex-A55)
Cip: Exynos 1380
OS: Android 13, One UI 5.1
Kalis Air: IP67 Based on lab test conditions for submersion in up to 1 meter of freshwater for up to 30 minutes
RAM: 8GB
Memori Dalaman: 256GB
Kamera Utama: Triple: 50 MP, F/1.8, (wide), PDAF, OIS + 12 MP, F/2.2, 123˚ (ultrawide), 5 MP, F/2.4, (macro)
Kamera Depan: 32 MP, f/2.2, 26mm (wide)
Video: 4K@30fps, 1080p@30/60fps, 720p@480fps
Bateri: Li-Po 5000 mAh, non-removable battery, 25W wired
USB: USB Type-C
Sistem Imbasan: Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, compass


Warna Pilihan: Awesome Lime, Awesome Violet, Awesome Graphite, Awesome White
Harga Jualan: RM1,899

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A54 5G anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung Galaxy A54 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a54-5g-green-256gb-sm-a546elgdxme