Terkini | New

SAMBUT 30 TAHUN, AL-IKHSAN SPORTS TERUS MENDOMINASI PASARAN PERUNCIT BARANGAN SUKAN MALAYSIA

SAMBUT 30 TAHUN, AL-IKHSAN SPORTS TERUS MENDOMINASI PASARAN PERUNCIT BARANGAN SUKAN MALAYSIA

Tawar hadiah bernilai lebih daripada RM200,000 kepada pelanggan bertuah


Al-Ikhsan Sports bermula dengan operasi mikro di mana pada tahun 1993, pengasasnya, Tuan Haji Ali Hassan telah membuka kedai pertamanya di Holiday Plaza, Johor Bahru. Dengan pengalaman yang agak perit ketika meminta diskaun bagi sepasang but bola Lotto, beliau berazam menjadikan perniagaan ini sebagai satu usaha membantu rakyat Malaysia bagi mendapatkan barangan yang berkualiti dengan harga mampu milik.


Seiring dengan misi tersebut, Al-Ikhsan Sports terus berkembang dan berjaya membuka 100 buah cawangan sebelum kemasukkan Ekuinas (Ekuiti Nasional Berhad) sebagai pemegang saham pada tahun 2016. Dengan kerjasama ini, Al-Ikhsan Sports semakin berkembang pesat dengan perolehan tahun yang cukup memberangsangkan. Football Republic yang mengkhususkan kepada produk sukan bola sepak sahaja, dilahirkan atas kegilaan rakyat Malaysia untuk sukan no: 1 dunia ini.



Al-Ikhsan Sports telah menerima pelbagai pengiktirafan lokal serta antarabangsa untuk operasi cemerlang sepanjang 30 tahun beroperasi. Antara pengiktirafan yang diterima adalah “World Branding Awards – Brand of the Year 2019-2020 dan 2022 Wolrd’s Best Emerging Brand Award.”


Selain bekerjasama dengan pelbagai jenama antarabangsa seperti adidas, Nike, Puma, Messi, Liverpool FC, UMBRO Harimau Malaya dan Lotto, Al-Ikhsan Sports turut mempunyai jenama tersendiri yang telah diperkenal pada tahun 1994. AL Sports memfokuskan produk gaya hidup serta sukan pada harga yang mesra rakyat dengan kualiti yang terbaik.



Al-Ikhsan Sports juga aktif dalam penajaan sukan khususnya bola sepak, di mana peruncit sukan terbesar negara itu telah menaja Liga M4 Liga Bola Sepak Amatur dalam memupuk semangat dan bakat dari peringkat akar umbi. Selain itu, beberapa kelab bola sepak turut menerima tajaan jersi. Antara lain, Terengganu FC, Sabah FC dan Kedah FC. Al-Ikhsan Sport berikrar untuk menyokong bukan sahaja bola sepak tetapi juga sukan lain seperti ragbi. Terlibat dalam menaja pasukan Ragbi Malaysia (MRU) telah mempamerkan usaha dan minat Al-Ikhsan Sports yang sentiasa ada.



TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KEPADA MASYARAKAT.

Setelah melalui fasa Al-Ikhsan 1.0 dan 2.0 yang menyaksikan pertubuhan agresif yang positif dengan 183 buah cawangan serata semenanjung Malaysia, Al-Ikhsan Sports kini fokus untuk menjadikan perancangan Al-Ikhsan 3.0 sebagai satu realiti. Menggabungkan 4 dasar, syarikat gergasi ini percaya, ianya tidak mudah namun tidak mustahil untuk dicapai dengan sinergi serta komitmen semua pihak yang terlibat.

• Perluasan ke pasaran baharu: Al-Ikhsan merancang untuk berkembang ke Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) dan peringkat global.

• Penggabungan ekstensif dalam digital: Al-Ikhsan merancang untuk melabur dalam kehadiran digitalnya, termasuk kedai dalam talian dan aplikasi mudah alih.

• Kepelbagaian penawaran produk: Al-Ikhsan merancang untuk mengembangkan penawaran produknya termasuk pemakanan sukan dan pelancongan sukan.

• Fokus pada pengalaman pelanggan: Al-Ikhsan merancang untuk memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang hebat, baik di dalam kedai mahupun dalam talian.

Bermula Julai 2023, rakyat Malaysia akan disajikan dengan sebuah kempen “PENGALAMAN SUKAN PALING HEBAT” di mana dengan hanya pembelian serendah RM100, akan melayakkan pelanggan untuk memenangi hadiah bulanan dan hadiah-hadiah utama yang cukup lumayan.

Berkonsepkan lebih banyak anda belanja, lebih besar peluang untuk menang, peraduan ini akan berlangsung selama 9 bulan. Berbelanja sepanjang 9 bulan ini, dan perbelanjaan terkumpul yang paling banyak akan diangkat sebagai pemenang.

Mekanik penyertaan adalah seperti berikut :

1. Pendaftaran keahlian Al-Ikhsan Sports melalui laman e-dagang rasmi Al-Ikhsan.

2. Setiap ringgit yang dibelanjakan akan ditukarkan kepada mata markah dan peserta akan menerima emel secara mingguan untuk mengetahui status carta kedudukan terkini.

3. Carta kedudukan bulanan akan diset semula bagi pemilihan pemenang bulanan

4. Pemenang utama kempen akan beliaumbilkira melalui jumlah mata keseluruhan.

Tawaran Hadiah:

1. Percutian (7h6m) Majlis Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris bernilai RM50,000

2. Percutian (5h4m) ke EURO 2024, Jerman termasuk 2 tiket perlawanan akhir UEFA EURO 2024 bernilai RM 40,000

3. Percutian (5h4m) ke EURO 2024, Jerman termasuk 2 tiket perlawanan peringkat kumpulan UEFA EURO 2024 bernilai RM 40,000

4. Percutian (5h4m) ke Anfield / Liverpool untuk 2 orang termasuk tiket perlawan Liga Inggeris bernilai RM25,000

5. F1 VIP Pass + trip 2024 bernilai RM12,500

6. Pengalaman perlumbaan di Sepang International Circuit bernilai RM10,000

7. 4x RM7,500 baucar tunai Al-Ikhsan

8. Hadiah bulanan termasuk telefon pintar serta barangan elektrik

Bersempena sambutan ulangtahun yang ke 30 ini, Al-Ikhsan Sports turut mengeluarkan edisi khas produk seperti jersi, botol air dan beg wocen yang berharga RM29.99 RM9.99 dan RM3.99 yang boleh dijadikan tanda mata daripada syarikat itu.

Anda juga layari laman e-dagang Al-Ikhsan Sport di www.al- ikhsan.com untuk pengalaman pembelian hujung jari yang mudah.