Terkini | New

Ulasan Penuh Samsung Galaxy Z Flip5

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar peranti boleh lipat Samsung Galaxy Z Flip5 yang lebih fleksibiliti tahun 2023. Kami kongsikan gambar-gambar menarik sepanjang penggunaan Samsung Galaxy Z Flip5 untuk tatapan semua.


Samsung Galaxy Z Flip5 peranti yang mudah dilipat separuh dan boleh berdiri tegak yang lebih berinovasi dengan paparan 6.7-inci lebar dengan rekabentuk yang bergaya cukup kecil untuk mudah dimuatkan di tapak tangan. Flex Hinge baharu untuk reka bentuk yang seimbang dan keupayaan kamera gred pro dengan FlexCam yang unik.





Hadir dengan kamera hadapan swafoto 10 MP F2.2. Anda boleh menemui kamera utama 12 MP F2.2, kamera 12MP (ultra-lebar) Dual Pixel AF, OIS, F1.8 untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti. 



Paparan nisbah mode: 22:9


Paparan nisbah mode: 9:16 dengan ultra wide.

Samsung Galaxy Z Flip5 menampilkan shoot dengn paparan nisbah mode: 22:9 berbanding biasa iaitu 9:16 yang serupa dengan skrin pawagam yang lebar dan luas. Pasti menjadi pilihan kepada peminat photography landscape dan jurutera yang menghasilkan gambar yang lebih luas dan terperinci.


Tangkapan gambar lebih luas dengan paparan nisbah mode: 22:9 


Paparan nisbah mode: 9:16 dengan ultra wide.


Paparan nisbah mode: 3:4


Paparan nisbah mode: 1:1

Antara hasil dari gambar ultra lebar dengan kamera lensa 12MP (ultra-lebar) Dual Pixel AF, OIS, F1.8 untuk menghasilkan tangkapan gambar dengan pemandangan yang indah dan mempersonakan. Hasil pasti mantap tangkapan 0.5X lebar memenuhi semua ruang skrin Samsung Galaxy Z Flip5.




Pelbagai lagi setting dan mode menarik untuk anda pilih termasuklah portrait video dan pro video untuk pilihan anda jelajahi dan bergambar dengan cara anda tersendiri.

 

Zoom 0.5


Zoom 1X


Zoom 3X


Zoom 4X


Zoom 10x


Seperti biasa kami kami akan kompilasikan tangkapan gambar dari ultra wide 0.5X hingga 10X zoom yang terdapat pada lensa Samsung Galaxy Z Flip5. walaupun hasil zoom 10X hasilnya masih ternyata jelas.



Flex Hinge baharu menjadikan pengalaman boleh dilipat yang berupaya menjadikan kamera unik seperti Flex Cam untuk mengambil gambar dari sudut kreatif. Secara automatik membahagikan skrin kepada dua apabila peranti dilipat menjadikan ia unik dan bergaya.





Samsung Galaxy Z Flip5 menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.7-inch FHD+, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz , Infinity Flex Display (2640 x 1080, 22:9) untuk tangkapan lebih luas. Manakala paparan hadapan 3.4-inch Super AMOLED 60Hz Display *720 x 748.



Beberapa lagi gambar landscape yang menarik sekitar Kuala Lumpur untuk tontonan anda. Paparan 22:9 menjadi pilihan kerana tampak luas dan terperinci.




Samsung Galaxy Z Flip5 menggunakan pemproses Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy 8GB RAM , storan dalaman 256GB dan 512GB. Bateri pula 3,700mAh dual bateri dengan prestasi yang dioptimumkan.




Sempat mencuba beberapa aplikasi permainan terbaru yang laju dan tanpa sebarang masalah. Bertambah teruja dengan skrin Infinity Flex Display 2640 x 1080, 22:9 yang lebih lebar dan luas.






Samsung Galaxy Z Flip5 mempunyai pelbagai menu dan widget menarik seperti Flex Window, pengguna boleh menyemak dan mengawal Widget dengan mudah, termasuk cuaca, pasaran saham dan muzik, tanpa perlu membuka lipatan telefon. Nantikan diulasan seterusnya..


SPESIFIKASI PERANTI Samsung Galaxy Z Flip5.

Model: Samsung Galaxy Z Flip5.
Paparan:  6.7-inch FHD+*Dynamic AMOLED 2X, 120Hz Adaptive refresh rate (1~120Hz), Infinity Flex Display (2640 x 1080, 22:9)
Paparan Depan : 3.4-inch Super AMOLED 60Hz Display*720 x 748 306 PPI
CipSnapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy
RAM: 8GB 
Memori Dalaman : 256 GB & 512GB
Kamera Utamakamera utama 12MP F2.2, kamera 12MP (ultra-lebar) Dual Pixel AF, OIS, F1.8 dan 12MP Wide-angle CameraDual Pixel AF, OIS, F1.8
Kamera Depan: 10 MP
Bateri: 3,700mAh (typical) dual battery
Water Resistance : IPX8
SIM/Telefon: One Nano SIM* and one eSIM**
Security : Samsung Knox with Samsung Knox Vault
Sensors : Capacitive Fingerprint sensor (side), Accelerometer, Barometer, Gyro sensor, Geomagnetic sensor, Hall sensor, Proximity sensor, Light sensor


Warna Pilihan : Mint, Graphite, Cream, Lavender
*[Samsung.com Exclusive] Gray, Blue, Green, Yellow*

Harga Jualan: 256GB , 512GB RM 4,499

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Flip5 anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial samsung di www.samsung.com/my/offer/flip5-fold5 dan https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/