Terkini | New

Konsert Letto Di 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur Berjaya Mengisi ‘ruang Rindu’ Para Peminatnya Di Malaysia

Konsert Letto Di 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur Berjaya Mengisi ‘ruang Rindu’ Para Peminatnya Di Malaysia


Konsert Kumpulan Letto telah diadakan pada 12 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Peminat Letto disajikan dengan lagu lagu mengamit nostalgia awal tahun 2010 hingga kini. Band popular dari Indonesia ini berjaya memukau lebih 2000 orang peminat mereka menerusi Konsert Letto 20th Anniversary. Diiringi dengan muzik gamelan yang memukau dibawa khas dari Yogjakarta.


Walaupun disebalik kisah sedih kumpulan ini yang pernah diejek sebagai ‘kelas kedua’ kerana berbahasa jawa dan seperti budak kampung sebelum ini, namun Letto berjaya membuktikan mereka menduduki ‘kelas pertama’ dihati peminatnya di Malaysia apabila menyampaikan lagu lagu yang melekat dihati.


Mereka turut membawakan lagu popular tanahair seperti Isabella, Suci Dalam Debu. Dalia Fahana turut berganding dengan membawa lagu Senyumanmu.

Dalam pada itu, selaku vokalis Letto, Noe turut meluahkan rasa syukur nya kerana berpuas hati konsert mereka mendapat sambutan yang baik daripada peminat sehingga tiket habis dijual.



"Alhamdulillah tidak seperti yang kita jangkakan saya rasa sangat menyenangkan untuk membuat persembahan di sini. "la juga merupakan pengalaman yang baru untuk kami kerana terasa sangat berbeza apabila membuat konsert di sini.



"Terasa lebih memuaskan berbanding di Indonesia kerana dari segi peralatan dan tempat untuk beraksi, jadi kami rasa lebih berpuas hati," ujarnya.



Secara keseluruhannya konsert kali ini berjaya menghiburkan peminat Letto yang selama 10 tahun menantikan persembahan mereka.