Terkini | New

Taobao Malaysia Melancarkan Jualan Pertengahan Tahun 618 Terbesar dengan Apilkasi Platform Tiga Bahasa

Taobao Malaysia Melancarkan Jualan Pertengahan Tahun 618 Terbesar dengan Apilkasi Platform Tiga Bahasa


Taobao Malaysia hari ini mengumumkan kemunculan semula Jualan Pertengahan Tahun 618 pada tahun ini, disertai pelancaran antara muka baharunya dalam Bahasa Melayu. Mulai sekarang, pengguna di Malaysia boleh menikmati pengalaman beli-belah dalam Bahasa Melayu, Inggeris, atau Cina, sekali gus menjadikan platform e-dagang popular ini lebih mudah diakses dan mesra pengguna. Pencapaian ini merupakan satu langkah penting dalam komitmen Taobao untuk mempertingkatkan pengalaman beli-belah dalam talian tempatan.


Platform ini turut memperkenalkan beberapa kemas kini utama yang bertujuan untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna. Antaranya termasuk Ciri Carian Imej, yang membolehkan pengguna mengambil atau memuat naik gambar untuk mencari barangan seumpama melalui pengecaman berkuasa AI; 'Coins Cashback', iaitu misi daftar masuk harian dan insentif pembelian di penjual terpilih yang menawarkan penghantaran percuma, di mana pengguna boleh mengumpul ganjaran 'Coins' dan menikmati 'Cashback' bagi setiap pembelian; serta Ganjaran Eksklusif Pengguna Baharu, serendah RMB 1 (bersamaan RM0.62), yang menawarkan promosi menarik khas untuk pembeli Taobao kali pertama. Usaha-usaha ini mencerminkan komitmen jenama dalam menambah baik kebolehcapaian dan kemudahan bagi setiap pembeli, dengan mengurangkan halangan bahasa serta menjadikan pengalaman beli-belah lebih menyeronokkan dan berbaloi.


Jess Lew, Pengurus Negara Taobao Malaysia berkata: "Kami teruja untuk melancarkan Jualan Pertengahan Tahun 618 kali ini dengan momentum dan matlamat yang lebih besar. Di Taobao, kami menegaskan semula komitmen kami untuk menghubungkan semua rakyat Malaysia melalui sebuah platform yang bukan sahaja lebih setempat, tetapi juga lebih selamat dan berorientasikan perkhidmatan. Daripada pengenalan antara muka tiga bahasa dan sokongan logistik yang dipertingkatkan, hinggalah ke langkah keselamatan yang kukuh serta promosi yang terlalu menarik untuk dilepaskan, setiap penambahbaikan yang kami lakukan adalah untuk menawarkan pengalaman beli-belah dalam talian yang lebih lancar, lebih selamat, dan lebih berbaloi kepada pengguna di Malaysia."


Jenama ini turut menyaksikan pelbagai kisah menginspirasikan daripada rakyat Malaysia yang merealisasikan impian keusahawanan mereka dengan menjadikan Taobao sebagai sumber mereka. Pada tahun 2020 dan 2022, Taobao telah bekerjasama dengan kerajaan negeri tempatan, agensi dan institusi latihan untuk melancarkan program latihan KOL penstriman langsung LiveNOW, yang bertujuan untuk membimbing dan membangunkan pemimpin pendapat utama dalam bidang penstriman langsung, sambil memperkasakan golongan berpendapatan rendah untuk meneroka peluang baharu dalam era digital. Program ini telah berjaya melatih lebih daripada 500 penstrim langsung dan usahawan digital tempatan generasi baharu.


"Di Taobao, kami sentiasa komited untuk menyokong komuniti tempatan. Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian pelanggan di Taobao lebih cekap dan menyeronokkan dengan meningkatkan keupayaan platform serta menaiktaraf perkhidmatan-perkhidmatan secara tempatan. Pilihan kategori-kategori fesyen dan perabot kediaman yang lebih luas dengan lebih banyak tawaran harga yang berpatutan dan penghantaran sepantas lima hari melalui penghantaran udara yang akhirnya dapat meningkatkan gaya hidup mereka," tambah Jess.


Meraikan Peristiwa Penting yang Bersejarah Ini dengan Promosi yang Tidak Boleh Dilepaskan

Untuk menandakan detik yang mengujakan ini, Taobao Malaysia meningkatkan lagi kemeriahan sambutan dengan Jualan Pertengahan Tahun 618 terbesar setakat ini, yang berlangsung dari 28 Mei jam 20:00 hingga 20 Jun jam 23:29, 2025. Para pembeli di seluruh Malaysia kini boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan bersifat setempat, dengan pilihan bahasa untuk semua dan keriangan membeli-belah tanpa had.

Pelbagai tawaran eksklusif dan ganjaran menanti*, untuk masa terhad sahaja:

* Penghantaran laluan laut percuma untuk pesanan melebihi ¥199 (bersamaan RM116) dengan Coins Cashback

* Belanja dan Menang Tiket Penerbangan ke Seoul dengan kerjasama RHB Bank

* Potongan sehingga RM68 bagi diskaun pembayaran serta-merta

* Nikmati diskaun sehingga 50% dengan kod promosi

* Jualan pelbagai produk sehingga 15% diskaun

Taobao 618 mempersembahkan peluang yang tepat pada masanya untuk semua pembeli di Malaysia berjimat sambil mendapatkan barangan yang menambah baik kehidupan harian mereka.

Aplikasi Taobao tersedia untuk dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Raya Taobao Malaysia, sila ikuti kemas kini di saluran media sosial rasmi Taobao Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok, atau layari aplikasi Taobao.