Terkini | New

Domino’s Pecah Tradisi Dengan Piza Mac & Cheesy Pertama Malaysia!

Domino’s Pecah Tradisi Dengan Piza Mac & Cheesy Pertama Malaysia!


Memecah tradisi kebiasaan piza, Domino’s Pizza Enterprise Ltd (Domino’s) sekali lagi mencipta kelainan! Kali ini dengan menukar pasta kegemaran ramai kepada pengalaman piza yang luar biasa. Memperkenalkan Piza Mac & Cheesy, sajian pemikat selera yang menggabungkan keenakan pasta makaroni berkrim dan keju dengan kenikmatan piza dalam setiap suapan yang tak dapat dilupakan.



Bermula dari 22 Julai 2025, pelanggan boleh menikmati Piza Mac & Cheesy, yang didatangkan dalam tiga perisa yang menambat selera. Dengan doh yang diuli secara segar dan dilapisi dengan sos keju yang mewah, setiap piza disempurnakan dengan taburan makaroni lazat yang berkrim dan keju mozarela ‘tarik’ dan sentuhan akhir rumpai laut untuk rasa enak dan menyelerakan. Piza Original Mac & Cheesy menjanjikan cita rasa sungguh lazat dan memuaskan, manakala Mushroom Mac & Cheesy memberikan sentuhan rasa asli yang tersendiri, dengan taburan cendawan dan keju mozarela yang secukupnya. Spicy Beef Mac & Cheesy pula menambat selera dengan kepingan daging pedas berempah, titisan sos cili merah membara dan taburan cili merah jeruk. Pelanggan juga boleh menambah Ultimate Sausage Crust (Kerak Piza dengan Sosej Premium) untuk kepuasan yang menyelerakan, sesuai untuk dikongsi bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura, dan Kemboja, Ringo Joannes berkata, “Di Domino’s, usaha mencipta produk penuh inspirasi yang digemari rakyat Malaysia menjadi tumpuan kami dan kami yakin tentang satu perkara, iaitu rakyat Malaysia sememangnya amat menggemari keju. Data kami menunjukkan secara konsisten bahawa inovasi berasaskan keju sentiasa menarik minat pelanggan, bermula dengan pelancaran Mega Cheese kami pada 2022 dan diteruskan dengan Piza Cheese Volcano dan Piza World Cheese pada 2024. Sama ada anda seorang pelajar mahupun orang dewasa, produk berasaskan keju dilihat sebagai satu trend utama. Sejajar dengan itu, kami teruja untuk memperkenalkan Piza Mac & Cheesy serba baharu, yang membawakan dua hidangan kegemaran dalam satu pilihan hebat. Tawaran piza luar biasa ini adalah untuk tempoh terhad sahaja, dan pelanggan boleh menikmati pasta kegemaran mereka dalam bentuk piza, secara eksklusif di Domino’s.”

Pelanggan boleh menikmati keenakkan piza Mac & Cheesy bermula pada harga serendah RM7.90 untuk piza Personal. Untuk pengalaman lebih memuaskan, pelanggan juga boleh memilih Ultimate Sausage Crust pada harga tambahan RM6 untuk Piza Regular atau RM9 untuk Piza Large. Domino’s juga akan membuat tawaran istimewa dari 22 hingga 27 Julai 2025 di mana pelanggan yang membeli kombo Beli 1 Percuma 2 boleh menambah Piza Mac & Cheesy Personal dengan hanya tambahan RM1.99. Tawaran ini boleh didapati secara eksklusif di laman web dan aplikasi mudah alih Domino’s.

Sama ada anda seorang penggemar piza, peminat makaroni dan keju, atau hanya menginginkan sesuatu yang berbeza, Piza Mac & Cheesy kini boleh didapati di semua cawangan Domino’s di seluruh negara. 

Pesanan boleh dibuat menerusi laman web, aplikasi mudah alih, atau di mana-mana cawangan Domino’s yang berdekatan. 

Untuk maklumat terkini, layari www.dominos.com.my atau ikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram.