Terkini | New

Shopee Seller Summit 2025: Memacu Pertumbuhan Kukuh Bersama Penjual Tempatan

Shopee Seller Summit 2025: Memacu Pertumbuhan Kukuh Bersama Penjual Tempatan


Shopee Malaysia telah menganjurkan program Seller Summit tahunannya, menghimpunkan ratusan usahawan tempatan di bawah tema "Future of E-Commerce: Profitable Growth with New Wave Shoppers". Edisi kali ini memberi fokus kepada bagaimana penjual boleh memperkukuh hubungan dengan pembeli, memperbaiki proses penghantaran, dan mengembangkan perniagaan ke peringkat serantau, di samping memanfaatkan teknologi pintar untuk kekal berdaya saing.

Pengarah Negara Shopee Malaysia, Saovanee Chan-Somchit, dalam ucapan pembukaannya, telah berkongsi hala tuju utama platform untuk separuh kedua 2025. Ini termasuk kelestarian penjual, jualan dibantu teknologi AI, pertumbuhan kandungan dan ahli affiliate, serta kepantasan penghantaran. Fokus ini selari dengan komitmen Shopee untuk membantu penjual tempatan berkembang secara mampan seiring perubahan trend pembeli dan landskap e-dagang yang semakin kompetitif. Beliau menyatakan, "Matlamat kami bukan sekadar membantu penjual jadi lebih besar, tapi lebih bijak, dengan menyediakan alatan dan sokongan yang selari dengan cara pembeli Malaysia membeli hari ini".

Kandungan & Pencipta: Memacu Pertumbuhan Jualan

Antara tumpuan utama sidang adalah ekosistem kandungan Shopee yang semakin berkembang seperti Shopee Live, Shopee Video dan YouTube Shopping menerusi program Shopee Affiliates. Platform-platform ini membantu penjual mempamerkan produk secara lebih menarik dan interaktif. Dengan sokongan lebih 650,000 ahli affiliate berdaftar, rangkaian ini menjadi pemacu utama kepada trafik dan keyakinan pembeli. Format kandungan seperti ini amat berkesan untuk menarik pembeli muda berpotensi tinggi seperti Gen Z dan Milenial yang kini lebih bergantung kepada ulasan video dan cadangan pempengaruh sebelum membeli. Bagi membantu penjual memanfaatkan peluang ini, Shopee terus memperluas jaringan ahli affiliate melalui inisiatif seperti Content Creator Club, Video Missions dan Stream-a-Thons.

Penghantaran Lebih Laju, Pintar & Fleksibel

Shopee turut memperkenalkan naik taraf logistik, termasuk perluasan Penghantaran Hari Sama dan Hari Esok ke seluruh negara. Penghantaran Hari Esok merentas negeri kini tersedia antara Melaka dan Negeri Sembilan, dengan laluan lain bakal diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan Penghantaran Segera akan dilancarkan tidak lama lagi, menawarkan penghantaran segera ke pintu dalam beberapa jam sahaja, bermula di Lembah Klang sebelum diperluas ke kawasan lain. Selain itu, servis Pengambilan Sendiri di lebih 5,000 lokasi seluruh negara membolehkan pembeli menikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum.

Fulfilled-by-Shopee (FBS): Tingkat Operasi Tanpa Beban Tambahan

Shopee turut mendalami manfaat Fulfilled-by-Shopee (FBS), penyelesaian sehenti di mana Shopee menguruskan proses pembungkusan hingga penghantaran. Penjual mendapat kelebihan seperti penghantaran lebih cepat, pengendalian yang lebih baik (termasuk kadar pemulangan yang lebih rendah), dan manfaat eksklusif seperti yuran diskaun dan akses ke Malaysia Timur. 

Perkhidmatan ini sangat membantu penjual yang berdepan lonjakan pesanan semasa kempen atau kekangan storan. Law How Keong, Pengarah Urusan Pineng Malaysia, berkongsi pengalamannya dengan FBS, menyatakan ia banyak membantu memastikan bungkusan dibungkus dengan baik dan dihantar tepat pada masanya, menjimatkan mereka daripada perlu menghantar bungkusan sendiri.

Alat Pintar Kurangkan Beban Operasi Harian

Shopee turut memperkenalkan alatan untuk membantu penjual menguruskan operasi harian dengan lebih efisien. AI Shop Chatbot mengautomasi jawapan untuk pertanyaan biasa pembeli. Sementara itu, ciri sokongan visual seperti penjanaan kandungan dibantu teknologi AI membantu penjual menaik taraf senarai produk mereka dengan suntingan manual yang minimum. Gabungan penyelesaian ini mengurangkan kerja berulang, meningkatkan kadar pembelian, dan membolehkan penjual fokus kepada pengembangan perniagaan mereka.

Selain alatan ini, Shopee mengukuhkan komitmennya terhadap kelestarian penjual dengan langkah-langkah berterusan untuk mengurangkan kos dan kerumitan berniaga, termasuk pengecualian yuran untuk penjual baharu dan kecil, serta sifar yuran untuk barangan keperluan.

Sokongan Selepas Jualan yang Lebih Kuat

Untuk meningkatkan pengalaman jualan secara keseluruhan, Shopee telah mempermudah proses pemulangan dan pemulangan wang. Platform ini kini menanggung kos penghantaran balik terpilih dan menawarkan perlindungan yang lebih jelas untuk pemulangan barangan bersegel.

Pengalaman Penjual Usahawan di Shopee

Sidang Seller Summit ini diakhiri dengan sesi panel bersama penjual-penjual berjaya dari KitaShopSabah, Sangla Foods, Pineng Malaysia, dan Mari Mari Home. Fong Shu Ying, Pengurus Produk Kanan Sangla Foods, menekankan kepentingan kesediaan semasa kempen dan penggunaan strategi baucar yang agresif untuk menarik pembeli. Pengalaman mereka menyerlahkan bagaimana ekosistem alat Shopee membantu penjual menguruskan pertumbuhan dengan lebih efektif.

Sempena ulang tahun Shopee yang ke-10 di Malaysia, platform ini menegaskan semula komitmennya untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan membantu mereka berkembang dengan penuh keyakinan.