MR D.I.Y. meraikan kreativiti Asia Tenggara menerusi pertandingan serantau pertamanya.
MR D.I.Y. meraikan kreativiti Asia Tenggara menerusi pertandingan serantau pertamanya.

MR D.I.Y. Plus, Mid Valley Kuala Lumpur diserikan dengan warna dan semangat dari Asia Tenggara, bersempena pengumuman pemenang Pertandingan Seni Serantau MR D.I.Y. yang diadakan buat pertama kalinya dengan tema “Identiti & Kepelbagaian”.
Pertandingan seni edisi pertama ini menggandingkan bakat-bakat seni dari Indonesia, Malaysia dan Thailand, menandakan satu bab baharu yang mengujakan dalam inisiatif seni yang kian berkembang di MR D.I.Y..
Pameran Seni Serantau MR D.I.Y. menampilkan kepelbagaian karya kreatif pemenang peringkat nasional yang terpilih dari tiga negara Asia Tenggara untuk bertanding di peringkat serantau.. Setiap karya mengangkat tema identiti, warisan dan kepelbagaian melalui sentuhan kreatif, menyatukan kisah peribadi serta budaya. Pameran ini terbuka untuk orang ramai di MR D.I.Y. Plus, Mid Valley Kuala Lumpur dari 12 hingga 17 November 2025.
Panel juri yang terdiri daripada sembilan orang wakil Malaysia, Thailand dan Indonesia telah berkumpul pada 30 Oktober 2025 untuk menilai penyertaan yang diterima. Kriteria penilaian merangkumi aspek kreativiti, keaslian, dan interpretasi tema oleh para peserta. Panel juri dari Malaysia terdiri daripada Ivan Gabriel, Bingley Sim dan Liong Mei Yin. Panel juri Thailand diwakili oleh Vichaya Mukdamanee, Subhachog Jumsai Na Ayudhya, dan Watjanasin Charuwattanakitti, manakala Indonesia diwakili oleh Ristyo Hartanto, Budhy Irawati, dan Haryadi Tandio.
Mohd Al-Khuzairie (Malaysia) meraih Anugerah Utama Kategori Awam menerusi karya bertajuk “In the Mood for Love: Time and Memory”, manakala hadiah utama bagi Kategori Pendidikan dimenangi oleh Diandra Lamees (Indonesia) menerusi karya penuh ekspresi bertajuk “Upacara Imlek Versiku”.
Mengulas tentang inisiatif tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong, berkata, “Pertandingan ini lebih daripada sekadar pameran seni, tetapi juga meraikan identiti serantau. Melalui penyertaan artis dari pelbagai negara, kami ingin memupuk semangat kreativiti, saling memahami dan menghargai kepelbagaian budaya di Asia Tenggara.”
Dilancarkan pada tahun 2022, Pertandingan Seni MR D.I.Y. bertujuan memupuk bakat seni tempatan serta memperkasa ekosistem kreatif yang inklusif di Malaysia. Sambutan menggalakkan dari para peserta tempatan telah membuktikan potensi besar inisiatif ini, mendorong MR D.I.Y. untuk mengembangkan inisiatif ini ke negara lain, seiring dengan perkembangan serantau jenama tersebut. Melalui platform ini, MR D.I.Y. terus komited memperjuangkan seni dan budaya sebagai pemangkin perpaduan, identiti, dan hubungan sosial dalam kalangan komuniti.
Pertandingan Seni MR D.I.Y. telah menjadi platform untuk mencungkil bakat seni tempatan dan memperkukuh ekosistem kreatif yang inklusif di Malaysia. Sambutan luar biasa daripada peserta tempatan membuktikan keberkesanan inisiatif ini, sekali gus mendorong MR D.I.Y. memperluaskannya ke peringkat serantau sejajar dengan pertumbuhan jenama. Melalui platform ini, MR D.I.Y. terus meraikan seni dan budaya sebagai penghubung kepada perpaduan dan identiti masyarakat.