Terkini | New

International Umrah And Tourism Exhibition 2026 Perkukuh Ekosistem Pelancongan Islam Global Di Enam Negara

International Umrah And Tourism Exhibition 2026 Perkukuh Ekosistem Pelancongan Islam Global Di Enam Negara

Workshow International Umrah And Tourism Exhibition 2026 (HUITM) bakal memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem pelancongan Islam global dengan menghimpunkan pemain utama industri Umrah, Haji dan pelancongan Islam dari Arab Saudi. Workshow ini dianjurkan oleh HUITM (Hajj and Umrah International Travel Market) dengan sokongan strategik ASEAN Federation of Umrah and Hajj (AFUH).


Mr. Hakan Sahin – Managing Director & Exhibition Organizer, Ahmad Mahmud Fita Kita Iskandar Official Representative of ASEAN, ​HE. Dr. Karomidin Gadoev – Ambassador of Uzbekistan to Malaysia, ​Mr. Sherzod Sami – Presiden of Association UZSAA,​Dato' Seri Dr. Mohd Khalid Harun – Presiden of Association AFUH dan Dato' Sri Razali Mohd Sham Presiden of Association PAPUH.

"Dengan pengalaman penganjuran di Türkiye, Uzbekistan dan Belgium, HUITM akan memperluaskan jangkauan globalnya pada tahun 2026 dengan memulakan siri roadshow pameran antarabangsa di tujuh negara. Berlandaskan keyakinan bahawa kejayaan bermula daripada pemilihan platform yang tepat, Malaysia dipilih sebagai destinasi pembukaan dan titik permulaan kepada perjalanan global HUITM, selari dengan peranannya sebagai peneraju pelancongan Islam serta hab strategik industri haji dan umrah di peringkat antarabangsa. Roadshow ini akan bermula di Malaysia pada 18 Jun 2026, diikuti Indonesia pada 23 Jun 2026, Uzbekistan pada 27–28 Jun 2026, Maghribi pada 2 Julai 2026, Türkiye pada 11–12 Julai 2026, dan Kazakhstan pada 13 September 2026. Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan kedudukan HUITM sebagai platform antarabangsa utama bagi industri pelancongan Islam dan perjalanan ibadah."


Platform B2B Strategik untuk Industri Pelancongan Islam

​Workshow Antarabangsa Umrah & Pelancongan 2026 direka sebagai platform profesional B2B yang menghubungkan penyedia perkhidmatan utama dari Arab Saudi dan pasaran antarabangsa secara langsung dengan pemain industri tempatan dan serantau.

Penyertaan Pemain Industri Utama

  • ​Syarikat Umrah & Pelancongan (B2B)
  • ​Hotel dan rangkaian penginapan antarabangsa
  • ​Syarikat penerbangan dan perkhidmatan penerbangan
  • ​Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC)
  • ​Syarikat pemprosesan visa dan teknologi pelancongan
  • ​Pengendali pengangkutan dan perkhidmatan darat
  • ​Agensi pemasaran, digital dan perkhidmatan sokongan




Objektif Penganjuran

​Pameran ini bertujuan untuk:

  • ​Memperkukuh kerjasama global dalam industri Umrah dan pelancongan Islam
  • ​Memudahcara rundingan B2B dan pembentukan kerjasama strategik
  • ​Menyokong transformasi digital dan inovasi perkhidmatan
  • ​Menghubungkan syarikat tempatan dengan penyedia perkhidmatan dari Arab Saudi
  • ​Membuka akses pasaran antarabangsa kepada semua peserta






Edisi Malaysia: Gerbang Pelancongan Islam ASEAN

​Workshow Antarabangsa Umrah & Pelancongan 2026 Edisi Malaysia akan diadakan pada 18 June 2026 di InterContinental Kuala Lumpur, dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, menampilkan sesi Workshow, rangkaian perniagaan dan padanan perniagaan berstruktur.

​Persatuan AFUH merupakan antara persatuan Malaysia yang paling utama menyokong HU-ITM, dengan memainkan peranan penting dalam menyokong dan membangunkan industri Haji dan Umrah serta memperkukuh kerjasama strategik di peringkat serantau dan antarabangsa.

​Dato' Seri Dr. Mohd Khalid Harun, Presiden Persatuan ASEAN Federation of Umrah and Hajj (AFUH) berkata, "Malaysia telah lama diiktiraf sebagai hab utama pelancongan Islam dan perkhidmatan Umrah. AFUH menyokong HUITM yang berfungsi sebagai medium untuk memperkukuh jaringan antarabangsa serta membuka peluang perniagaan baharu kepada agensi pelancongan Malaysia bagi menembusi pasaran global, khususnya Arab Saudi dan Asia Tengah. Sokongan ini selari dengan misi AFUH untuk meningkatkan profesionalisme, inovasi serta keterhubungan global dalam industri pelancongan Islam."




Membina Ekosistem Global yang Lebih Bersepadu

​Lebih daripada sekadar pameran, Workshow Antarabangsa Umrah & Pelancongan 2026 berfungsi sebagai jambatan strategik yang menghubungkan pasaran tempatan dengan kepakaran global. Melalui penganjuran di enam negara, acara ini komited untuk memperkukuh jaringan kerjasama, membuka peluang baharu serta meningkatkan kualiti dan daya saing industri pelancongan Islam di peringkat global.

​Penganjur mengalu-alukan penyertaan pemimpin industri, rakan strategik dan pihak berkepentingan untuk bersama-sama membina ekosistem Umrah dan pelancongan Islam yang lebih kukuh dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.