Samsung melancarkan Galaxy Z Series bersama Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 di Malaysia
Samsung melancarkan Galaxy Z Series bersama Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 di Malaysia

Samsung memulakan Jelajah Haus of Fold, menandakan ketibaan Galaxy Z Series terkini dan meraikan kedudukannya sebagai Pilihan Boleh Lipat Rakyat Malaysia. Berikutan pelancaran global inovasi boleh lipat terbaharu Samsung di Galaxy Unpacked, Galaxy Z Fold8 baharu telah menarik perhatian rakyat Malaysia.

Dengan permintaan pra-pesanan yang kukuh bagi Galaxy Z Fold8 dalam warna Lavender dan Graphite, laman web Samsung mengalami trafik yang tinggi, mencerminkan kehendak yang kian meningkat untuk telefon boleh lipat yang dinamik, versatiliti, dan pelbagai fungsi seperti gaya hidup rakyat Malaysia sendiri. Galaxy Z Series baharu membawa faktor bentuk yang segar dan cara baharu untuk merasai teknologi mudah alih, memberikan rakyat Malaysia telefon boleh lipat yang direka khas mengikut gaya hidup mereka.


Sambutan yang hangat daripada rakyat Malaysia ini seterusnya mencerminkan kedudukan Galaxy Z Series sebagai peranti yang dicipta untuk gaya hidup Malaysia yang semakin bertumpukan kemudahan alih dan terhubung. Dengan Galaxy Z Fold8 baharu yang memeperkenalkan faktor bentuk segar bagi menawarkan pengalaman yang lebih mendalam sambil kekal serba boleh untuk kegunaan harian, Samsung memberikan rakyat Malaysia lebih banyak cara untuk beralih secara lancar antara tugasan kerja, hiburan, dan segala-galanya di antaranya.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menjadikan Galaxy Z Series benar-benar pilihan telefon boleh lipat anda. Sambutan yang luar biasa daripada pengguna dan pihak media mencerminkan bagaimana rakyat Malaysia menerima kemungkinan baharu dan menjadikan telefon boleh lipat sebahagian daripada gaya hidup harian mereka. Dengan generasi baharu peranti Galaxy Z ini, Samsung melangkah ke satu lagi bab inovasi boleh lipat yang teruja, memberikan rakyat Malaysia lebih banyak cara untuk mencipta dan terhubung mengikut syarat mereka sendiri. Pada akhirnya, persoalannya bukan lagi sama ada mahu memiliki telefon boleh lipat atau tidak, tetapi telefon boleh lipat mana yang paling sesuai dengan gaya hidup anda – dan kami bangga kerana rakyat Malaysia terus memilih Galaxy Z," kata Presiden Charles Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.


Hubungan Galaxy Z Series dengan budaya Malaysia melangkaui teknologi. Semasa Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-69 pada bulan ini, Galaxy Z Series menyatukan hiburan dan pengalaman yang digemari oleh rakyat Malaysia.


Nilai-nilai keberanian, ketabahan, dan semangat patriotisme yang mendalam dihidupkan di layar perak menerusi filem terbaharu Takluk 2: Op Daulat! Berkongsi pengalaman penggambaran mereka menggunakan Galaxy Z Series di majlis tersebut, pelakon utama filem berkenaan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Kamal Adli, dan Anas Ridzuan telah membuat kemunculan istimewa sambil menayangkan treler rasmi filem aksi thriller terbaharu mereka.


Menambah kemeriahan majlis yang dipenuhi bintang itu, ikon Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut membuat kemunculan khas, berkongsi pengalamannya menggunakan Galaxy Z Fold8, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Galaxy Z Series sebagai peneraju dalam kategori peranti boleh lipat, termasuk bagi ikon kesayangan Malaysia.



Dengan faktor bentuk unik yang baharu, beberapa jenama yang paling dikenali di Malaysia telah menyertai pengalaman Galaxy Fold8, memudahkan pengguna membawa rutin harian yang sedia ada ke dalam gaya hidup boleh lipat yang baharu. Ini termasuk aplikasi berikut: Ambank, CelcomDigi, Gigi Coffee, GSC Cinemas, iQIYI, Maybank, Maxis, dan ZUS Coffee aplikasi paling banyak digunakan dan digemari oleh rakyat Malaysia di mana-mana jua.
.jpg)
Sebagai Pilihan Boleh Lipat Rakyat Malaysia, Galaxy Z Series direka merangkumi pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia. Daripada menyelesaikan kerja semasa dalam perjalanan dan mencipta kandungan, hingga kekal terhubung dengan rakan serta keluarga, menikmati hiburan dan merakam detik-detik harian, Galaxy Z Series menyesuaikan diri dengan pelbagai cara rakyat Malaysia menggunakan telefon pintar mereka.


.jpg)


Dapatkan Galaxy Z Series dan Galaxy Watch Series Terbaharu di Malaysia Hari Ini.
Dibina berasaskan kepakaran boleh lipat dan wawasan pengguna selama tujuh generasi, skrin penutup yang lebih luas pada Galaxy Z Fold8 dioptimumkan untuk interaksi pantas seperti menghantar mesej, melayari internet, dan video berformat pendek, manakala paparan utama 4:3 menawarkan pengalaman yang lebih mendalam untuk membaca, bermain permainan video, dan menonton kandungan.
.jpg)

.jpg)
Sementara itu, Galaxy Z Fold8 Ultra menampilkan struktur paparan yang lebih nipis didayakan oleh teknologi Flex Titanium baharu yang turut menyokong ketahanan berpanjangan serta mengurangkan kesan lipatan dari semasa ke semasa. Paparan utama 8 inci yang luas memberi lebih ruang untuk tugasan berbilang (multitasking), dan sistem kamera yang dinaik taraf membantu pengguna merakam perincian, warna, dan kejelasan yang lebih kaya.



Galaxy Z Flip8 ialah model Flip Samsung yang paling anggun setakat ini, dibina untuk pengekspresian diri dan interaksi pantas semasa dalam perjalanan. FlexWindow yang direka semula membawa aplikasi, wawasan, tindakan, dan bantuan terus ke skrin penutup berasaskan maklumat diperibadikan pengguna.
.jpg)


Dari 14 Ogos hingga 4 Oktober 2026, jimat sehingga RM1,909.90 apabila anda membeli Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8, atau Galaxy Z Flip8 yang baharu.
