Recent comments

Terbaru

Taman Negara Johor : Pulau Kukup dan Tanjung Piai

Kami berkesempatan mengunjungi Pulau Kukup dan Tanjung Piai yang terletak di negeri Johor. Kawasan ini amat popular di kalangan peminat hutan paya bakau dan peminat alam semulajadi. 

Keindahan kawasan ini terpelihara dengan harapan generasi muda akan dapat menikmati keindahan ini yang kebanyakkan hampir hilang dan pupus.

Pulau Kukup.

Perjalanan kami menuju ke jeti untuk ke Pulau Kukup terletak 1km dari jeti perkampungan lama nelayan Kukup, daerah Pontian Johor. 

Dari jeti kelihatan sangkar-sangkar ikan dan homestay untuk pemancing-pemancing tegar. Kebanyakkannya pemancing akan menuju ke rumah rakit yang terletak jauh dari jeti.










Taman Negara Johor Pulau kukup menjadi salah satu daya tarikan khazanah hutan paya bakau semulajadi yang menarik untuk anda kunjungi. Anda boleh menaiki bot di jeti bersebelahan Terminal Antarabangsa Kukup, Johor.

Bayaran masuk
Dewasa RM5.30
Kanak-kanak RM3.20
Bot RM5/pax
Follow Instagram @tamannegarajohor


Pulau kukup merupakan sebuah pulau kecil yang berkeluasan 1447 hektar. Hutan paya bakau Pulau Kukup ini merupakan yang terbesar di Malaysia dan merupakan hutan paya bakau tanpa penduduk kedua terbesar di dunia. Terima kasih kepada pihak Taman Negara yang membawa kami menerokai hutan paya bakau yang jarang-jarang dapat kita dekati.












Pulau Kukup telah menjadi tempat pelancongan yang berjaya menarik pelancong-pelancong untuk datang ke sini. Sempat kami berbual dengan pelancong dari Taiwan ketika kami kesini. Segala kemudahan dan penambahbaikan sedang giat dilakukan bagi mempromosikan Pulau Kukup. Kami harap agar terus maju dan berjaya lagi.















Kami sempat bergambar bersama dengan pokok terbesar dan pokok yang pernah di tanam oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mencemar duli ke Pulau Kukup.

Pulau Kukup juga merupakan kawasan dan persinggahan lebih daripada 76 spesis burung, serta pelbagai jenis haiwan liar termasuklah spesis-spesis monyet, babi hutan. Tidak dinafikan bahawa Taman negara Pulau Kukup ini harus diangkat dan digazetkan oleh kerajaan Negeri Johor sebagai sebuah taman negara pada bulan March 1997 .






Photo and video by Eddy Rush / Zharif


























Pelawat juga berpeluang berkunjung ke muzium yang menempatkan sejarah dan latar belakang mengenai Taman Negara Pulau Kukup ini. 

Di sini tersimpannya pelbagai cerita dan sejarah sepanjang Pulau Kukup ditemukan sehinggalah ia menjadi sebuah tempat pelancongan yang wajib dilawati sekiranya bertandang ke negeri Johor.

Taman Negara Johor Pulau Kukup
Lot 139, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian Johor
Dibuka setiap hari : 9.00 AM - 5.00 PM
Tel : 07-696 9355


Tanjung Piai
Seterusnya kami menuju ke Taman Negara Johor Tanjung Piai di mana terdapat lebih 22 jenis spesis pokok bakau yang terdapat di Tanjung Piai. 

Tanjung Piai merupakan titik terakhir selatan tanah besar Asia. Tanah besar Asia merupakan satu kepulauan yang besar dan di Tanjung Piai ini merupakan titik terakhir tanah besar dan mendapat jolokan Southernmost tip of mainland Asia.



















Taman Negara Tanjung Piai.
Perbadanan Taman Negara Johor. Mukim Serkat, 82030 Pontian Tel : 07-6969 712/ 6969 796. Faks : 07-6969 786 / 07-6961 029. 
Website : www.johorparks.com.my.
Dibuka setiap hari : 9.00 AM - 5.00 PM

Tiket masuk untuk warganegara Malaysia tak termasuk GST RM 5 (Dewasa), RM 3 (Kanak-kanak)

Terima kasih di atas inisiatif untuk memelihara dan memulihara khazanah negara yang kaya ini. Sesungguhnya hutan paya bakau sangat diperlukan dan banyak membantu dalam mengimbangi ekosistem.



Pengembaraan kami ke negeri Johor#Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. 

Perjalanan kami ke 
Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lhat dan explore. 

Kami berterima kasih kepada Tourism Johor yang membantu perjalanan kami dan serta pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur. Terima kasih Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee.

18 comments:

  1. So nice!
    Cheers,
    siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Best nye tengok you all travel camni. memang harus pergi kalau saya sampai ke Johor. Menarik betul tempat ni.

    ReplyDelete
  3. Memang menarik Taman Negara Johor ni. Rose sekarang duduk Batu Pahat, tapi belum berkesempatan nak menerokai Taman Negara Johor di Pontian tu lagi. Sekitar tahun 2013 pernah singgah sekejap sahaja di Tanjung Piai...

    ReplyDelete
  4. Menariknya juga tempat ni. Paya Bakau nampaknya tempatnya terjaga elok. Bagus sebab banyak juga hidupan liar kat paya bakau macam ular, burung2, ketam dll. Tiket nak masuk pun berpatutan. Tak la mahal sangat.

    ReplyDelete
  5. Tgok korang semua travel rasa macam nak join..tp memandangkan commitment kerjaya maka kuburkan aje la hasrat tu...hehehe...harap satu hari nanti dapat pergi sini

    ReplyDelete
  6. Semakin cantik lokasi ini. Cuaca saja yang panas terik tempat beginning tapi jangan putus asa ambil banyak2 gambar di sini.

    ReplyDelete
  7. wah menarik betul ya johor banyak rupanya tempat yang boleh dilawati dan masih kelihatan seperti hutan yang terjaga gitu, thanks for sharing hope you had fun ! ;)

    ReplyDelete
  8. Trip ni nampak menarik sbb bukan sahaja dpt menghargai persekitaran ekotourism negara tetapi melihat sendiri pelbagai usaha yang dilakukan dlm memulihara persekitaran dan menarik minat pelancong terhadap keunikan alam semulajadi negara kita. Pengalaman yg berharga dan menyeronokkan :)

    ReplyDelete
  9. Tanjung Piai saya dah pernah sampai. Memang cantik dan laluan paya bakau tu sangat Instagrammable. Tapi Pulau Kukup tu nampak cantik! Teringin sangat nak ke sana!!

    ReplyDelete
  10. eh.. betul ke murah je masuk Taman Negara Johor Pulau kukup ni? rm5.30 je? wah.. best nya.. kalau dapat pi sini memang nak ambil gambar banyak-banyak la sebab pemandangan cantik.. alaaa nak naik bot gak.. nuhuihihi

    ReplyDelete
  11. Tanjung Piai tu penghujung Semenanjung tau. Boleh dikatakan tempat bersejarah dan wajib visit. Cuma dulu takda aktiviti sangat. Sekarang ni bagus bila Tourism Johor buat macam-macam aktiviti. Semoga ramai pelancong ke sana.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya gambar2 nie sema. Rawlins last sampan Pulau Kukup masa belajar dulu - takde kelengkapan sebebini indah tapi pemandangan memang sangat menarik.

    ReplyDelete
  13. cantik tempat dan pemandangannya.. belum pernah pergi lagi. insyaAllah ada masa nanti boleh pergi ke sana nak tengok keindahan tempatnya.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Reading your blog is like flipping photo album. Lolz... So many photos to see and the place really beautiful.

    Wanna have my day trip there as well.

    Racheal

    ReplyDelete
  15. Tak pernah lagi sampai ke pulau kukup. Mcm menarik je kan. Kalau gi gan geng harus seronok ni. Nantilah..klaau ada masa free bolehlah sis terjah ke sana

    ReplyDelete
  16. Dah lama tka pergi trip macam ni..
    trip ramai2 cmni best..

    ReplyDelete
  17. Lawa tempat ni. Mesti best bau area grove tu kan. Bau semulajadi yang takkan dapat di KL hehe

    ReplyDelete
  18. Wah! macam best sangat you orang travel so many nice spots in Johor. I tak pernak pergi Taman Negara Johor before. Nice place to explore the nature.

    ReplyDelete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)