Terkini | New

Pembukaan Rasmi Muezza Archery Proshop Cetus Semangat Baharu Dalam Dunia Memanah Malaysia

Pembukaan Rasmi Muezza Archery Proshop Cetus Semangat Baharu Dalam Dunia Memanah Malaysia


Peminat sukan memanah kini mempunyai destinasi utama baharu apabila Muezza Archery Proshop secara rasmi melancarkan pembukaan rasminya pada Sabtu, 21 Jun 2025, yang terletak di R-01-11, EMIRA, No. 4, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.




Sebagai kedai flagship pertama Muezza, proshop ini akan menjadi pusat sehenti bagi peralatan memanah bertaraf dunia, menampilkan jenama antarabangsa seperti Wiawis dan MK Archery, serta menawarkan akses kepada program pembangunan komuniti, program kejurulatihan, dan aktiviti interaktif berkaitan memanah.



Turut menambah kemeriahan majlis lagi kehadiran selebriti Diana Danielle bersama personaliti tv dan rakan influencer yang lain bersama anak-anak mereka.



Hadiah percuma daripada Wiawis & MK Archery serta hadiah PERCUMA untuk 100 pelanggan pertama dengan pembelian minimum RM50 termasuklah diskaun sehingga 70% untuk barangan terpilih. Cabutan bertuah bernilai RM7,000, ditaja oleh MK Archery.





Majlis pembukaan ini turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Muezza Archery dan MK Archery, menandakan satu kerjasama strategik bagi memperkukuhkan komuniti memanah di Malaysia. Antara inisiatif bersama ialah pembangunan ruang kecergasan dan latihan fizikal yang menyokong secara holistik keperluan atlet dan peminat sukan ini.




Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jenama, Muezza merancang untuk membuka 2 hingga 3 cawangan baharu dalam masa terdekat, termasuk di lokasi strategik sekitar Lembah Klang dan kawasan pinggir bandar.



Muezza juga melihat peningkatan minat dalam kalangan selebriti, artis, dan pempengaruh media sosial terhadap sukan memanah. 


Ada antara mereka yang telah membeli peralatan daripada Muezza dan menggalakkan anak-anak mereka untuk menceburi sukan ini sebagai satu aktiviti yang bermakna dan membina fokus.

Untuk maklumat lanjit sila layari laman web dan sosial media Muezza.