Terkini | New

Bufet Ramadan Felda D'Saji 2018 Menjanjikan Kepelbagaian

Pakej Berbuka Puasa di Felda D'Saji 2018.

[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan. 

Bufet Ramadhan Felda D'Saji 2018 Menjanjikan Kepelbagaian menu menarik. Felda D'Saji kini bersedia dengan kepelbagaian melebihi 120 hidangan menu di Bufet Ramadan 2018 dengan temanya "Colours Of Malaysia".

Harga bagi buffet Ramadhan:
Harga Biasa dan Early Bird Offer
sehingga 15 May 2018.
Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur : RM 88.00 / EB RM 69
Orchard Villa Gombak : RM 58.00 / EB RM 48
Red Carpet Avenue Kota Damansara : RM48.00 / EB RM 40






Terdapat lima buah cawangan Felda D'Saji yang menyediakan buffet Ramadan ialah Dewan Perdana Felda Red Carpet Avenue, Orchard Villa, Tasik Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa. 

Pengalaman selama 20 tahun dalam penyediaan juadah ramadan, Felda Dsaji yakin pendekatan baru dan kepelbagaian menu, akan menjadikannya lebih relevan dan memenuhi citarasa pelanggan. 

Ini bakal meletakkan D Saji sebagai lokasi Utama Bufet Ramadan pada tahun ini. Di Dewan Perdana Felda, 40 orang Chef akan menyajikan juadah berbuka puasa dengan tema "Colours Of Malaysia". 





Antara menu utama adalah Stuffed Whole lamb (Nasi Dalam Perut kambing), Citarasa Ramadan Warisan Melayu, Kambing Bakar dengan 9 rempah dan pelbagai juadah pilihan terbaik. 

Terdapat 4 lokasi Bufet Ramadan yang boleh anda kunjungi dengan tema tersendiri untuk dikunjungi. Orang ramai boleh terus datang terus ke cawangan cawangan DSaji untuk berbuka puasa. 




Tema yang diperkenalkan mengikut lokasi adalah 'Colours of Malaysia' di Dewan Perdana Felda adalah Taste of Asean' .

Dsaji KL Titiwangsa, Malay Authentic and Grills' di orchard Villa Gombak dan Cempaka villa Bangi dan citarasa ramadan di Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara. 





Pelbagai pilihan makanan ayang ada termasuklah makanan tradisional hinggkan makanan barat serta makanan laut yang menarik perhatian dengan deco yang cantik dan suasana yang meriah.






Pilihan makanan laut

Pilihan Pizza dan makanan jepun seperti sushi turut memeriahkan bufet Ramadhan kali ini.








Pilihan kuih-muih yang pasti memikat selera pengunjung yang datang termasuk la kuih-muih yang popular di sabah seperti kuih cincin.






Masakan tradisional kampung juga tak tertinggalan pasti ada pada mereka yang rindukan kampung halaman.






Tahun ini, Felda D'Saji turut memperkenalkan D'Saji Delivery sepanjang bulan Ramadan. Dengan harga serendah RM300 yang boleh dinikmati oleh 12 sehingga 15 orang, pelanggan tiada lagi alasan untuk tidak memperolehi hidangan makanan istimewa dan lazat dari Felda D'Saji



Felda Saji kini juga telah bersedia untuk meneroka pasaran perkhidmatan perhotelan dan franchise Penerokaan bidang baharu ini pastinya akan membawa Felda D'Saji ke fasa baharu yang lebih baik serta lebih berdaya saing.

Felda D'Saji bersedia membuat penghantaran di sekitar Lembah Klang di dalam radius 15 kilometer. orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghantar email ke salesdsaji@felda.net.my atau menghubungi talian 03 2698 8302.

Felda D'Saji Sales & Marketing Office
Blok J, Anjung Felda
Jalan Maktab
Off Jalan Semarak
54000 Kuala Lumpur
Tel :03 2698 8302