Recent comments

Terbaru

Puteri Bayu Beach Resort Pulau Pangkor

Pengembaraan kami ke negeri Perak #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Perak menjelajah destinasi Pulau Pangkor. 

Perjalanan kami ke Pulau Pangkor dengan pantai yang indah dan pelbagai aktiviti riadah di sana.

Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan menjelajah serta meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda dilawati.



Penghargaan tahniah kepada @Majlisperbandaranmanjung dan@Tourismperak kerana menjemput kami datang memeriahkan lagi Pulau Pangkor.

Perjalanan kami dari Marina jetty menuju ke Pulau Pangkor yang mengambil masa 5 minit. Jika menaiki ferry 10 minit dengan harga sekitar rm14. 

Penginapan hari pertama kami adalah di Puteri Bayu Beach Resort Pulau Pangkor. Setelah di sambut oleh pekerja hotel kami terus menuju ke hotel yang di nantikan ini.






Kedatangan kami disambut mesra oleh En Nordin, Pengurus Besar resort ini yang siap sedia menerima menyediakan kunci penginapan kami kali ini. 
















Gambar Bilik oleh @Zharif |

Setelah siap melihat bilik kami tidak sabar lagi untuk melihat pantai mereka yang cantik melalui jalan kaki dari kolam besar mereka. 

Semua tak sabar lagi untuk menikmati kesejukan pantai di Pulau Pngkor ini. Kelihatan ramai peserta seminar dari Melaka sedang melakukan aktiviti pantai bersama Sf watersport, untuk kami pula keesokan harinya. Semuanya dah tak sabar menunggu samnil menikmati keindahan pantai dan angin bayu laut yang damai ini.











Pelbagai kemudahan yang ada di Puteri Bayu Beach Resort seperti kemudahan wifi, kolam renang dan juga bilik-bilik seminar. Makan malam pulak memang sangat terbaik seperti gambar-gambar di bawah. Masakan makanan laut yang menjanjikan keenakkan kepada tetamu semua.



















Puteri Bayu Beach Resort sedang mempromosikan pakej bulan madu yang menawarkan hidangan makan malam untuk pasangan dengan harga yang sangat berpatutan.



Romantic Candle Light Dinner
Pakej makan malam yang ditawarkan seperti Romantic Candle Light Dinner, Korean BBQ Dinner dan Steamboat Dinner yang sememangnya menjanjikan seribu keindahan dan impian buat setiap pasangan.






Korean BBQ Dinner






Terima kasih buat semua pekerja Puteri Bayu Beach Resort yang menerima kedatangan kami dan memberikan layanan yang terbaik. Semoga Puteri Bayu Beach Resort terus maju bersama menjana ekonomi perlancongan Malaysia.

Suasana pagi yang cukup indah bila terbitnya matahari membuatkan kami nyenyak tidur. Semuanya dah bangun awal untuk mengambil gambar.










Akhirnya kami harus meneruskan perjalanan menuju ke tempat menarik yang lain. Pengalaman bersama Hotel Puteri Bayu tetap terkesan di hati. kepada anda yang ingin ke sini boleh hubungi info di bawah :


Puteri Bayu Beach Resort Pulau Pangkor.
Pantai Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak, Malaysia

Check-in 3pm - check-out 12pm



Facebook 




Ikuti perkembangan trip ini dengan mengikuti hashtag #TraveloguePulau 

Terima kasih buat para sponsors Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee, Desa Alam Batek, Mama Mia Skin, Mod Gear kerana telah menaja travelogue trip 5H4M ini.

2 comments:

  1. best kan, Puteri Bayu ni..kami duduk di Bayu villa, memang dapat dengar deruan2 ombak dari balkoni lagi..boleh repeat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang layan next kena repeat lagi... Pangkor dah free duty best la.

      Delete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)