Recent comments

Terbaru

WARUNG MAKCIK KIAH, Sri Petaling Kuala Lumpur

Pakej Berbuka Puasa di  Warung Makcik Kiah ( McK) (Milik penuh Premia International Sdn Bhd) Menampilkan pelbagai hidangan yang terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Memilih tema "Masakan Melayu" untuk bufet Ramadhan kali ini, akan menghidangkan hidangan masakan melayu dan Thailand.

[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini  bersama keluarga dan kawan-kawan.

Warung Makcik Kiah ( McK) ini telah beroperasi sejak lima bulan yang lalu dan dimiliki oleh Y.Bhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi, Pengarah Urusan Premia International Sdn Bhd. 







Pelbagai pilihan makanan terdapat di sini termasuklah lauk ikan patin tempoyak, daging , ayam dan segala jenis sayur terdapat di sini untuk anda nikmati.












 

Sepanjang Ramadhan ini MCK menyediakan beberapa set menu hidangan berbuka puasa khas untuk pelanggan.

Set Menu A Hidangan : 2-3 orang Harga Pakej : RM 29.90 
Kurma . Nasi Putih
Daging Padprik. Sayur Campur
Tom Yam Ayam. Sirap . Buah-Buahan Potong.

Set Menu B Hidangan : 4-5 orang  Harga: RM 59.90
Kurma . Kuih-Muih .Nasi Putih
Ayam Padprik. Sayur Campur
Tom Yam Ayam. Telur Dadar . Sirap . Buah-Buahan Potong.



Pengunjung juga boleh menikmati tempat duduk bersila yang terdapat 3meja yang boleh anda gunakan.





Pelanggan juga boleh membuat tempahan online melalui Apps Food Panda dan membayar secara online yang boleh dilakukan dengan menggunakan apps Fave.



Makanan Laut Segar dari Sandakan
Selepas ini, McK akan memperkenalkan masakan makanan Iaut segar dari Sandakan. Makanan laut dari Sandakan memang terkenal dengan kesegaran dan Iautnya yang bersih. 

Diantara makanan Iaut yang disajikan termasuk ikan kerapu, jenahak, merah, tenggiri, siakap liar, pari, udang Iaut, ketam bunga dan sebagainya. Kesemuanya akan diterbangkan harian dari Sandakan untuk dimasak segar oleh Chef dari dapur McK kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan. .

Sebarang tempahan, 
Anda boleh hubungi  :
Tel : 017-276 7273 Rizal


Warung Mak Cik Kiah
No. 15, Jalan Radin Bagus 9, Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi :
Setiap hari : 11 pagi - 10 malam


WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM 



No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)