WAN CU FOOD ANGKAT WARISAN RASA MALAYSIA DI MAHA 2026. BUKA PELUANG RAKAN PENGEDAR
WAN CU FOOD ANGKAT WARISAN RASA MALAYSIA DI MAHA 2026. BUKA PELUANG RAKAN PENGEDAR
Wan Cu Food, jenama makanan tempatan yang mengangkat resipi warisan, bakal menceriakan MAHA 2026 dengan mengetengahkan pelbagai produk sambal beridentiti Malaysia menerusi konsep "Pekan Sambal". RHB ISLAMIC adalah penaja utama Pekan Sambal pada tahun ini.


Sambal Hitam Wan Cu dilancarkan secara rasmi oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, serta disaksikan oleh Ketua Pengarah MARDI dan Pengarah MARDI.
Dengan membawa semangat "Memelihara Warisan, Mengangkat Legasi Rasa Malaysia", penyertaan Wan Cu Food di MAHA 2026 bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung menikmati produk secara terus, malah menjadi platform untuk memperluaskan jaringan perniagaan melalui pembukaan peluang menjadi pengedar, Rakan Pemborong, peruncit, rakan peruncit, ejen dan rakan niaga.


MEMBAWA RESIPI WARISAN KE PASARAN MODEN
Antara produk utama yang diketengahkan ialah Sambal Hitam Original, Sambal Hitam Pedas, Sambal Bilis Garing Original, Sambal Bilis Garing Pedas dan Sambal Bilis Garing Tomyam.
Sambal Wan Cu Food membawa identiti resipi warisan 69 tahun, yang menggabungkan cita rasa tradisi dengan persembahan produk yang lebih moden dan sesuai untuk pasaran semasa.
Pengunjung juga berpeluang menikmati aktiviti sampling, mencuba pelbagai jenis sambal serta mendapatkan pakej dan promosi khas sepanjang MAHA 2026.


WAN CU MAHA DISTRIBUTOR PROGRAM 2026
Sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan pasaran, Wan Cu Food turut memperkenalkan peluang rakan niaga 2026.
Menjemput rakan niaga yang berpotensi untuk menyertai rangkaian pengedaran kami menerusi pelbagai peringkat penyertaan, Pengedar Utama Selangor, Pengedar Daerah / Zon, Rakan Pemborong, Rakan Peruncit, Ejen dan Rakan Niaga.


Fokus utama adalah untuk membina rangkaian pengedaran yang lebih kukuh, bermula di Selangor dan seterusnya berkembang ke seluruh Malaysia. Wan Cu Food turut menyediakan sokongan kepada rakan pengedaran melalui bahan pemasaran, sampling, bahan promosi dan sokongan aktiviti pemasaran bagi membantu rakan niaga mengembangkan pasaran.
"Kami mahu MAHA menjadi titik pertemuan antara produk warisan dan peluang perniagaan. Kami mencari rakan strategik yang mempunyai visi untuk bersama- sama membawa Wan Cu Food ke lebih banyak kawasan dan lebih ramai pengguna."
DARI PADA WARISAN KEPADA PELUANG PERNIAGAAN
Penyertaan di MAHA 2026 merupakan langkah Wan Cu Food untuk memperkukuh kedudukan sebagai jenama sambal tempatan vang mempunyai identiti warisan, di samping membuka ruang kerjasama dengan lebih banyak pemain industri makanan dan rangkaian peruncitan.

Wan Cu Food percaya bahawa produk makanan warisan bukan sekadar mempunyai nilai dari sudut rasa, tetapi turut mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai produk komersial yang mampu menembusi pasaran lebih luas.



JUMPA WAN CU FOOD DI MAHA 2026
Pengunjung, pemborong, usahawan dan pihak yang berminat untuk menjadi rakan pengedar dijemput mengunjungi Pekan Sambal Wan Cu Food sepanjang MAHA 2026 dari 28 Ogos hingga 6 September 2026.
