Recent comments

Terbaru

Muzium Kota Kuala Kedah

Pengembaraan kami ke Negeri Kedah bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Utara Malaysia. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.



Muzium Kota Kuala Kedah.
Terletaknya kubu pertahanan kerajaan negeri Kedah suatu masa dahulu dan sekarang di baik pulih bagi menjaga kesinambungannya. Terdapat tapak istana dan rumah api di sini.





Kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh dengan bantuan pihak Portugis. Pernah musnah akibat serangan dari Armada Acheh untuk menghalau keluar orang Portugis. Setelah diperbaiki, dimusnahkan sekali lagi oleh Armada Bugis.



Pelbagai info anda boleh baca dan melihat sendiri tempat bersejarah ini. Peluang ini memang harus di luangkan masa yang lama untuk kita hayati perjuangan zaman dahulu.








Rumah api ini dikatakan sumbangan kerajaan Thailand suatu masa dahulu bagi menampakkan perlabuhan Kuala Kedah






Muzium Kota Kuala Kedah kini dijadikan salah satu lokasi untuk pasangan bergambar. Memang banyak betul pasangan pengantin berada di sini dengan memakai sepasang lengkap baju pengantin berserta jurugambar. Hampir 10 pasangan yang kami jumpa ketika di sini.



Moga kawasan ini di jaga rapi untuk anak-anak masa hadapan.




Antara laluan boat nelayan keluar masuk di belah tepi untuk menurunkan hasil tangkapan. 

Harga tiket : PERCUMA 
Waktu lawatan : 
Sabtu Hingga Khamis (9 pagi hingga 6 petang)
Ditutup pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji


Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti.

Travelogue Kedah selama 3H3M bersama borakkita.com dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam  yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)