Recent comments

Terbaru

Pelancaran MINI Cooper 2018 dan edisi special John Coopers Works terbaru

MINI Malaysia Memperkenalkan MINI Terbaru.
Ikon moden tiba di Malaysia dengan penggayaan yang baharu melalui inovasi dalam teknologi yang canggih dan tarikan urban untuk meneroka seluruh pelusuk negara ini.

MINI Malaysia, jenama automotif kompak premium yang tercanggih di dalam negara pada hari ini telah memperkenalkan MINI Terbaharu buat julung kalinya bagi generasi Malaysia Baharu.

“Semenjak generasi ketiga MINI diperkenalkan pada tahun 2014, Penjualan lebih daripada 1,500 unit kenderaan di Malaysia, yang merangkumi lebih daripada separuh berbanding kesemua jualan yang dicatat bagi kenderaan MINI di dalam negara.

Mini yang pertama dihasilkan pada tahun 1959 dan sekali gus menjadi sebuah ikon reka bentuk yang mempunyai tarikan seakan-akan selebriti dalam sejarah budaya pop dan permotoran. 






MINI 3 Pintu Terbaharu, MINI 5 Pintu Terbaharu, 
dan MINI John Cooper Works Terbaharu diperkenalkan dengan enjin dan transmisi terkini daripada BMW Group yang mematuhi standard Euro 6c mutakhir untuk pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan di samping penggunaan kadar minyak yang lebih rendah. MINI Terbaharu juga menetapkan tanda aras yang baharu bagi elemen emotif, dan reka bentuk signatur bagi kenderaan ini seperti Projeksi Logo MINI (MINI Logo Projection), Lampu Hadapan LED dan Lampu Belakang Union Jack dengan Pencahayaan Waktu Siang (Day Time Running Lights), serta elemen logo baharu pada badan kenderaan ini untuk membezakan kereta tersebut daripada variasi kenderaan seumpamanya yang terdahulu.





Enjin MINI Terbaharu juga ditambahbaik untuk memberikan pengalaman pemanduan yang memuaskan dan mengurangkan tahap penggunaan minyak. Tambahan lagi, dengan pelindung enjin yang 13% lebih ringan, ia dibuat secara progresif menggunakan Carbon Fibre Reinforced Plastic (CFRP). Dengan itu, MINI Terbaharu kini menawarkan enjin yang lebih ringan melalui penurunan berat sehingga lapan kilogram berbanding berat keseluruhannya, lantas menyumbang kepada penambahbaikan kadar penggunaan minyak secara radikal dan memenuhi standard Euro 6c yang terkini.

Fungsi peluncuran (coasting) yang sebelum ini hanya boleh dialami melalui mod GREEN kini boleh diaktifkan melalui mod MID dengan MINI Terbaharu. Fungsi tersebut mampu menukar status enjin secara pintar ke status lahu apabila tekanan dibebaskan dari pedal pemecut sewaktu kereta sedang bergerak. Dengan MINI John Cooper Works Terbaharu, fungsi MSA Connected secara khususnya dapat menyumbang kepada penjimatan minyak melalui sistem pintar automatik, “mula dan berhenti” — lantas membolehkan MINI yang berorientasikan prestasi ini untuk membuat keputusan samada kereta tersebut akan berada dalam keadaan yang lebih baik jika enjin kereta dimatikan atau dibiarkan hidup untuk meningkatkan keefisienan. 





MINI Terbaharu juga dilengkapi dengan lampu hadapan LED dan lampu belakang dengan Pencahayaan Waktu Siang Terbaharu buat pertama kalinya. Lampu hadapan jentera ini dijana oleh lampu Bi-LED, dan dengan membuat olahan pada indikator yang tersedia, ia boleh mengubah pencahayaan LED waktu siang ke indikator LED. Lampu belakang kereta ini yang menjimatkan tenaga pula mengenakan penggayaan Union Jack yang menarik, dan memberi kilasan terhadap asal-usul MINI. Kesemua lampu hadapan ditambahbaik dengan penggunaan teknologi LED yang menyeluruh, ia direka semula untuk membolehkan tahap kecerahan pemancaran cahaya yang lebih tinggi berbanding model yang sebelumnya.

Di samping itu, buat julung kalinya di rantau Asia Tenggara, MINI Malaysia telah memperkenalkan MINI Yours Customised Accessories yang pernah menggarap beberapa anugerah, dan ia membolehkan beberapa komponen seperti ketutup sisi (side scuttles), fascia kokpit, Kemasan Ambang Pintu LED (LED Door Sills Finishers) dan Projektor Pintu LED (LED Door Projector) untuk dihasilkan mengikut spesifikasi peribadi pelanggan. Penawaran pengubahsuaian yang unik ini telah mendapat pengiktirafan berupa pingat Emas dari German Design Council sempena Anugerah Inovasi Jerman yang berprestij diadakan baru-baru ini; penawaran pengubahsuaian tersebut digelar sebagai ‘individualisasi aras baharu’. MINI Yours Customised Services boleh direka suai dan dipesan melalui www.yours-customised.mini; pilihan merangkumi pelbagai warna, bentuk, permukaan dan ikon serta tulisan yang boleh dimasukkan ke dalam rekaan tersebut.

Logo MINI yang klasik juga disegarkan semula untuk kesemua model kenderaan ini melalui modifikasi yang samar dan kontras yang lebih tajam. Kini, logo asal yang diinterpretasikan semula menampilkan “rekaan rata” dua dimensi yang mencerminkan identiti jenama tersebut dan memfokuskan ciri-ciri utamanya – keseronokan memandu, reka bentuk yang tersendiri, kualiti premium dan tarikan yang emotif. Selain itu, dengan Projeksi Logo MINI, pemandu kini akan disambut dengan logo baharu MINI yang akan dipancarkan ke atas permukaan lantai setiap kali mereka memasuki atau keluar dari jentera MINI mereka.

Keseronokan dan Keselesaan Memandu Dipertingkatkan dengan Kelengkapan Tujuh Gear.





MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu dan MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu merupakan antara MINI yang pertama dalam famili kenderaan ini yang akan dilengkapi dengan Transmisi Dwi-Klac 7-Kelajuan dan penukar gear elektronik.

Transmisi Dwi-Klac 7-Kelajuan Steptronic Sports merangkumi dua sub-transmisi untuk memastikan tiada kelengahan dan menjamin keselesaan apabila penukaran gear dilakukan. Dengan sub- transmisi 1 yang di laraskan bagi gear 2, 4, 6 dan gear undur, serta sub- transmisi 2 bagi gear 1, 3, 5, dan 7, efisiensi yang optimum dapat dikecapi melalui sub- transmisi masing-masing kerana setiap gear yang bakal ditukar akan dipastikan telah bersiap sedia dalam status ‘pra-aktif’. Jenis transmisi baharu ini dibantu sepenuhnya oleh fungsi mekanikal penukar tork. Gear yang diperluas dan ruang penukaran gear yang lebih besar juga menyumbang kepada kadar penggunaan minyak dan emisi CO2 yang lebih rendah. Tambahan lagi, tuil pemilih elektronik yang baharu juga memastikan gear kembali ke posisi asalnya selepas penukaran antara mod memandu D, posisi neutral N dan mod undur dilakukan.

MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu dan MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu dikuasakan oleh Enjin Turbo TwinPower 2.0-liter 4-Silinder MINI. Kedua-duanya boleh menjana 192 kk (kuasa kuda) dan tork sebanyak 280 Nm, dengan kelajuan yang boleh mencecah 235 km/j.

MINI 3 Pintu Terbaharu boleh mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.7 saat dengan kombinasi emisi CO2 sebanyak 125 g/km, serta kombinasi penggunaan minyak sebanyak 5.5 l/100km. Sementara itu, MINI 5 Pintu pula boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.8 saat. Kombinasi emisi CO2 MINI 5 Pintu tersebut ialah 128 g/km, manakala kombinasi penggunaan minyak pula terdiri pada kadar 5.6 l/100km.


MINI 3 Pintu Terbaharu.
MINI 3 Pintu Terbaharu tampil dengan roda Cosmos Spoke 17” berwarna Hitam, saduran istimewa cat hitam memberikan kereta tersebut rupa paras yang lebih dinamik lantas menonjolkan efek kemasan glos yang tinggi serta warna hitam yang gelap pada bahagian rim.

MINI 3 Pintu yang Baharu mengutamakan kecanggihan digital melalui Paparan Skrin Sentuh dengan Navigasi, iaitu sebuah skrin resolusi tinggi pada Instrumen Pusat MINI (MINI Centre Instrument) yang menyediakan lambakan informasi di hujung jari anda. MINI 3 Pintu didatangkan dengan paparan 6.5” yang boleh dioperasikan dengan MINI Controller atau skrin sentuh. Untuk mempertingkatkan penawaran teknologi, MINI 3 Pintu mempunyai fungsi MINI Connected yang akan membolehkan pemilik kenderaan ini untuk mengintegrasi telefon pintar, aplikasi telefon pintar dan Aplikasi MINI Connected ke kenderaan MINI mereka. Aplikasi MINI Connected tersebut membolehkan pemilik kenderaan memeriksa Tahap Penggunaan Minyak (Fuel Consumption), Jarak Penggunaan Minyak (Fuel Range) dan Lokasi Terakhir yang Diketahui (Last Known Location) dengan mudah.

Cabaran untuk mengundur masuk atau keluar dari ruangan yang sempit kini tidak perlu dikhuatirkan lagi kerana MINI 3 Pintu Terbaharu dilengkapi dengan Kamera Pandangan Belakang (Rear View Camera). Ia merupakan komplemen terhadap Pengawal Jarak Parkir (Park Distance Control), kamera tersebut dapat memberikan gambaran yang jelas di bahagian belakang kereta, serta menyediakan garis panduan untuk memudahkan pengendalian.

Ruangan dalaman MINI 3 Pintu pula dilengkapkan dengan pencahayaan MINI Yours Illuminated Cockpit. Paparan akan dihidupkan dengan pencahayaan lambang Union Jack, menampilkan 12 warna yang boleh disesuaikan mengikut mood pemandu. Kemasan ruangan dalaman MINI 3 Pintu Terbaharu ini memberikan keselesaan dan sofistikasi melalui sulaman Leather Cross Punch dalam warna Hitam (Carbon Black).

MINI 3 Pintu Terbaharu tampil dengan tujuh warna – Merah (Chili Red), Putih (Pepper White), Oren (Solaris Orange), Perak (White Silver), Biru (Starlight Blue), Kelabu (Thunder Grey) dan Hijau (British Racing Green) dipadankan dengan Bumbung Hitam. Alternatifnya, Merah (Chili Red) juga boleh dipadankan dengan Bumbung Putih.




MINI 5 Pintu Terbaharu.
Kesemua roda yang dipasang pada MINI 5 Pintu pula tampil dengan roda John Cooper Works Track Spoke 17” yang berwarna hitam dengan efek glos tinggi, ia dicipta secara eksklusif untuk memberi sokongan berat yang optimum; ia juga dilengkapi dengan tayar run-flat. Lagi satu ciri menarik ialah kit Aerodinamik John Cooper Works yang dimuatkan di MINI Baharu ini. Ia menampilkan spoiler belakang yang menawan, sementara memastikan kuasa kenderaan tersebut difokuskan di landasan yang betul – iaitu di atas jalan raya.






Seperti MINI 3 Pintu, komponen digital yang terdiri daripada MINI Connected, Skrin Sentuh dengan Navigasi yang mempunyai paparan 6.5”, serta Kamera Pandangan Belakang juga datang bersama jentera Terbaharu MINI 5 Pintu. Berkenaan dengan kemasan ruangan dalaman, MINI 5 Pintu menawarkan penggayaan Leather Cross Punch Carbon Black dan Black Chequered Interior Style.




MINI 5 Pintu tampil dengan enam warna – Merah (Chili Red), Putih (Pepper White), Kelabu (Emerald Grey), Perak (White Silver), Biru (Starlight Blue) dan Hijau (British Racing Green) dipadankan dengan Bumbung Hitam. Merah (Chili Red) juga boleh dipadankan dengan Bumbung Putih.







MINI John Cooper Works Terbaharu.
MINI John Cooper Works Terbaharu tampil dengan kelasnya yang tersendiri melalui beberapa ciri-ciri yang eksklusif. Trim Hitam (Piano Black) yang baharu mempertajamkan lagi penampilan luaran jentera MINI John Cooper Works ini, memberikannya rupa paras yang agresif dan padan dengan kebolehan ralinya yang luar biasa.











Di samping Projeksi Logo, Lampu LED Hadapan dan Belakang, MINI John Cooper Works Terbaharu juga didatangkan dengan roda John Cooper Works Cup Spoke 2-Tone 18” dan Jaluran Bonet (John Cooper Works Bonnet Stripes). Jentera ini juga dilengkapi dengan Bumbung Matahari Panoramik (Panoramic Sunroof) yang membolehkan lebih banyak cahaya memasuki kereta tersebut, lantas menghasilkan sebuah ambien keterbukaan berlandaskan ruangan kenderaan ini.



MINI John Cooper Works Terbaharu ini dikuasakan oleh Enjin Turbo TwinPower 2.0-liter 4-Silinder MINI yang berupaya untuk menjana 231 kk dan tork sebanyak 320 Nm; membolehkan kereta tersebut untuk memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.1 saat. Kesinambungan enjin yang berorientasikan prestasi ini ialah Transmisi Automatik 8-Kelajuan Steptronic Sports yang membolehkan model kenderaan John Cooper ini untuk menjadi lebih sporty, lebih efisien dan selesa kerana kebolehan enjinnya untuk mengolah kelajuan dengan cepat. Gear kenderaan ini juga boleh ditukar secara manual melalui pedal stereng. Melalui setup ini, tahap kelajuan setinggi 246 km/j boleh dicapai dengan mudah dengan kadar keefisienan minyak sebanyak 6.0 l/100 km dan kombinasi emisi CO2 sebanyak 137 g/km.


Ruangan dalaman MINI John Cooper Works berfungsi sebagai komplemen terhadap tarikan ralinya, dengan Tempat Duduk Kereta Lumba John Cooper Works yang disulam dengan Dinamica Leather, dikemaskan dengan jaluran berwarna Merah (Chili Red), alas bumbung berwarna hitam (anthracite headliner) dan pedal keluli tahan karat. Mengekalkan falsafah personalisasi MINI, fascia kokpit jentera MINI John Cooper Works Terbaharu ini sekarang boleh dipadankan mengikut kehendak pemilik. Ia merupakan satu lagi tawaran ihsan program MINI Yours Customised, penawaran ini julung kalinya diperkenalkan bagi segmen kenderaan seumpamanya dan merupakan ciri yang membezakan model MINI.

MINI John Cooper Works Terbaharu dilengkapi dengan Skrin Sentuh yang lebih besar dengan saiz 8.8”, dan ia turut didatangkan dengan Navigasi dan Pengenalpastian Bahasa Natural (Natural Language Recognition). Teknologi inovatif Pengenalpastian Bahasa Natural ini boleh mengenal pasti ayat dalam variasi yang berlainan dan mampu memahami pelbagai abreviasi malah hentian dalam tutur kata, lalu membolehkan pengawalan yang lebih mudah untuk dilakukan melalui arahan suara. MINI John Cooper Works juga dilengkapi dengan Paparan Head Up (Head Up Display).




MINI John Cooper Works Terbaharu merupakan kereta pertama dalam segmen seumpamanya yang memperkenalkan fungsi Pengecasan Tanpa Wayar bagi Telefon Pintar. Telefon pintar akan dicas secara automatik apabila ia diletakkan di stesen pengecas tanpa wayar yang didapati berhampiran tempat meletak tangan. Inovasi-inovasi yang lain merangkumi MINI Find Mate, membolehkan pemilik kenderaan untuk memasang tag yang dilengkapi dengan fungsi pengesan tanpa wayar pada barangan yang penting seperti beg, peti dan gelang kekunci. Apabila barangan ini dibawa keluar dari jarak pengesannya, pemilik akan menerima notifikasi daripada aplikasi MINI Connected yang akan menunjukkan lokasi terakhir yang diketahui bagi barangan yang ditag tadi, lantas membolehkan kecuaian untuk diminimumkan.



MINI John Cooper Works tampil dengan empat warna: Hijau (Rebel Green), Hitam (Midnight Black) dan Putih (Pepper White) dengan Bumbung Merah, serta Merah (Chili Red) dengan Bumbung Hitam.



















Bantuan Tepi Jalan MINI.
Model Terbaharu MINI dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) selama 5 tahun yang ditawarkan oleh MINI Malaysia. Ia boleh didapati untuk kesemua kenderaan MINI baharu dan merangkumi servis-servis komprehensif seperti Bantuan Kemalangan 24-Jam, 365-hari-setahun, Bantuan melalui Telefon serta Talian Kecemasan (On the Spot Hotline), Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman), Kenderaan Ganti, Mobiliti Lancar (Seamless Mobility), Akomodasi, Solusi Servis Mobiliti serta servis Repatriasi.

Program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) MINI boleh dicapai melalui talian 1800-88-8808.

Servis Atas Talian MINI.

Kini, anda boleh membuat temu janji servis dengan lebih mudah. Program servis atas talian yang baharu kini membolehkan pelanggan untuk menjadualkan servis yang mereka perlukan secara terus di Pengedar Sah MINI melalui https://service.mini.my

MINI Terbaharu juga boleh didapatkan dengan pelbagai opsyen pembiayaan yang inovatif, ihsan BMW Group Financial Services Malaysia. Program tersebut merangkumi MINI Full Circle Financing, MINI Straight Line Financing dan MINI Balloon Financing. Dengan MINI Balloon Financing, pelan ansuran bulanan bagi kereta MINI 3 Pintu Terbaharu bermula dari RM 2,595.00 sebulan, MINI 5 Pintu Terbaharu pula bermula dari RM 2,710.00 sebulan, dan MINI John Cooper Works Terbaharu bermula dari RM 3,247.00 sebulan.

Model-model kenderaan MINI Terbaharu boleh didapati melalui pengedar sah MINI di seluruh negara bermula dari 14 Julai 2018.

Harga jualan runcit yang disyorkan (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tanpa insurans) bagi MINI Terbaharu dengan Waranti Perbatuan tanpa Had 4 Tahun MINI serta Servis Berjadual Percuma ialah:

MINI Cooper S 3 Pintu Terbaharu: RM 226,888.00
MINI Cooper S 5 Pintu Terbaharu: RM 236,888.00
MINI John Cooper Works Hatch Terbaharu: RM 283,888.00

Maklumat lanjut mengenai 
MINI Terbaharu boleh didapati di www.mini.my.



About MINI
MINI is the most sophisticated premium automotive brand in the world! Full of ideas and with pure passion for life. An unparalleled success story in the automotive industry, MINI is more than just a car. MINI is an icon. MINI began its life on August 26, 1959. Designed by Sir Alec Issigonis, MINI was in its purest form a car that was creative, focused, agile and appealing to everyone. In popular culture, MINI was a star and amazed everyone with its world-class performances at the Monte Carlo rallies, sealing its place in the pages of automotive history. With distinctive and sophisticated design that stands out from the crowd, MINI is Inventive, Inspiring and Engaging. More details on MINI are available at www.mini.my. Be moved, even if it is just a virtual visit.

The BMW Group
With its four brands BMW, MINI, Rolls-Royce and BMW Motorrad, the BMW Group is the world’s leading premium manufacturer of automobiles and motorcycles and also provides premium financial and mobility services. The BMW Group production network comprises 31 production and assembly facilities in 14 countries; the company has a global sales network in more than 140 countries.

In 2017, the BMW Group sold over 2,463,500 passenger vehicles and more than 164,000 motorcycles worldwide. The profit before tax in the financial year 2016 was approximately € 9.67 billion on revenues amounting to € 94.16 billion. As of 31 December 2016, the BMW Group had a workforce of 124,729 employees.

The success of the BMW Group has always been based on long-term thinking and responsible action. The company has therefore established ecological and social sustainability throughout the value chain, comprehensive product responsibility and a clear commitment to conserving resources as an integral part of its strategy.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)