Terkini | New

Samsung Galaxy Tab Memperkasa Guru dengan Cara Mengajar dan Terlibat yang Lebih Pintar serta Terhubung

Samsung Galaxy Tab Memperkasa Guru dengan Cara Mengajar dan Terlibat yang Lebih Pintar serta Terhubung


Anda telah menghabiskan masa berjam-jam menyediakan bahan pengajaran, merancang aktiviti dan contoh dengan teliti, hanya untuk disambut dengan pandangan kosong, fikiran yang melayang, atau pelajar yang kelihatan lebih berminat dengan apa yang berlaku di luar tingkap bilik darjah.

​Dalam dunia digital yang bergerak pantas hari ini, menarik dan mengekalkan perhatian pelajar telah menjadi salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh para pendidik. Sesi pengajaran terpaksa bersaing dengan gangguan yang tidak kesudahan, tempoh tumpuan perhatian yang semakin singkat, serta generasi yang membesar dengan jangkaan bahawa maklumat mestilah bersifat interaktif, visual, dan menarik.

Jadi, bagaimanakah guru boleh menjadikan pembelajaran kembali menyeronokkan?

​Jawapannya mungkin bukan dengan mengajar secara lebih keras, tetapi dengan mengajar secara lebih pintar.

​Di sinilah Samsung Galaxy Tab membantu mentransformasikan pengalaman di dalam bilik darjah. Lebih daripada sekadar sebuah peranti, ia berfungsi sebagai teman pengajaran yang membantu pendidik menghidupkan sesi pembelajaran, mengubah pengajaran satu arah tradisional kepada pengalaman yang lebih dinamik dan interaktif.

Dengan Galaxy Tab, guru boleh:

​●Mengajar secara lebih interaktif dengan perkongsian kandungan masa nyata dan catatan S Pen.

​●Merancang dan mengurus dengan mudah menggunakan satu peranti untuk tujuan pengajaran dan penyediaan bahan.

​●Kekal terhubung di seluruh peranti Galaxy untuk akses dan perkongsian kandungan yang lancar.

​●Menerapkan penglibatan visual pelajar menerusi paparan skrin yang besar dan mendalam.

​●Melaksanakan pelbagai tugas (multitask) tanpa usaha berat dengan menjalankan beberapa aplikasi bersebelahan menerusi fungsi Skrin Bahagi (Split Screen).

​●Bekerja secara lebih pintar dengan menukar tulisan tangan ringkas menjadi poin bullet yang teratur menerusi Note Assist.

​Ini adalah antara bentuk pengalaman yang ditunjukkan menerusi inisiatif AI-Powered Classroom oleh Samsung, yang menayangkan bagaimana teknologi boleh menyokong para pendidik dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Memandangkan bilik darjah terus berkembang, peranan guru kekal tidak berubah. Namun, apa yang berubah adalah cara mereka disokong dalam mencapai misi tersebut.

​Menerusi langkah ini, Samsung Galaxy Tab mentransformasikan pendengaran pasif kepada penglibatan aktif, mengubah sesi pengajaran menjadi satu pengalaman, dan memberikan para pendidik cara baharu untuk berhubung dengan pelajar dalam dunia di mana perhatian telah menjadi salah satu sumber yang paling berharga di dalam bilik darjah.

​Seiring dengan perkembangan bilik darjah, mempunyai alatan yang betul boleh memberikan perbezaan yang bermakna dalam cara pelajar belajar, bekerjasama, dan kekal terlibat. Sama ada mengambil nota dengan S Pen, menggunakan Galaxy AI untuk merumuskan bahan pembelajaran, atau mengakses maklumat secara lebih cekap, Samsung Galaxy Tab direka untuk membantu pelajar belajar dengan lebih pintar  bukan lebih keras.

​Nantikan lebih banyak kisah mengenai bagaimana Samsung menyokong dan memperkasa generasi masa hadapan menerusi teknologi inovatif.

​Lebih menggembirakan lagi, pelajar dan guru kini boleh menikmati diskaun istimewa bermula daripada 20% bagi Siri Samsung Galaxy Tab menerusi program Samsung Student & Teacher, sekali gus memudahkan akses kepada teknologi yang menyokong pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Terdapat juga diskaun tambahan sebanyak 5% dengan perbelanjaan minimum RM100 bermula sekarang sehingga 30 September 2026. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.samsung.com/my/offer/student-discounts/