Recent comments

Terbaru

Sajian Makanan Vietnam Bersama Air Asia DI Super Saigon Jalan Sri Hartamas

 Sempena pelancaran laluan baharu terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan empat kali seminggu tersebut akan bermula pada 2 November 2018. Bersama Air Asia kami menyelusuri dan menikmati hidangan masakan Vietnam.


AirAsia terus mengukuhkan hubungan Asean dengan pelancaran laluan baharu terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan empat kali seminggu tersebut akan bermula pada 2 November 2018.



AirAsia kini menawarkan tambang istimewa termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc daripada RM90*. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019. 

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Bertempat di Super Saigon Jalan Sri Hartamas kami merasai sendiri makanan asli dan terkenal di Negara Vietnam. Antara menu terbaik vietnam ini boleh anda rasai .





Antara yang popular adalah kopi Vietnam yang sedap dan wangi.

 

'Phở' tradisional juga dikenali sebagai mi beras bersama sup yang disertai dengan herba dan kacang. Hidangan Pho khas direbus lebih daripada 8 jam bagi menghasilkan rasa yang hebat.
Terdapat isi daging lembu, ayam dan sayuran.




Super Saigon menggunakan bahan-bahan segar seperti  premium daging lembu Australia, ayam, herba segar dan bahan aromatik yang diimport untuk memastikan setiap hidangan dilaksanakan dengan sempurna. Menggunakan hanya produk dan pembekal HALAL yang disahkan, Super Saigons memberi tumpuan untuk menjadi restoran Vietnam yang mesra HALAL pertama di Kuala Lumpur.




Untuk maklumat lanjung lawati

SRI HARTAMAS OUTLET

2 Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
11:30am-10:30pm weekdays
10:30am-10:30pm week end and holidays

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)