Recent comments

Terbaru

Pertunjukan Fesyen kerjasama Shopee dan KLFW

Kerjasama Shopee dan KLFW Memacu Masa Depan Fesyen

Malam Pertunjukan Shopee 11. 11 sempena #Shopee1111Bigsale bersama pereka fesyen di platform Shopee untuk mempamerkan koleksi sedia dipakai (Ready-to-Wear).


Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) terus menyediakan landasan buat pereka tempatan baru yang sentiasa memberi peluang untuk mendorong kepada para pereka fesyen ke pentas peragaan.


Dalam usaha itu, KLFW dan Shopee, platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan usaha sama pada Ogos 2018 yang bakal memberi peluang kepada para alumni KLFW.







Antara sokongan yang diberi termasuk:
● Membantu pereka memulakan kedai rasmi di Shopee dengan pengurus akaun khusus untuk memantau inventori berkaitan dengan kedai pereka.
● Menjalankan perancangan pelajaran modul e-dagang khas dikendalikan oleh kakitangan



Shopee juga mengadakan kempen bertemakan fesyen, secara dalam talian dan luar talian untuk mempamerkan produk pereka dengan lebih luas dalam pasaran massa.

Menerusi usaha ini, Shopee berharap untuk menyediakan pereka dengan alat dan pengetahuan yang diperlukan untuk menperluaskan capaian pelanggan mereka serta memberi bimbingan bagi
memastikan jenama dalam talian mereka mampan dan berjaya.

 


  
Contoh daripada usaha ini dapat dilihat pada Malam Pertunjukan Shopee 11.11 yang dianjurkan untuk membolehkan pereka yang telah menyertai platform Shopee untuk mempamerkan koleksi
sedia dipakai (Ready-to-Wear) mereka sekali lagi, pasca-KLFW 2018. Pertunjukan fesyen yang diadakan di Lot 10 menyaksikan Zero to Ten, Supercrew, Justin Chew, Tarik Jeans, Poplook,
Maglifestyle, Thavia, Projek Jahat dan Jubahsouq. Turut menyertai kemeriahan ialah Zoey Rahman, ahli Skuad Selebriti Shopee dengan jenamanya MIKASERIES yang menerima reaksi positif daripada para penonton.



Malam Pertunjukan itu diadakan sebagai acara kemuncak bagi majlis pelancaran Shopee 11.11 Big Sale, dan peluang untuk melihat koleksi hebat yang akan ditampilkan sewaktu kempen.

Dikenali sebagai pesta membeli-belah yang terhebat tahun ini, peminat Shopee dan fesyen boleh menjangka kedatangan hari membeli-belah popular bertema, sehingga RM1.1 juta syiling


Goncang Shopee dan hadiah serta tawaran serendah RM1.10 dengan penghantaran percuma pada RM11 bermula 25 Oktober sehingga 11 November. Bagi mendapatkan tawaran fesyen terbaik, jang lupa nantikan Hari Fesyen 11.11 hingga 5 November.


2 comments:

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)