CelcomDigi melancarkan Gudang Pintar Termaju berkuasa 5G-SA pertama di Malaysia Transformasi logistik pintar menyalur kecekapan
CelcomDigi melancarkan Gudang Pintar Termaju berkuasa 5G-SA pertama di Malaysia
Transformasi logistik pintar menyalur kecekapan dan produktiviti perusahaan
CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi") melancarkan Gudang Pintar Termaju (Advanced Intelligent Warehouse), kes penggunaan langsung perniagaan-ke-perniagaan (B2B) perindustrian pertama Malaysia yang dikuasakan oleh 5G Standalone (5G-SA). Gudang ini berfungsi sebagai demonstrasi langsung bagaimana keterhubungan termaju, kecerdasan buatan (AI), robotik dan automasi merubah operasi rantaian gudang dan pembekalan pada skala, meluncur produktiviti lebih besar, kecekapan, keselamatan dan ketahanan merentasi sektor logistik yang berbagai.
Gudang ini telah mengoptimumkan penggunaan ruang sebanyak 30%, iaitu penambahan kecekapan operasi lebih 50%, dan ketepatan inventori meningkat sehingga 100% menerusi penyepaduan rangkaian 5G-SA CelcomDigi, AI dan sistem berautonomi.
Ekosistem bersepadu ini juga mencipta tempat kerja lebih safer dengan mengurangkan gangguan manual berulang dan mengelak tugasan cenderung bahaya menerusi penggunaan sistem berautonomi, pantauan kuasa AI, dan pemakluman masa sebenar. Dengan mengautomasi proses intensif pekerja, para pekerja boleh fokus terus kepada tanggungjawab bernilai tinggi, menyokong tambah baik kemahiran tenaga kerja, dan memboleh perniagaan bina operasi lebih tangkas dan berdaya tahan.
Inisiatif ini dibina hasil kerjasama dengan rakan teknologi strategik termasuk Move Robotics, Infinium Robotics, Ailytics, Cobra Security Electronics (CSE) dan ZTE. Mereka menyalur kepakaran saling melengkapi daripada robotik berautonomi, pengurusan inventori berasas dron, analisa video kuasa AI, pengurusan kenderaan terhubung dan teknologi kembar digital, sekaligus mencipta ekosistem bersepadu yang memboleh operasi gudang lebih pintar, selamat dan cekap.
Usaha murni ini dianugerah geran di bawah program Bengkel Inovasi GLC (BIG) yang dipimpin oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Sains, Technologi dan Inovasi, dan Cradle Fund, yang turut memapar kerjasama antara Kerajaan, GLC, syarikat pemula dan rakan industri memacu penguasaan teknologi dan menghasilkan impak bisnes secara besar-besaran.

Kemudahan berkenaan ditempatkan di Shah Alam, dan dirasmikan peluncuran oleh Menteri Komunikasi, Dato’ Fahmi Fadzil.
Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty berkata, “Ketika ini banyak industri mempercepatkan penggunaan AI dan automasi, maka keterhubungan termaju menjadi asas kritikal bagi operasi akan datang, memboleh penggunaan praktikal kes 5G-SA yang menghasilkan bisnes berimpak pada skala. Gudang Pintar Termaju kami memapar keberuntungan menghimpun keterhubungan, penyelesaian dan komersial bagi mengatasi cabaran operasi sebenar serta mencipta nilai kepada bisnes. Menerusi kerjasama tempatan yang mantap dan ekosistem inovasi, kami bermatlamat memacu pendigitalan perusahaan dan menyokong cita-cita digital negara.”
Penyelesaian logistik pintar termaju
Gudang Pintar Termaju milik CelcomDigi menyepadu enam penyelesaian logistik pintar dan punya kuasa kelajuan tinggi, serta rangkaian 5G-SA yang selamat lagi kependaman rendah. Ekosistem terhubung penuh memapar upaya gudang pintar boleh merubah operasi logistik tradisional menerusi ketampakan masa sebenar, automasi, ketepatan lebih baik, mantap tahap keselamatan dan ketahanan operasi lebih utuh.
- Sistem Pengurusan Gudang (Warehouse Management System/WMS): Menyedia platform terpusat untuk pengurusan inventori, menyalur ketampakan masa sebenar merentasi operasi gudang dan membolehkan kawalan inventori secara lebih efisyen.
- Sistem Anjung Palet Autonomi (Autonomous Pallet Shuttle System): Mengautomasi proses storan dan peroleh semula palet, memaksimum ketumpatan storan dan mengoptimum penggunaan ruang gudang.
- Kenderaan Panduan Automatik (Automated Guided Vehicles/AGV) dikuasakan 5G: Menghantar produk/barangan secara autonomi dengan tepat dan boleh dipercayai sambil mengurang syarat perlu kendali secara manual.
- Sistem Pengawasan Visual (Visual Surveillance System dikuasakan) AI: Memantap keselamatan tempat kerja dan pemantauan operasi dengan mengesan sebarang cela keselamatan, pelanggaran, akses tanpa kebenaran, risiko pertembungan dan lain-lain insiden secara masa sebenar.
- Sistem Dron Autonomi dikuasakan AI (AI Autonomous Drone System): Menambah baik pengurusan inventori dengan mengautomasi proses ambilan stok dan pengiraan stok berkala, memboleh pengesahan inventori dengan cepat serta tepat.
- Platform Digital Nebula (Digital Nebula Platform): Penyelesaian kembar digital yang menyedia pemantauan operasi masa nyata gudang, menyedia wawasan operasi masa sebenar, pengoptimaan haluan kerja dan buat keputusan lebih cepat menerusi kepintaran berteras data.
Pelancaran ini digagasi usaha berterusan CelcomDigi bagi memaju logistik termaju di Malaysia, selepas mendapat hasil positif daripada kerjasama dengan DHL Supply Chain pada 2023 bagi meneroka penyelesaian logistik pintar yang dipacu oleh 5G.

Melangkaui khidmat sebagai ‘industrial 5G-SA live use-case’ negara, Gudang Pintar Termaju milik CelcomDigi ini turut berfungsi sebagai makmal inovasi di mana perusahaan boleh mengalami, menilai dan membina aplikasi 5G-AI praktikal untuk operasi individu masing-masing.
Berikutan pelancaran ini, CelcomDigi menjadi tuan rumah kepada Logistics Redefined, iaitu program kerjasama industri bagi pemilik gudang dan pengamal logistik, mengetengah pameran dan demonstrasi dunia sebenar operasi gudang kuasa 5G dan diperboleh AI. Acara ini berlangsung dari 10 hingga 11 Jun 2026 di Hap Seng Business Park, Shah Alam.