Recent comments

Terbaru

Ayamas Kitchen Perkenal Pelbagai Produk Dim Sum Sejuk Beku Halal.

AYAMAS KITCHEN PERKENAL PELBAGAI PRODUK DIM SUM SEJUK BEKU HALAL.

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT) melalui jenama Ayamas Kitchen baru- baru ini telah melancarkan pelbagal jenis produk Dim Sum halal sejuk beku untuk memenuhi selera penggemar makanan tradisional cina.







Ayamas Kitchen ini menawarkan 10 jenis dim sum dimana lima jenis kini telah berada di pasaran iaitu hakao udang. Dim Sum ayam & udang, dumpling udang, nasi pulut ayam daun teratai, dan pek kombo Dim Sum. 



Lain-lain termasuk Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam & Ikan, dan Dim Sum Udang Produk Dim Sum sejuk beku ini memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak berkesempatan untuk menyediakannya dengan cara konvensional, Selain hotel lima bintang, tidak banyak restoran halal yang menghidangkan dim sum halal. 


Dim Sum halal keluaran Ayamas Kitchen memudahkan mereka yang beragama Islam untuk menikmati hidangan ini di rumah," kata Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, QSR Brands (M) Holdings Bhd Produk kami diperbuat daripada bahan-bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengarn menggunakan teknologi dan peralatan terkini supaya para pelanggan kami dapat memastikan ianya 100 % Selamat untuk dinikmati . 










Produk ini disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura ( MUIS ) , antara badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," tambahnya. Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen amat mudah untuk dinikmati. Pelbagai cara untuk menyediakannya bergantung kepada jenis Dim Sum itu. la boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Untuk rasa yang terbaik, saya syorkan ianya dikukus secara tradisional. Dim Sum Ayamas Kitchen juga enak dicicah dengan sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life,"tambahnya lagi.



Lima daripada sepuluh jenis Dim Sum ini kini boleh didapati di pasaraya Giant di seluruh negara iaitu Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) yang dijual pada harga RM13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) pada RM10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) pada RM11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada RM11.99 sepaket, dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada RM12.79 sepaket. 



Ayamas Kitchen adalah salah satu daripada jenama rak kedai keluaran QSRT yang telah wujud selama dua tahun. Selain daripada produk dim sum sejuk beku, ia juga menghasilkan barangan dapur yang lain seperti sardin & makerel dalam tin, pes segera, rempah-rempah & perapan, dan produk siap-dimakan. QSRT juga merupakan pengedar produk beku berasaskan ayam di bawah nama Ayamas' iaitu Golden Nuggets, Drumet ayam bersalut, Ayam Goreng Crispy, Bebola Ayam, Quikburger dan Sosej Ayam Premium. QSRT juga memasarkan jenama pihak ketiga seperti Divella, Lactima, dan Kewpie di pasaran tempatan dan dieksport ke luar negara.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)