Nicol David Organisation Memperluas Program Positive Play Secara Nasional
Nicol David Organisation Memperluas Program Positive Play Secara Nasional
Kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk membolehkan Program kesihatan mental dan sukan menjangkau lebih banyak negeri bermula 2026.
withYBHannahYeoh,MinisterofYouthandSportswithDatukNicolDavid_copy_1024x682.jpg)
Nicol David Organisation (NDO) akan memperluas model Positive Play (+Play)nya ke lebih banyak sekolah dan komuniti di seluruh negara bermula tahun hadapan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mengumumkan hasratnya untuk bekerjasama dengan NDO bagi meningkatkan kesedaran dan kemudahan akses kepada aktiviti fizikal, sekaligus memberdayakan pelajar dan guru untuk membina Malaysia yang lebih sihat dan berdaya tahan.
withGohLiuYingandNoorAskuzaimeyMatSali_copy_1024x682.jpg)
withLizIrvingandJoanneRodrigues_copy_1024x682.jpg)
“Sukan dan kesihatan mental berkait rapat. Oleh itu, Kementerian berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak ruang untuk guru meneroka bidang sukan sebagai pelantaran untuk melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi realiti kehidupan - termasuk kemahiran berbangkit semula, pemahaman peraturan dan interaksi fizikal,” kata YB Hannah Yeoh.
Beliau juga menggesa bekas atlet kebangsaan dan organisasi lain untuk turut serta dalam meningkatkan nilai sukan, sambil membuka ruang untuk orang ramai turut serta dalam membentuk sebuah negara yang sihat. NDO +Play Rancangan Perintis Menunjukkan Hasil Positif Sejak program perintis ini diperkenalkan pada April tahun ini, +Play NDO telah disertai lebih daripada 1,000 pelajar dan 106 guru di 30 sekolah di Kuala Lumpur, serta 3 sekolah di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kuching.

Hasil awal daripada program yang menggabungkan aktiviti fizikal dengan sesi psikologi positif ini menunjukkan bahawa program ini meningkatkan keyakinan kanak-kanak dalam bersukan sebanyak 15 peratus, meningkatkan daya ketahanan sebanyak 9 peratus dan meningkat kebahagiaan serta kepuasan hidup sehingga 8 peratus. Topik pemikiran positif berjaya dihayati oleh ramai peserta, dan mendorong mereka untuk mengingat semula perkara utama dan merancang tindakan susulan daripada sesi tersebut.
Guru-guru di sekolah terpilih yang menyertai sesi +Play Cikgu juga menunjukkan peningkatan dalam optimisme dan pemahaman tentang kepentingan aktiviti berkala. Datuk Nicol David, Pengasas NDO dan bekas juara dunia skuasy berkata, “Kami teruja untuk membawa +Play ke seluruh negara, kerana ia berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai manfaat sukan, aktiviti fizikal dan pergerakan.

“Sukan adalah kunci untuk menangani cabaran kesihatan mental yang semakin meningkat di Malaysia terutamanya di kalangan kanak-kanak dan belia. Apabila kanak-kanak bergerak, mereka bukan sahaja membina tubuh yang lebih kuat tetapi juga minda yang lebih kuat. Melalui sukan, kita dapat mengajar disiplin, keyakinan, kerja berpasukan dan keseimbangan emosi,” kata Datuk Nicol.
Pengasas Bersama NDO, Mariana deReyes turut menyokong kenyataan ini dengan berkata, “Sukan bukanlah satu kemewahan. Ia adalah suatu keperluan. Ia bukan 'tambahan' selepas waktu sekolah atau bagi mereka yang berbakat sahaja, atau semata-mata untuk tujuan memenangi pingat. Setiap kanak-kanak layak bersukan kerana ia adalah unsur asas untuk
kehidupan yang sihat, yakin dan mampan.”
Program NDO dikelolakan di sekolah, komuniti dan di kawasan terpencil lantas mewujudkan ruang yang selamat untuk kanak-kanak daripada semua latar belakang. Menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2023, 1 daripada 5 kanak-kanak Malaysia kini mengalami cabaran kesihatan mental. Kajian yang sama juga menekankan bahawa obesiti dan tahap ketidakaktifan kian meningkat, dengan lebih setengah daripada orang dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes. Sementara itu, kanak-kanak berumur lima hingga 17 tahun di Malaysia memperoleh skor “D-” yang tidak memuaskan bagi aktiviti fizikal dan kesihatan mereka dalam Kad Laporan Aktiviti Fizikal Malaysia 2022 untuk Kanak-Kanak dan Remaja oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Active Healthy Kids Global Alliance.
“NDO berharap dapat mainkan peranan sebagai jambatan antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan, untuk mengintegrasikan kesejahteraan berasaskan sukan ke dalam hari persekolahan supaya setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai akses kepada latihan ketahanan fizikal dan mental,” kata Datuk Nicol.
Sidang Kemuncak Sukan & Kesihatan Mental 2025 sulung di Pavilion Bukit Jalil dari 30 Oktober hingga 2 November ini antara usaha NDO untuk memobilisasi kesedaran dan tindakan nasional. Ia menyatukan pemimpin dari perniagaan, pendidikan, sukan dan kerajaan dalam misi sama: menjadikan pergerakan fizikal untuk kesihatan mental sebagai keutamaan nasional.
Wakil kerajaan, atlet kebangsaan, jurulatih, dan pemimpin korporat yang hadir pada Sidang Kemuncak ini membincangkan pelbagai pendekatan untuk membina daya tahan mental melalui sukan. Program ini juga diserikan dengan perlawanan pameran khas dengan pempengaruh selebriti dan duta sukan seperti Goh Liu Ying - bekas pemain badminton, Liz Irving - bekas.juara dunia skuasy dan jurulatih, Noor Askuzaimey Mat Salim - Atlet Boccia Paralimpik dan lain-lain.
Selain itu, Pavilion Bukit Jalil juga menganjurkan aktiviti skuasy luar serta permainan karnival mesra untuk seisi keluarga untuk meraikan pergerakan, hubungan dan kesejahteraan di bawah satu bumbung.
Sidang Kemuncak Kesihatan Mental dan Sukan NDO ditaja oleh KBS, Rakan Muda, Pavilion REIT, Affin Bank, Coway, Mercedes-Benz Malaysia dan Protech Sports.