Terkini | New

KOTA KINABALU DAN KOTA BHARU AKAN MENYERTAI RANGKAIAN SCOOT DI MALAYSIA

KOTA KINABALU DAN KOTA BHARU AKAN MENYERTAI RANGKAIAN SCOOT DI MALAYSIA 

Scoot ambil alih laluan Kota Kinabalu-Singapura dari SilkAir Scoot selaku pengendali eksklusif penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura Kuala Lumpur Scoot, syarikat penerbangan tambang rendah milik penuh Singapore Airlines Group, hari ini dengan bangganya melancarkan jualan tiket penerbangan bagi laluan Kota Kinabalu-Singapura yang dijadualkan bermula pada Disember 2019 Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, Scoot juga berhasrat untuk melancarkan penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan Kota Bharu-Singapura dalam bulan Julai 2019. 





Kota Bharu dan Kota Kinabalu merupakan destinasi Scoot yang ke tujuh dan lapan di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Laluan Kota Kinabalu-Singapura merupakan salah satu daripada 17 laluan SilkAir yang akan diambil alih oleh Scoot secara berperingkat bermula dari 2019 sehingga 2020. 

Perancangan ini adalah sejajar dengan semakan rangkaian terperinci yang dibuat oleh Singapore Airlines Group dalam memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Laluan baharu Kota Bharu-Singapura pula bakal memberikan Scoot kelebihan sebagai pengendali tunggal dari Singapura yang menawarkan penerbangan terus ke Kota Bharu. 

Mr Vinod Kannan, Ketua Pegawai Komersial Scoot, berkata, "Kami teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian kami di Malaysia kerana negara ini merupakan pasaran yang amat penting buat Scoot. Malaysia sangat indah untuk diterokai dan dengan dua destinasi ini.

Mr Vinod Kannan, Ketua Pegawai Komersial Scoot, berkata, "Kami teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian kami di Malaysia kerana negara ini merupakan pasaran yang amat penting buat Scoot. Malaysia sangat indah untuk diterokai dan dengan dua destinasi ini - Kota Kinabalu dan Kota Bahru, pengembara akan berpeluang untuk Escape the ordinary (menikmati pengalaman luar biasa) dan merasai layanan Scootitude yang unik di sepanjang penerbangan Scoot menawarkan penerbangan ke 66 destinasi yang merangkumi 18 negara dan wilayah, dengan 17 lagi destinasi tambahan ke Laos, India, China, Malaysia dan Indonesia yang akan menyertai rangkaian Scoot menjelang pertengahan kedua tahun 2020. 

Scoot mempunyai angkatan pesawat campuran yang terdiri daripada 18 pesawat Boeing 787 Dreamliner badan lebar yang serba canggih dan 29 pesawat Airbus 320 yang baharu dan moden, dengan dua lagi pesawat Boeing 787 Dreamliner dan 37 pesawat Airbus A320neo dalam tempahan. Bersempena dengan pelancaran jualan tiket bagi destinasi Kota Kinabalu-Singapura, Scoot menawarkan promosi tiket penerbangan sehala termasuk cukai Economy FLY dari Kota Kinabalu ke Singapura pada harga serendah RM36 sahaja! 

Selain Singapura, penumpang juga boleh menikmati promosi tiket penerbangan sehala termasuk cukai Economy FLY dari Kota Kinabalu ke destinasi lain di Indonesia bermula dari RM118, China dari RM218, Vietnam dari RM138, Australia dari RM388, Jepun dari RM578 dan Eropah dari RM718. 



Tempah tiket anda melalui https:/www.flyscoot.com/my-letsfly sebelum promosi berakhir pada 11.59pm, 19 Januari 2019! Penjualan tiket bagi laluan Kota Bharu-Singapura akan diumumkan selepas Scoot menerima kelulusan daripada pihak berkuasa. 

Tempah tiket anda di www.Flyscoot.com 
Dapatkan maklumat lanjut di FlyScoot.com, Facebook.com/FlyScoot, Instagram.com/FlyScoot, and Twitter.com/flyscoot