Terkini | New

FUJIFILM melancarkan model X Series Terkini FUJIFILM X-T30

FUJIFILM melancarkan model X Series terkini, direka untuk 
juru gambar tahap amatur dan profesional, kenali FUJIFILM X-T30 yang berkuasa dan pelbagai guna

Syarikat FUJIFILM (Pengarah Urusan: Hiroyuki Matsuura) telah mengumumkan pelancaran kamera digital FUJIFILM X-T30 (X-T30) di Malaysia pada Mac 16 2019. X-T30 mewakili kamera terbaru X Series, koleksi yang diperkenalkan bagi kebolehan mencapai imej yang berkualiti, warna yang terperinci dan pengendalian berasas dail.










Pelancaran LITTLE GIANT! X-T30 
Antara peserta yang di pilih bagi berkongsi pengalaman menggunakan kamera terbaru adalah.

Food Photography – Squarepad
Travelogue – Katy Tan (Mandarin Session)
YouTube Content Creator – JinnyboyTV



X-T3O telah dilengkapi dengan beberapa fungsi baru yang pasti akan bernilai kepada mana-mana juru gambar. Kamera ini menawarkan prestasi terbaik dengan menggunakan sensor imej generasi ke-empat dan pemproses yang mengandungi resolusi 26.1 megapiksel dan AF (Auto Focus) yang cekap dan berkualiti. Seluruh bingkai kamera X-T30 mempunyai piksel phase detection untuk mendapat kontras terbaik.




Ciri-ciri selain itu terdiri daripada Focus Lever yang boleh ubahkan titik focus dengan mudah, skrin sesentuh yang memiliki respons lebih intuitif dan akhirnya perekaan badan kamera yang menawarkan lebih kestabilan untuk mencapai keselesaan menggunakan lensa yang besar.






Algoritma AF yang digunakan telah diperbaiki daripada versi FUJIFILM X-T3 untuk memberi prestasi AF-tracking yang terbaik. lni meningkatkan ketepatan bagi pengesanan muka / mata dan fungsi baru Face Select yang mengutamakan subjek dengan AF.





lnformasi Produk X-T30
- Nama Produk : Fujifilm X-T30
 - Variasi Warna : Hitam/ Perakl Charcoal Silver
- Warna Charcoal Silver hanya boleh didapati pada awal suku tahun ketiga (Q3) 2019

- Harga : X-T30 Body (RRP: RM 3,888) X-T30 Kit with XF 18-55mm F2.8-4 R (RRP: RM 5,488)

Untuk maklumat produk yang lebih terperinci.