Recent comments

Terbaru

BBQ Arang di SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Pilihan Terbaik

Lama dah kawan-kawan semua plan nak makan makanan korea lepas balik dari Korea dan Jepun tak sempat nak singgah layan makanan Korea. Kami plan ramai-ramai ke restoren SeoulNami Korean BBQ,The Garden bersebelahan jer dengan Robinson di tingkat 1.




BBQ kat SeoulNami Korean BBQ di sini menggunakan arang dan memang jarang jumpa kat kuala lumpur ni tambah-tambah lagi yang halal. Staff akan siapkan tempat memasak jadi kita sedia nak masak-masak sahaja.




Macam mana nak makan kepada yang tidak pernah mencuba?
Jom! kita lihat apa yang anda perlu lakukan.



1. Pilih menu utama untuk BBQ seperti signature mereka seperti Chuncheon Chicken, Beef Platter, dan Spicy Octopus.


Beef Platter (RM119)
Beef Platter ni ada 3 jenis potongan daging tau iaitu Beef Belly, Bulgogi dan Beef Rib Fingers yang sememangnya segar dan sedap.



Chuncheon Chicken (RM59.00 each)
SeoulNami Korean BBQ ni, ada 4 perisa untuk Chuncheon Chicken iaitu Spicy Hot Pepper, Savoury Ganjang Chicken, Sweet Honey Butter Chicken, dan Salty Salted Chicken. 




Spicy Baby Octopus (RM39.00)
Baby Octopus ni anda tidak perlu bakar lama dan semenangnya sedap.


2. Pilih side dishes dan sos yang pastinya boleh tambah.







4. Staf mereka akan bantu anda untuk uruskan dapur dan arang nanti. Cuma anda kena bagi tahu untuk memasak nanti akan ada 2 pelapik memasak satu untuk ayang yang berjaring dan untuk daging tidak berjaring.







5. Jika daging/ayam masak boleh nikmati sendiri sama ada balut dengan salad atau bersama sayur-sayur lain dan kimchi.










Kimchi dihidangkan dalam 3 perasa yang berbeza iaitu Fresh, Fried, Smoked. Memang sedap untuk anda cuba seperti sedang berada di Korea,











Fist Rice (RM29.00)
SeoulNami Korean BBQ akan memberikan anda nasi semangkuu untuk anda kepal yang telah di campur dengan seawed dan memang sedap.






Fire Ramyeon (RM39.00)
Memang pedas dan berapi untuk siapa yang sukakan pedas.



Charcoal Burnt Cheesecake (RM12)
Pencuci mulut kali ini memang menarik, anda perlu meletakkan cheesecake ini bersama dengan arang yang tengah panas. Nanti akan rasa sangat sedap.


Signature Drinks
4 jenis air yang berbeza seperti Sparkling Orange Cream Soda (RM 19.00), Fizzy Sour Plum Cooler (RM 19.00), Binggrae Banana Uyu Colada (RM 24.00), dan Out-of-This-World Lemonade (RM 24.00).






Ada juga pelanggan yang membuat reunion dan party hari lahir di sini. Kalau anda ke sini saya sarankan anda untuk mencuba.

Restoren SeoulNami Korean BBQ sedang dalam proses untuk mendapatkan Pensijilan Halal dari JAKIM, semua bahan yang mereka gunakan tidak mengandungi bahagian dari binatang yang diharamkan oleh Islam.

SeoulNami Korean BBQ
F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra,
Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur


WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin – Ahad 


(11am - 10.30pm)

Instagram : https://instagram.com/seoulnamikoreanbbq
Facebook : https://www.facebook.com/seoulnamikoreanbbq

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)