Recent comments

Terbaru

Promosi Buffet Ramadhan 2019 Citarasa Warisan @ PWTC Kuala Lumpur

[ Promosi Buffet Ramadhan 2019 ] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.




Buffet Ramadhan Citarasa Warisan @PWTC Kuala Lumpur. Ramadhan al Mubarak kini tiba lagi, bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini. 

Harga Bufet Ramadhan.
Dewasa : RM88.00 
Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun : RM45.00
Warga Emas 60 tahun ke atas : RM75.00

Promosi buffet Ramadhan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. 

Tempahan awal Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75.00 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan, iaitu sehingga 3 Jun 2019.






Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. 

Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang.









Menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning. Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.

Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah 13 jenis ulam ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi. 




Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih-muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, 'mousse & pudding', 3 jenis bubur manis, aneka Biskut Melayu dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik.

Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai.


























Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu. 

Untuk sebarang tempahan buffet Citarasa Warisan @ PWTC, 
hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701/6702. 
Baucar dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11Street.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)