Terkini | New

Promosi Buffet Ramadhan 2019 Felda D'Saji

Promosi Buffet Ramadhan 2019 Felda D'Saji

Bufet Ramadan Felda D'Saji kini tampil dengan menyajikan tema Sajian Warisan sebagai tema Bufet Ramadan 2019.

Antara Pilihan Menu menarik seperti ltik Salai Masak Lemak Cili Padi, Sup Daging Tulang Berempah, Gulai Kawah Daging Batang Pisang merupakan pilihan utama pelanggan Bufet Ramadan Felda D'Saji.




Manakala Kambing Golek, Gulai Urat Keting. Asam Pedas Daging Tetel, Rendang Pucuk Ubi serta Cendawan Kukur Masak Lemak Keledek menambah lagi selera serta menambat hati pengunjung ke Felda D'Saji.

Menampilkan kelainan, Felda D' Saji akan mengadakan sesi Live Cooking' oleh chef-chef berpengalaman iaitu Chef Ismail Jaafar, Chef Mohd Nazri Che Mohammad dan Chef Saifulirwan Zainuddin. Barísan Chef Felda D'Saji ini akan penyediaan hidangan Gulai Kawah Daging Batang Pisang. Kuey Tiaw Goreng, Teppanyaki dan Cucur Peneram.

Peka dengan permintaan pelanggan, Felda D'Saji juga menyediakan pilihan menu hidangan masakan Barat, Jepun dan Itali. Variasi menu yang pelbagai ada disediakan di sini khas untuk semua. Dengan pengalaman lebih 20 tahun di dalam penyediaan juadah Ramadan, pendekatan baharu dan kepelbagaian menu pilihan, "Sajian Warisan" bakal menjadikan Felda D'Saji lebih relevan dan memenuhi citarasa pelanggan.

Ini secara tidak langsung meletakkan Felda D'Saji sebagai lokasi utama Bufet Ramadan tahun ini. Lima buah cawangan Felda D'Saji yang menyediakan bufet Ramadan ialah Dewan Perdana Felda, Laman Gemilang Kelana Jaya, Orchard Villa Gombak, Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa Bangi.

Tahun ini Felda D'Saji turut meneruskan tradisi dengan menyediakan perkhidmatan D'Saji Delivery sepanjang bulan Ramadan. Dengan pakej serendah RM250 yang boleh dinikmati oleh 12 sehingga 15 orang. pelanggan tiada lagi alasan untuk tidak memperolehi hidangan makanan istimewa dan lazat dari Felda D'Saji. Kami bersedia membuat penghantaran di sekitar Lembah Kelang di dalam radius 10 kilometer.

Untuk pihak Korporat dan organisasi-organisasi yang berminat, Felda D'Saji juga menyediakan perkhidmatan tempahan bagi majlis berbuka puasa di lokasi istimewa terpilih. Anda boleh mengadakan majlis berbuka puasa korporat di lokasi seperti Dewan Banquet Menara Felda, Dewan Merak Kayangan dan Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa.

Pakej ini bermula dari RM68.0++ untuk tempahan minimum 300 tetamu.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil jualan dan pemasaran kami seperti dibawah:


Encik Zaubairy Bin Abdulla Felda D'Saji Sdn Bhd Nombor Telefon: 03-2698 8302/012-930 4473
E-mel zaubairy.a@felda.net.my

Puan Noorulazwaliza Binti Noh
Felda D'Saji Sdn Bhd Nombor Telefon: 03-2698 8302/012- 639 7296 E-mel : Noorulazwaliza.n@felda.net.my

Puan Nornabillah Md Said D'Saji Restaurant& Café Sdn Bhd Nombor Telefon : 03-2693 0008/019-277 7792 E-mel: nornabillah.ms@felda.net.my