Recent comments

Terbaru

100 Baucar Baju Melayu Percuma Dengan Pembelian Baju Melayu Di JAKEL Shah Alam

Setelah selesai memperkenalkan Duta Jakel yang pertama di Jakel Kuala Lumpur kini tibanya destinasi ke 2 untuk Jakel Barulah Raya tahun ini di Wisma Jakel Shah Alam. JAKEL Trading Sdn. Bhd. menampilkan sekali lagi selebriti duta raya JAKEL kepada pengunjung di Shah Alam bagi mempromosikan koleksi pakaian raya. Majlis berkonsepkan sembang santai ini akan menampilkan sekali lagi Duta Raya tahun ini Dato Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat dan Upin Ipin. Turut bersama juga adalah wajah baru tahun ini Abam Bocik.






Menurut Tuan Hj Mohamed Izani b. Mohamed lakel; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini turut menyelitkan sesi lelongan jualan untuk koleksi pakaian raya. Dimana, setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar Baju Raya Percuma kepada 100 pelanggan yang membeli baju melayu bernilai RM150.





Jakel sentiasa memainkan peranan penting untuk memastikan kepuasan pelanggan terjaga. Sebagai sebuah pusat tekstil utama tanah air, Jakel juga adalah pengimport secara sendirinya bagi kemasukan fabrik tanpa melalui orang tengah yang membolehkan pelanggan dapat membeli fabrik dan pakaian pada kadar harga yang cukup murah dan berpatutan. Jakel juga menjangkakan koleksi edisi kali ini bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan memandangkan ianya adalah koleksi terkini dan terbaru yang dikeluarkan oleh Jakel.



Koleksi kain pada tahun ini lebih memfokuskan kepada corak dan warna yang lebih segar dan moden. Memahami keinginan pelanggan, Jakel sentiasa menampilkan koleksi kain terbaru dan terkini untuk pengemar fabrik di luar sana. Jakel yang juga sebagai trendsetter, menjadikan koleksi kain di Jakel mempunyai ciri-ciri eksklusif tersendiri kerana ianya dicipta oleh desingner in-house Jakel sendiri. Setiap design-design yang bakal dikeluarkan telah dibeli dari Eropah dan dibawa ke Jakel untuk dimasukkan corak dan warna bagi disuai padankan dengan kehendak pelanggan masa kini.

Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, Jakel tampil dengan rekaan lebih elegan dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.



Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara keruas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri- ciri maskulin si jejaka pasti terserlah.

Jakel sentiasa menambah baik operasi perniagaan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, Jakel mengamalkan konsep 1 jurujual 1 pelanggan dimana pelanggan akan dilayan dan diberi penerangan serta penjelasan yang lebih mengenai jenis kualiti kain. Ini menjadikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar dan ingin para pelanggan merasai "sense of belonging" apabila berbelanja bersama Jakel. Dari segi operasi perniagaan, ianya masih sama dan terus dikekalkan. Dimana Jakel senantiasa menambahbaik perkhidmatan untuk pelanggan.




JAKELSTORE.MY
Pertama kalinya juga, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaiaan Jakel dihujung jari. Memandangkan pelanggan Jakel berada di serata negeri, ini menjadikan mereka sukar untuk berkunjung ke Jakei secara fizikalnya. Kesemua produk Jakel kini ini boleh dibeli menerusi laman jualan online di carian www.jakelstore.my bermula 10 Mei 2019.



LELONG BESAR BESARAN SEHINGGA MALAM RAYA.
Sempena menyambut bulan Ramadan dan hari raya pada bulan hadapan, Jakel juga memberikan penawaran istimewa kepada para pelanggan yang berkunjung membeli belah di jakel, dimana para pelanggan boleh menikmati HARGA RUNTUH. 

Jakel juga mengambil peluang dengan memberikan potongan harga sehingga 85 % untuk produk pakaian koleksi lebaran kali ini. Lagi menguntungkan, koleksi pakaian readymade baru untuk persiapan hari raya juga direka khas daripada pereka-pereka dalaman Jakel sendiri. 

Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM99 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelían baju melayu. 

Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk. Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 100 sepasang, Seperti tahun sebelum ini Jakel mengeluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana serta Yusof Iskandar Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada RM 39.

KOLEKSI BAJU MELAYU 
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz ini direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Keistimewaan koleksi Aaron Aziz adalah ia sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna. 

Lebih istimewa tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket. 

Selain daripada itu, untuk tahun keempat berturut-turut Baju Melayu Awal Ashaari mengekalkan penjualan dalam pasaran dan memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ini. Pada tahun ini, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan keyakinan seperti Awal Ashaari. 

Menjadi kelainan pada tahun ini juga, Jakel mengeluarkan koleksi Baju Melayu Hairul Azreen. Istimewanya koleksi baju melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga iaitu leher bulat.



Jakel turut mengekalkan pengeluaran produk baju Melayu "plus size" untuk mereka bersaiz besar. Ini membantu mereka yang berbadan besar mendapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya seperti biasa. Harga koleksi baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. 

Ini adalah untuk memudahkan para pelanggan memperoleh set lengkap baju melayu dengan berserta kain samping dan butang baju melayu di bawah satu bumbung Jakel dalam satu masa. 





BAJU KURUNG 
Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung dibawah Koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan cera, modern di musim lebaran. 

Koleksi kurung ini turut memberikan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan. Koleksi baju kurung yang dikeluarkan ini mensasarkan kepada golongan wanita daripada peringkat remaja hingga dewasa. Setiap keluaran koleksi baju kurung untuk lebaran tahun ini lebih bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini. Pemilihan fabrik bagi setiap rekaan diambil kira bagi memberikan keselesaan berpanjangan kepada pemakai, selain itu penggunaan warna juga turut dititikberatkan supaya setiap lapisan umur dapat mengayakannya. 



KOLEKSI KURTA 
Koleksi kurta di bawah label Awal Ashaari dan Hairul Azreen ini adalah keluaran terbaru dan terkini Jakel dimana ianya adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa. Ini kerana kurta mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan bila dipakai. Koleksi kurta menggunakan fabrik cotton yang bercorak disamping mempunyai kekemasan di potongan leher dan di belakang bahu serta dilengkapi dengan poket.

Keluaran koleksi kurta turut berkonsepkan mesra wuduk dimana ianya boleh dilipat dan dibutangkan pada bahagian sisi lengan. Setiap koleksi kurta yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan terdapat lebih daripada puluhan warna bagi setiap rekaan kurta. Jakel juga turut mengeluarkan koleksi kurta Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebagai pilihan kepada pelanggan untuk mengayakannya di musim lebaran ini.


KOLEKSI KANAK-KANAK
Pakaian kanak-kanak masih dikekal kan dengan label Upin Ipin. Bagi pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin turut diberi percuma samping dan butang baju melayu. Jakel sentiasa melakukan keistimewaan pada setiap kempen yang dijalankan. 






lelongan bersama Nabil di dalam Jakel Shah alam.





Nabil sedang membuat lelongan di kemah bersebelahan petronas

Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan dengan design dan warna sedondon. Koleksi Schawalara melambangkan keluarga budak perempuan dan koleksi Hairul Hanis Yusof melambangkan keluarga dengan kanak kanak lelaki.

Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna- warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.

Untuk maklumat lanjut layari www.jakel.com

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)