Recent comments

Terbaru

Demo membuat dodol & ketupat di Matic tarik perhatian ramai pelancong.

Demo membuat dodol & ketupat di Matic tarik perhatian ramai pelancong. Pelancong yang berkunjung ke Matic terpesona dan sangat teruja dengan demo membuat dodol & ketupat sempena Program Santai Ramadan@Matic yang di adakan pada 23 & 24 May 2019 baru-baru ini.








Rata rata pelancong yang berkunjung Ke Pusat Pelancongan Malaysia ini tertarik dengan demo yang diadakan dan mereka tidak melepaskan peluang untuk mencuba menganyam ketupat dan mengacau dodol. Pasti menjadi kenangan mereka untuk di jadikan memori melancong ke Malaysia.




Semua menyatakan perasaan seronok dengan pengalaman ketika mencuba mengayam ketupat dan mengacau dodol. Sifat bergotong royong ini hari di kekalkan sebagai satu contoh kemasyarakatan yang ada di Malaysia.



Mereka turut memuji rasa masakan tradisi melayu ini yang sangat sedap dan terpegun bila mengetahui masa yang diambil untuk menyiapkan dodol dan ketupat ini lebih dari 5 jam hingga ke akhirnya nanti.








Aktiviti membuat dodol dan ketupat ini turut disertai oleh rakan artis Taufiq Hanafi, Zarina Maharaja Lawak dan chef celebriti Chef Fikri.








Program ini juga turut disertai oleh sukarelawan dari Kolej Vokasinal Setapak selain kakitangan Matic sendiri. Rata rata sukarelawan yang hadir dapat merasakan pengalaman manis mencuba dan mempelajari bagaimana dodol di hasilkan. Mereka berasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat terlibat dengan aktiviti sebegini.











Program sebegini diadakan untuk mempromosikan masakan tradisional melayu melalui pelancongan dan juga untuk memelihara resepi masakan tradisi kepada generasi muda supaya ia tidak hilang di telan zaman. Tahniah kepada semua yang terlibat yang menjayakan program kali ini.

Untuk maklumat lanjut layari
https://www.facebook.com/PPMMaTiC/


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)