KL STREET ARTS FESTIVAL 2026 BAKAL WARNAKAN JALAN RAJA, DATARAN MERDEKA JUN 2026.
KL STREET ARTS FESTIVAL 2026 BAKAL WARNAKAN JALAN RAJA, DATARAN MERDEKA JUN 2026.
Kuala Lumpur bakal diserikan dengan ledakan seni urban, muzik jalanan dan budaya kreatif menerusi penganjuran KL Street Arts Festival 2026 yang berkolaborasi bersama program KL Street Jam, pada 20 Jun 2026 (Sabtu) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Festival ini menghimpunkan pelbagai elemen seni jalanan dan budaya urban dalam sebuah acara berskala komuniti yang meraikan kreativiti penggiat seni tempatan. Antara pengisian utama yang bakal diketengahkan termasuk Seni Visual, Muzik & Buskers, Street Performers, Kraftangan & Booth Kraf, Seminar & Perkongsian Seni serta Festival Seni Urban & Aktiviti Interaktif yang dijangka menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Pada sesi malam pula, pengunjung akan disajikan dengan siri persembahan khas KL Street Jam yang menampilkan barisan penghibur dan penggiat seni tempatan yang cukup sinonim dengan budaya jalanan dan muzik alternatif tanah air. Antara nama yang bakal membuat persembahan ialah Baba Andy, Maman Teacher's Pet, Aru Peruzza, Muzza's Velvettones serta persembahan khas daripada Artis & Kombo Budaya DBKL yang dijangka memeriahkan suasana sepanjang festival berlangsung.


Selain persembahan pentas, festival ini turut membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman menerusi sesi seminar seni yang menampilkan beberapa panel kreatif tempatan. Antaranya ialah Cheb Ali, pengkarya khat asal Mesir, Mr Labu yang merupakan penggiat seni badut senior tanah air, serta Yosh Studio yang akan mengendalikan sesi klinik dan perkongsian berkaitan seni origami. Sesi-sesi ini bakal menyentuh pelbagai aspek berkaitan seni urban, kreativiti visual, budaya jalanan serta perkembangan industri seni bebas tempatan.


Program ini juga akan melibatkan penyertaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK yang akan berkongsi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan negatifnya terhadap masyarakat, khususnya golongan belia dan penggiat seni. Melalui kolaborasi bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), pihak AADK turut dijangka melancarkan sebuah kempen khas bertemakan "Muzik Tanpa Dadah" sebaga usaha memperkukuhkan mesej gaya hidup sihat dan bebas dadah melalui medium seni dan muzik.
lanya Juga turut diserikan dengan penyertaan hampir 20 pempamer seni dan kraf tempatan yang bakal mempamerkan pelbagai hasil karya kreatif kepada pengunjung sepanjang acara berlangsung.


Penganjuran acara ini bukan sahaia bertujuan mengangkat bakat-bakat seni jalanan dan komuniti kreatif tempatan, malah menjadi platform dalam memperkukuhkan Kuala Lumpur sebagai sebuah kota seni yang aktif progresif dan dekat dengan masyarakat.
Dengan latar ikonik Dataran Merdeka serta Banaunan Sultan Abdul Samad, festival ini dijangka memberikan pengalaman seni urban yang unik dan berimpak tinggi kepada para pengunjung.



lanya juga sebagai usaha menyokong inisiatif Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memperkukuhkan jenama "Seniman Kota" yang telah diperkenalkan sebelum ini, iaitu sebuah inisiatif melibatkan pengkarya seni dan penghibur jalanan berpermit di bawah DBKL.
Sokongan daripada Yayasan Hasanah menerusi inisiatif Arts for All Seasons (ArtsFAS) turut menjadi antara faktor penting yang membantu menjayakan penganjuran festival ini. ArtsFAS merupakan sebuah platform dan inisiatif geran tahunan yang diterajui oleh Yayasan Hasanah, iaitu yayasan impak di bawah Khazanah Nasional.
Inisiatif ini diwujudkan bagi memelihara, memulihara dan meraikan seni, budaya serta warisan Malaysia melalui penyediaan dana, ruang persembahan dan peluang ekonomi kepada penggiat seni tempatan. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan festival ini yang terbuka secara percuma kepada semua pengunjung.
