Recent comments

Terbaru

Majlis Pelancaran BB Cushion | Shalicious Empire Sdn Bhd

Pelancaran BB Cushion oleh Shalicious Empire Sdn Bhd.

Pelancaran produk baru iaitu BB Cushion oleh Shalicious Empire Sdn Bhd telah diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran terbaru syarikat selain memberi pengkongsian tentang kebaikan BB Cushion bagi menggalakkan individu yang ingin kelihatan cantik dalam masa yang singkat disamping merawat kulit seterusnya menampilkan kecantikan diri sendiri dengan penuh keyakinan.













Shalicious Empire Sdn Bhd telah mengadakan pelancaran produk terbaru iaitu BB Cushion bertujuan untuk mevariasikan lagi produk syarikat yang sedia ada yang terdiri daripada suplemen dan juga penjagaan kulit seiring dengan permintaan pasaran yang tinggi.

Menyedari kepentingan untuk menyediakan produk pada harga mampu milik serta memberi kebaikan kepada pengguna, Shalicious Empire Sdn Bhd telah membantu menghasilkan BB Cushion yang mempunyai 2 tona yang berbeza memenuhi permintaan di kalangan pengguna yang memiliki tona kulit yang berbeza.





Pelancaran BB Cushion ini telah dimeriahkan oleh agen stokis yang mempunyai jumlah jualan tertinggi serta dihadiri oleh instafamous atau influencer sebagai salah satu pendekatan syarikat untuk memasarkan BB Cushion agar diterima oleh segenap lapisan masyarakat.















Pelancaran ini juga telah dimeriahkan dengan penyampaian hadiah istimewa bagi 3 stokis terbaik (berdasarkan jumlah jualan) di mana telah dimiliki oleh:

Top 1 - Putry Anggria (stokis indonesia) yang menerima hadiah percutian ke Maldives selama 3 hari 2 malam (tiket penerbangan + hotel) beserta trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.



Top 2 - Siti Zaliha Kamarudin (stokis Kuala Lumpur) yang menerima hadiah percutian ke Bali selama 3 hari 2 malam (tiket penerbangan + hotel) beserta trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.



Top 3 - Noor Nadhirah Abd Aziz (Stokis Terengganu) yang menerima trofi dan jambangan bunga yang ditaja oleh bellefleurmy.




Puan Sha Hasan selaku founder dan pengarah Shalicious Empire Sdn Bhd berkata “Majlis pelancaran ini diadakan bertujuan menghargai semua yang menyokong perkembangan Shalicious sejak syarikat ini ditubuhkan sehingga sekarang. Sokongan penuh semua pihak amat bermakna dan majlis ini juga diadakan bertujuan meraikan agen dan stokis terbaik yang memiliki pencapaian jualan tertinggi.”






“Majlis ini juga merupakan satu majlis yang telah dirancang sekian lama sebagai majlis meet and greet founder dengan semua pihak yang menyokong selama ini.”
BB Cushion yang akan menembusi pasaran Indonesia dan Brunei selain Malaysia bakal dijual secara rasmi bermula 25 April 2019 sejurus selepas ianya dilancarkan. Walaubagaimanapun, ianya sudah mula dijual secara pre order bermula 4 April 2019.


Antara kelebihan BB Cushion adalah:
Anti Aging
Hydrating
Perfect Cover
SPF 35++

Makeup Foundation - Tidak melekit dan kulit kekal lembut sepanjang hari.

UV Protection - Hadir dengan SPF 35++ untuk melindungi kulit dari sinaran UV

Perfect Cover - Gabungan tekstur bedak dan cecair mengekalkan kelembapan wajah tanpa menyebabkan kulit kelihatan bercampuk.

Anti Aging - Mengembalikan keanjalan dan kelembapan wajah - Melambatkan proses penuaan

Whitening & Repairing - Membantu menyamar cela, pori besar dan parut jerawat








BB Cushion kini boleh didapati menerusi agen, stokis serta ibu pejabat Shalicious pada harga RM77 sahaja. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk terbaru dan rangkaian produk

Shalicious, sila layari laman web rasmi di https://shalicious.com.my/shop/

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)