Recent comments

Terbaru

EKSPO ABSOLUTELY HALAL MALAYSIA DI MVEC MID VALLEY MERIAH

Edisi pertama Absolutely Halal Malaysia (AHM) yang dianjurkan oleh Idea Max Event (M) Sdn Bhd telsh berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), bermula dari 26hb Julai sehingga 28 Julai 2019. Masa pameran bermula seawal pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam setiap hari sepanjang 3 hari berturut-turut. Terdapat lebih 280 booth pameran dari syarikat dan produk yang berbeza turut bersama di Absolutely Halal Malaysia (AHM).










Ekspo Absolutely Halal Malaysia (AHM) adalah platform yang menarik dan strategik bagi usahawan halal untuk mempromosikan, meningkatkan kesedaran pengguna, perkhidmatan, dan meluaskan rangkaian perniagaan bagi mencapai pasaran halal di seluruh dunia. Industri halal meningkat dengan pantas dan menganggarkan lebih 80,000 tempatan dan pelawat antarabangsa melawat pameran kali ini.







Apa yang menarik ekspo ini adalah masuk secara percuma dan pengunjung berpeluang mendapat goodies bag ( tertakluk kepada stok ). Selain itu para pengunjung juga berpeluang bertemu dengan selebriti seperti Dato' Fazley, Sheila Rusly, chef selebriti dan ramai lagi.


















Terdapat jualan produk halal pada harga yang cukup berpatutan, demonstrasi masakan dan lain-lain aktiviti yang menarik. Ekspo Absolutely Halal Malaysia (AHM) membolehkan usahawan sektor halal untuk meningkatkan pendapatan, produktiviti, penjenamaan, rangkaian, dan promosi, tetapi juga  untuk pengunjung bukan Islam untuk menghadiri ekspo menarik ini. 












Terdapat banyak ruang menarik di sini antaranya zon murah dengan pelbagi produk pilihan yang murah berbanding harga pasaran untuk pengunjung nikmati. Pengunjung juga dapat merasai pelbagai masakan jalanan yang turut di jual. Kesemunya masih segar dan pana-panas lagi.

















Pengunjung juga boleh membayar menggunakan Maybank QRPay untuk dapatkan 10% diskaun dari jumlah produk yang dibeli dan bagi perbelanjaan RM80 ke atas pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah.









 
Terdapat juga barangan cenderahati dan rangkaian produk halal yang turut serta dalam ekspo kali ini.







Terdapat juga booth Jakim untuk segala pertanyaan dan maklumat terkini mengenai Halal Malaysia untuk anda pelajari.





Ekspo halal ini dapat memupuk dan memberikan gambaran yang jelas tentang halal di mana konsep halal tidak hanya berlaku untuk makanan, tetapi sesuai untuk semua tanpa mengira kaum dan agama, dan ini sejajar dengan tanggapan Halal Malaysia untuk semua.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari sosial media:

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)