Recent comments

Terbaru

Minuman Baharu Coolblog Fire Tiger King Kini Bermaharajalela di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara

Coolblog dengan bangganya mengumumkan siri baharu minuman mereka yang diberi nama Fire Tiger King hari ini. Dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml, Fire Tiger King didatangkan dalam 4 perisa berbeza iaitu Fire Tiger King, Fire Red Tiger, Fire Thai Tiger dan Fire Green Tiger menandakan ngauman Raja harimau yang sebenar.






Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria, hadir di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dengan secara rasmi memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Tiger King On Fire .







Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Encik Shamshuzaman bin Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna turut dihadiri oleh wakil dari Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Malaysia Franchise Association (MFA), pihak pengurusan dan francaisi Coolblog.



Dinspirasikan dan diberi nafas baharu, Tiger King On Fire oleh Coolblog ini didatangkan dalam 4 perisa iaitu Fire Tiger King, Fire Red Tiger, Fire Thai Tiger dan Fire Green Tiger menandakan kempen suku tahun ke-empat Coolblog. Kempen kali ini yang adalah kesinambungan daripada kempen Hari Harimau yang diperkenalkan pada suku tahun pertama (Januari Mac) yang mencatat peratusan jualan tertinggi bagi kempen 2019.



Dengan taktik komunikasi Pertabalan Raja Gula Perang Yang Sebenar, mesej utama kempen Fire Tiger King ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog adalah jenama minuman yang boba yang sejati dan pelopor dalam memperkenalkan minuman berasakan tiger brown sugar ini. Keenakkan adunan rasa serbuk teh premium bersama mousse keju dan dilengkapkan dengan taburan krim keju yang dibakar brulee, siri Fire Tiger King dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.





Bagi kempen kali ini, Coolblog membawakan elemen Tanggungjawab Sosial Korporat atau CSR dimana dengan setiap jualan siri Tiger King On Fire, sebahagian dari hasil jualan akan didermakan ke satu badan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam usaha menyelamatkan spesis dan habitat harimau Malayan Tiger yang semakin pupus di Malaysia.




Untuk maklumat lanjut layari laman web dan Sosial media
Facebook : https://www.facebook.com/coolblog.my/
Instagram : https://www.instagram.com/coolblogmalaysia/

#FireTigerKing #FTKSDS #CoolblogMalaysia

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)