Terkini | New

Dua Dekad Transformasi Perkukuh Petaling Jaya Sebagai Bandar Raya Mampan, Bahagia Dan Berdaya Tahan

Dua Dekad Transformasi Perkukuh Petaling Jaya Sebagai Bandar Raya Mampan, Bahagia Dan Berdaya Tahan.


Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 Sebagai Bandar Raya Mampan, Bahagia Dan Berdaya Tahan. Dua dekad sebagai bandar raya menyaksikan Petaling Jaya melalui transformasi menyeluruh yang signifikan, sebagai Bandar Raya Mampan, Bahagia Dan Berdaya Tahan.




Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah merekodkan pelbagai pencapaian penting merangkumi peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan bandar raya, pembangunan infrastruktur mampan, pendigitalan sistem pentadbiran, pengukuhan agenda kelestarian alam sekítar serta pemerkasaan komuniti setempat.



Perkembangan dua dekad ini diraikan menerusi penganjuran Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang berlangsung meriah di Laman MBPJ Jalan Yong Shook Lin.




Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan & Kebudayaan Negeri Selangor. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Hj. Mohamac Zahri bin Hi. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya, Ahli-ahli Majlis, rakan-rakan strategik dari sektor kerajaan dan swasta serta barisan pengurusan tertinggi MBPJ.



Sambutan ini menjadi símbol penghargaan terhadap perjalanan 20 tahun Petaling Jaya sebagai bandar raya serta manifestasi kesinambungan pembangunan yang berteraskan kesejahteraan rakyat.

Datuk Bandar Petaling Jaya dalam ucapannya berkata, "sambutan ulang tahun ini bukan sekadar meraikan pencapaian, sebaliknya mencerminkan perialanan panjang pembangunan bandar yang dibina atas asas kebersamaan. Petaling Jaya dibangunkan melalui usaha kolektif pelbagai pihak. Dua dekad ini membuktikan bahawa kejayaan bandar raya ini bukan hanya diukur melalui permbangunan fizikal. tetapi juga melalui kekuatan komuniti kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan serta kesejahteraan warganya," katanya.




Beliau turut menegaskan komitmen MBPJ untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan bandar raya yang efisien, responsif dan berteraskan rakyat, selaras dengan aspirasi menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya paling bahagia dan berdaya huni.



Mengekalkan tema "PJ Bandar Paling Bahagia dan Mampan", MBPJ komited menterjemahkan aspirasi tersebut melalui penganjuran 11 program utama serta enam perkhidmatan percuma sepanjang Festival Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang berlangsung selama enam hari dari 16 Jun 2026 hingga 21 Jun 2026.


Festival ini dirangka bagi memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan serta rasa memiliki terhadap bandar raya ini. Penganjuran festival ini berjaya menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung sepanjang program berlangsung. Pellbagai pengisian telah disusun merangkumi program komuniti, aktiviti kebajikan, gaya hidup sihat, kelestarian alam sekitar, penglibatan belia serta hiburan rakyat yang memberi peluang kepada seluruh warga Petaling Jaya untuk turut serta dalam sambutan bersejarah ini.

Antara acara kemuncak ialah pertandingan perarakan yang disertai hampir 600 peserta daripada 15 kontinjen melibatkan agensi kerajaan dan swasta. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 bagi tempat pertama, RM2,000 bagi tempat kedua dan RM1,500 bagi tempat ketiga, bersama sijil dan plak. Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan serta artis popular tanah air termaksuklah Ernie Zakri, Shidi Data, Thalita, Victoria, Zubir Khan dan Naim Daniel.

Sebagai penghargaan kepada warga Petaling Jaya, MBPJ menyediakan pelbagai inisiatif istimewa termasuk kemudahan parkir percuma di seluruh kawasan Petaling Jaya serta akses percuma kepada kemudahan sukan MBPJ seperti kolam renang, gelanggang dan padang pada 20 Jun 2026.

Selaras dengan agenda kelestarian bandar, sebanyak 1,000 anak pokok telah diedarkan kepada orang ramai sebagai sokongan kepada usaha penghijauan bandar. Pada masa sama, ubat Abate turut diagihkan secara percuma sebagai langkah pencegahan awal pembiakan jentik-jentik bagi membanteras wabak denggi.

Bagi memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan masyarakat, MBPJ turut menawarkan keahlian percuma Perpustakaan Komuniti PJ kepada orang ramai bermula 20 hingga 22 Jun 2026.

MBPJ merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan ulang tahun ini, termasuk rakan strategik daripada agensi kerajaan, sektor swasta serta komuniti setempat yang sentiasa memberikan sokongan berterusan.

Seiring aspirasi pembangunan bandar yang progresif MBPJ akan terus memperkukuh agenda bandar mampan dan inklusif melalui pelaksanaan inisiatif yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Usaha ini akan diteruskan secara konsisten bagi memastikan Petaling Jaya kekal sebagai pandar raya berdaya huni, seimbang dan beridentiti unggul, selaras dengan misi "Petaling Jaya Mampan dan Bahagia 2030. Untuk maklumat lanjut mengenai MBPJ, sila layari www.mbpi.gov.my,