Recent comments

Terbaru

Tema TRADISIONAL Menjadi Pilihan Promosi “KAMPONG SITI KHADIJAH”

SK terus mengorak kehadapan apabila akan menjalankan promosi Kampong Siti Khadijah bermula 22 hingga 27 Oktober 2019. Kampong Siti Khadijah bakal menemui anda di dua buah lokasi berlainan iaitu Alamanda, Putrajaya dan AEON Mall Kota Bharu, Kelantan.


Siti Khadijah (SK) merupakan jenama pakaian gaya hidup Muslim di Malaysia yang
menawarkan pelbagai produk telekung dan bukan telekung dengan corak inovatif, motif dan
berkualiti premium. 



Nama Kampong Siti Khadijah dipilih sebagai tanda lebih mesra dan lebih dekat di hati rakyat
Malaysia yang sukakan suasana dan keindahan sesebuah kampung.


Bermula 22 Oktober 2019, Kampong Siti Khadijah yang berkonsepkan tradisional dan kampung juga akan membuka booth permainan tradisional seperti ceper dan batu seremban. Pastinya permainan tradisi ini akan mengimbau kembali 1001 kenangan dan suasana indah di kampung.



“Tercetusnya idea Kampong Siti Khadijah adalah tidak lain tidak bukan untuk Team SK rasa lebih dekat di hati para penggemar telekung SK. Promosi ini juga diadakan istimewa bagi  menghargai sokongan dan kesetiaan yang tidak pernah putus oleh Famili SK di luar sana. Bagi anda yang belum berkesempatan merasai telekung SK, inilah masanya kerana kami tawarkan penjimatan hingga 50% bagi produk telekung terpilih. InsyaAllah, dengan rekaan yang dipatenkan dengan tumpuan utama di bahagian muka, menggabungkan kain bermutu tinggi dan bahan yang boleh diregangkan– dijahit dengan rapi menggunakan renda sulaman yang cantik, saya percaya anda pasti berpuas hati dengan telekung SK”. Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah .

Tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-10 Siti Khadijah ditubuhkan. Tentunya promosi menarik ditawarkan oleh Siti Khadijah buat penggemar setia nya. Istimewa sempena promosi Kampong Siti Khadijah, diskaun hingga 50% bagi produk telekung terpilih dan potongan sebanyak 70% bagi aksesori dan koleksi pakaian daripada SK.


Tidak cukup dengan itu, sebanyak 8,000 hadiah percuma menanti Famili SK yang hadir ke Kampong Siti Khadijah bermula 22-27 Oktober ini. Pemberian hadiah percuma ini juga merupakan salah satu objektif utama Team SK pada tahun ini sebagai tanda penghargaan kerana menyokong SK sepanjang 10 tahun. Kepada Famili SK yang bermain permainan tradisional yang disediakan, anda akan diberikan baucar tambahan istimewa dari SK dan hanya boleh gunakannya pada promosi Kampong Siti Khadijah sahaja. 



Apa lagi yang menarik tentang Kampong Siti Khadijah? Ya. Cabutan bertuah! Famili SK yang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama iaitu produk Habib Jewel yang bernilai RM 5000. 

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom berkampung ramai-ramai di Kampong Siti Khadijah pada 22 hingga 27 Oktober 2019 yang bertempat di Alamanda, Putrajaya dan AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan. Jumpa anda di sana!

Perancangan dan strategi perniagaan Pada Tahun 2020.

Peneraju telekung berinovatif dan unik, Siti Khadijah (SK) tidak mengambil masa lama untuk
menyiapkan perancangan yang rapi bagi tahun 2020. Perancangan dan strategi perniagaan
merangkumi semua sudut aspek seperti aspek pemasaran, jualan, pembukaan butik, jualan
atas talian (marketplace) dan pelbagai aspek lain lagi. Oleh itu, SK menampilkan sisi yang
berlainan dengan membuka Butik SK Suria KLCC.


Berbeza dengan butik-butik SK yang lain, Butik SK Suria KLCC merupakan inisiatif baru SK dalam memperkenalkan lebih banyak variasi produk kepada orang ramai. Team SK akan membuka butik SK KLCC pada 1 Disember 2019, di Suria KLCC. 

Konsep yang ingin diketengahkan SK adalah memberi pengalaman baru merasai kehalusan seni produk SK yang selesa, sopan dan cantik apabila dipakai kepada pelanggan yang belum mencubanya. Nilai pelaburan bagi butik SK Suria KLCC ini mencecah hampir RM 1.5 juta.

“Pembukaan butik SK di Suria KLCC akan lebih memfokuskan produk gaya hidup Muslim yang terdiri daripada rangkaian pakaian harian yang boleh digunakan secara kasual atau formal. “Keanggunan Kesopanan” menjadi tagline sejajar dengan produk yang ditawarkan. Sebahagian besar produk di Butik SK KLCC terdiri daripada baju kemeja lelaki dan wanita, kasut wanita (100% leather), outer, seluar kasual wanita , blouse , Baju Kurung, Baju Melayu dan sebagainya. Manakala sebahagian kecil produk yang dipasarkan di Butik SK KLCC terdiri daripada pelbagai rangkaian telekung SK dan produk HEGIRA”. -Encik Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Kumpulan Pegawai Operasi Siti Khadijah



Selain itu, antara perancangan yang dirancang Team SK pada tahun 2020 adalah pembukaan butik SK di seluruh Malaysia. Sebanyak 12 butik SK di Malaysia dan 4 butik SK baru di Indonesia akan dibuka sepanjang tahun 2020. Jumlah nilai pelaburan bagi pembukaan butik SK pada tahun 2020 pula dianggarkan lebih kurang RM 12 juta. Bertahan selama 10 tahun sebagai sebuah peneraju telekung di Malaysia, SK berusaha mencapai visi untuk menjadi pengeluar produk gaya hidup Muslim terbesar di dunia.



Serentak dengan promosi Kampong Siti Khadijah bermula 22 hingga 27 Oktober 2019, HegiraGroup anak syarikat Siti Khadijah turut sama memperkenalkan produk tudung menarik mereka dan turut serta dalam promosi Kampong Siti Khadijah.

Pengasas Hegira Puan Suri Daman, Hegira akan menghasilakan hijab fesyen dan hijabIbadah sesuai dengan di pakai sehari-hari kerja dan ke majlis-majlis. Hijab bagi menunaikan ibadah pakai siap datang dengan 'Chin Covering' menutup dagu dan didatangkan sedikit labuh dari hijab fesyen sesuai untuk usrah, umrah atau Ibadah haji.







Memang cantik dan menarik dengan warna yang menawan untuk wanita di luar sana. Sesuai juga untuk hadiahkan kepada orang yang tersayang dan keluarga. Untuk maklumat lanjut layari laman web dan laman sosial media mereka di :

Website: http://sitikhadijah.com

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)