Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2025 (TERMA) Berjaya Menarik Penglibatan Anak Muda
Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2025 (TERMA) Berjaya Menarik Penglibatan Anak Muda
Majlis Kemuncak Panggung Anniversari Kuala Lumpur Pada 26 hingga 28 Disember 2025
Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia (TERMA) 2025, berjaya dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut, bermula 26 hingga 28 Disember 2025 di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur yang menghadirkan penyertaan dari yang terdiri dari Kuala Lumpur, Melaka, Perak. Johor Terengganu dan Selangor.

TERMA bukan sekadar sebuah festival seni persembahan. Ia adalah medan perkongsian ilmu, pemahaman budaya dan penyatuan masyarakat berbilang kaum melalui seni tari, muzik dan busana etnik Malaysia.
Pada hari pertama festival memperkenalkan pertandingan Bintang Legasi Etnik Malaysia, yang berlangsung pada 26 Disember 2025 (Jumaat), jam 3.00 petang hingga 7.00 malam. Seramai 12 peserta dari seluruh Malaysia telah menyampaikan lagu-lagu etnik dengan baik dan penuh potensi. Sebanyak 30 pendaftaran hanya 12 penyertaan ke Kebangsaan.



Namun sebagai penggiat seni warisan melihat satu realiti yang perlu kita perbaiki bersama masih ramai penyanyi muda yang belum benar-benar memahami makna, falsafah dan penjiwaan sebenar lagu-lagu etnik yang mereka bawakan.
"Bagi saya, nyanyian etnik bukan sekadar suara yang merdu. Ia adalah ilmu, adab, sejarah dan jiwa sesuatu kaum. Malaysia yang berbilang bangsa perlu merapatkan jurang pemahaman budaya antara satu sama lain agar seni warisan dapat dipersembahkan dengan lebih murni dan berakar", Ujar Pengasas & Pengarah Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia (TERMA) Noraniza Idris.




Bertekad untuk menjadikan Bintang Legasi Etnik Malaysia sebagai satu platform pendidikan budaya, dan akan memperkukuh pertandingan ini pada tahun 2026 untuk melahirkan pelantun lagu etnik yang bukan sahaja berbakat, tetapi berilmu dan berpengetahuan tentang warisan tanahair sendiri.
Majlis penyampaian hadiah hari pertama telah disempurnakan oleh wakil Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Hari kedua festival menyaksikan pertandingan Peragaan Busana Etnik Paling Glamour bagi kategori 4–8 tahun dan 9–15 tahun. Pertandingan ini ternyata menarik perhatian bukan sahaja masyarakat tempatan, malah pelawat luar negara yang hadir menyaksikan keunikan budaya Malaysia.

Penganjur percaya pembentukan jati diri budaya perlu bermula dari usia kanak-kanak ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru, pertandingan ini bukan sekadar peragaan busana, tetapi turut diselitkan sesi ujian IQ dan komunikasi pentas, memberi ruang kepada peserta untuk melontarkan idea, memahami asal usul busana dan berani menyuarakan pemikiran mereka.




Turut terharu melihat kesungguhan ibu bapa yang meluangkan masa menyiapkan anak-anak mereka dengan penuh teliti dan komited. Setiap persembahan yang ditampilkan sangat menghiburkan dan bermakna, membuktikan bahawa acara ini wajar diangkat sebagai acara utama, bukan sekadar selingan.


Majlis penyampaian hadiah hari kedua telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Cik Puan Datin Hezeita binti Mohd Hafidz, isteri kepada YM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YM Tengku Bedahara Azman Shah Al-Haj.
Hari ketiga merupakan acara kemuncak festival, menghimpunkan 9 kumpulan tarian dari seluruh Malaysia yang membawakan tarian kreatif etnik Malaysia berasaskan lagu-lagu etnik ciptaan tempatan. Tarian kreatif etnik ini adalah gambaran sebenar kekayaan Malaysia bukan hanya Melayu Bumiputera, tetapi juga warisan Jawa, Bugis, Minang, India, Cina, Sabah, Sarawak, Orang Asli dan pelbagai komuniti lain.



Setiap susur galur kaum ini membawa kisah dan keunikan tersendiri yang perlu difahami, dihormati dan dipersembahkan dengan penuh tanggungjawab. Inilah identiti dan keunikan Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia musim kedua sebuah festival yang mendidik, bukan sekadar menghibur. Majlis kemuncak telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol, sebagai simbol penghargaan kepada seni warisan dan penggiat budaya tanahair.
"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kerjasama dan sokongan yang diberikan melalui penggunaan ruang Panggung Anniversari. Terima kasih juga kepada Prosignal Consortium Sdn. Bhd. atas sumbangan penajaan CSR, Akira Touch atas hadiah sampingan kepada peserta, serta individu yang sudi menyumbang secara peribadi Encik Ghani bin Abdullah (Johor) dan Encik Aiman Hakim. Inilah bukti bahawa seni budaya mampu disokong melalui semangat kebersamaan", Ujar Pengasas & Pengarah Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia (TERMA) Noraniza Idris.



"Insya-Allah, saya berhasrat membawa TERMA ke peringkat antarabangsa sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026). Perancangan sedang dirangka untuk melancarkan TERMA 2026 dengan penglibatan 10 buah negara luar, selain
penganjuran peringkat kebangsaan musim ketiga dengan skala yang lebih besar dan lebih tersusun. Ini adalah sumbangan kecil saya kepada seni warisan, demi memastikan legasi budaya Malaysia terus hidup, difahami dan dihargai oleh generasi akan datang", Ujar Beliau lagi.
Sepanjang festival, persembahan turut diserikan oleh Noraniza Idris bersama Ihab Ismail, Siti Sarah Ahmad Jamil, Azmir Ariff dan Bella Mohd. Turut membuka bengkel tarian warisan secara percuma, dan anak-anak dari Noraniza Idris Dance Academy tampil memberi persembahan santai dalam slot Joget Lambak, menutup festival dengan irama Joget Dondang Sayang dan Malaysia Truly Asia.
