Recent comments

Terbaru

OSIM Mmemperkenalkan Kerusi Mampu Milik uDivine V Bagi Memenuhi Impian Pengguna.

Kami ingin berkongsi dengan anda produk keluaran terbaharu dari OSIM. Setiap impian yang menyeronokkan bermula dengan seorang insan yang mempunyai impian dan juga dengan Dream Series serba baharu. OSIM dengan bangganya memperkenalkan kerusi urut terkini, iaitu OSIM uDivine V.







Direka untuk generasi pengguna baharu yang bercita-cita tinggi dan mahu menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, dengan kaedah terbaharu uDivine V. la dapat mencapai kesegaran yang lebih nyata menerusi teknologi mengurut terkini seperti teknologi V Hand dengan bebola penggelek 720, Urutan 4-Tangan (4- Hands Massage), program-program urutan yang boleh dimuat turun, serta satu suite program yang menawarkan pilihan urutan profesional atau manual yang dapat disesuaikan dengan kehendak pengguna, semuanya digabungkan dalam satu kerusi urut.







Pelancaran Dream Series, OSIM berbesar hati memperkenalkan selebriti berbilang bakat, JJ Lin, sebagai duta global uDivine V. Sebagai selebriti antarabangsa dengan jualan album dan persembahan konsert yang memecahkan rekod, JJ Lin menjadi inspirasi kepada semua bahawa impian dapat menjadi keyataan.



Ciri ini menjadi aspirasi yang paling sesuai untuk uDivine V dalam Dream Series. JJ Lin juga adalah warga Singapura pertama yang menyertai kumpulan duta OSIM yang sebelum ini disertai oleh Andy Lau, Sammi Cheng dan Lee Min Ho.





Pengurus Besar OSIM Malaysia, Cilk Chia Sook Fun, berkata "uDivine V direka khas untuk para individu era digital yang sentiasa sibuk untuk memberikan mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dengan menghapuskarn tekanan yang datang dari beban kerja yang bertambah, penggunaan peranti digital dan sebagainya, yang sebenarnya bukan hanya membebankan mata tetapi juga mencetuskan ketegangan otot terutamanya di kawasan bahu dan leher.



OSIM komited untuk membantu generasi baharu pengejar impian untuk memulihkan tubuh, minda dan jiwa mereka. Dengan tubuh dan jiwa yang mendapat rehat yang secukupnya, seseorang itu dapat berusaha dan mencapai impian terbesar dalam hidup mereka.









Divine V: Mengubah Impian Menjadi Pemilik Realiti
Memiliki sebuah kerusi urut bukan lagi satu impian dengan OSIM uDivine V. la menawarkan pada harga mampu milik yang menarik bagi para dewasa muda bercita-cita tinggi yang mahu mendapatkan permulihan segera untuk kembali beraksi.





Teknologi V HandTM dengan Bola Penggelek 720°
Penambahbaikan teknologi urut telah menghasilkan Teknologi V Hand" dengan Bola Penggelek 720, yang mensimulasikan teknik dan pergerakan tangan pengurut yang mahir untuk kesan yang realistik, Bola Penggelek 720 berputar 360° dalam kedua-dua arah dan bergolek pada kontur tubuh dan mengurutkan setiap bahagian otot yang keletihan, meningkatkan kesegaran dan kepuasan para pengguna.



Teknologi urut 4 tangan
Bersama dengan teknologi V Hand dengan Bola Penggelek 720°, OSIM uDivine V turut dibina dengan ciri premium teknologi urut 4 tangan yang mengambil contoh ciri urutan 4 tangan secara segerak yang ditawarkan di spa mewah. Ciri ini menyegarkan bahagian atas dan juga bahagian bawah tubuh untuk memberikan rasa nyaman dan tenang secara dalaman. Direka untuk tahap keselesaan, kesejahteraan dan pemulihan tubuh yang sepenuhnya.



Ciri Keselamatan Pintar
OSIM uDivine V dilengkapi dengan pengesan keselamatan pintar untuk mencegah mekanisme daripada menjadi terlalu panas, dan sekiranya pengesan mengesan objek yang menghalang semasa kerusi dibaringkan, bahagian yang bergerak seperti sandaran dan tempat duduk akan berhenti untuk memastikan keselamatan pengguna serta kanak-kanak atau haiwan peliharaan di dalam rumah.













Warna anda, personaliti tersendiri 
Reka bentuk yang minimalis dan tersusun diserlahkan dengan krom moden yang digilap dan kulit berwarna berbentuk V, mewujudkan rasa moden yang mewakili generasi baru. uDivine V disediakan dalam 5 warna, Biru, Kuning, Ungu, Tembaga dan Kelabu.



OSIM uDivine V melegakan tubuh dan minda untuk rehat yang lebih baik dan memberikan rasa segar dan bersemangat untuk mengatasi segala cabaran hidup.

Harga Promosi Prebiu pada RM10,888** Terhad kepada 200 unit pertama sahaja. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial media mereka.

Website : www.osim.com.my/
Facebook : www.facebook.com/OSIM.Malaysia/
Instagram : www.instagram.com/osim.malaysia/


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)