Recent comments

Terbaru

SHOPEE Dan KPLB Memberi Peluang Perniagaan Peniaga Luar Bandar Di Atas Talian Sempena 12.12 Ulangtahun Shopee

SHOPEE Dan KPLB Memberi Peluang Perniagaan Peniaga Luar Bandar Di Atas Talian Sempena 12.12 Ulangtahun Shopee.

Shopee bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan untuk menyediakan peniaga tempatan dengan kemahiran, ilmu dan peluang bagi memasarkan produk mereka atas talian.


Bulan lepas, Shopee telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Elokal, pembolehdaya yang dilantik Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan.



Kedai rasmi Desamall@KPLB telah dilancarkan, mengenengahkan produk buatan tempatan seperti sambal, dodol, buku, baju kurung dan banyak lagi.



Pihak Kementerian melancarkan sebuah kedai pengkhususan automotif atas talian di Shopee yang dikenali sebagai Desaauto@KPLB, inisiatif tersebut dijangkakan memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan luar bandar yang mengilang dan mengedar produk automotif seperti tayar, bahagian gantian dan minyak enjin.














Ini memberi mereka peluang untuk menjangkau pelanggan berpotensi baharu seluruh negara dan rantau melalui perkhidmatan melangkau sempadan Shopee, Platform Antarabangsa Shopee. Sebagai pemulaan, 100 produk akan didapati di kedai rasmi atas talian tersebut.





“Sekitar 24% daripada populasi Malaysia menginap di kawasan luar bandar, dan fokus utama Kementerian saya adalah untuk memajukan infrastruktur, kedudukan ekonomi dan pendapatan penduduk luar bandar. Masih banyak yang perlu dilakukan bagi kawasan luar bandar. Desamall@KPLB dan Desaauto@KPLB di Shopee adalah antara dua inisiatif KPLB yang akan memastikan usahawan luar bandar tidak ketinggalan dalam arus permodenan terkini sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Sasaran kami untuk tahun 2020 adalah untuk mempersiapkan 5,000 usahawan luar bandar baharu. Kami telah menyediakan kerja dasar untuk mereka dan dengan perancangan yang menarik ini, kami yakin yang kita akan berjaya mencapai sasaran kita. Tanggungjawab seterusnya adalah atas bahu warga luar bandar untuk mengambil langkah ke hadapan dan menggunakan peluang yang disediakan ini sepenuhnya,” ucap Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun yang merasmikan pelancaran kedai rasmi Desaauto@KPLB di Shopee, di W Kuala Lumpur.

Shopee 12.12 Birthday Sale yang Hebat Buat Semua

Pelancaran Desaauto@KPLB telah diadakan bersempena dengan pengumuman Shopee 12.12 Birthday Sale yang berlangsung dari 28 November hingga 12 Disember. Shopee akan mengadakan acara hiburan dan promosi sebagai ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi, termasuk tawaran harian RM12, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, dan 12 juta Shopee coins untuk dimenangi di Shopee Catch.



Eksklusif Hanya Untuk Pengguna Shopee


SUV premium PROTON yang pertama, Proton X70 kini tiba di Shopee. Kunjungi kedai rasmi Proton di Shopee dari 3 Disember hingga 31 Disember 2019 untuk menikmati bayaran tempahan serendah RM99.00. Di samping itu, 50 pelanggan pertama yang mendaftar Proton X70 mereka sebelum 31 Disember 2019 juga akan menerima baucar-baucar Shopee berjumlah RM2,000 serta dapat menikmati promosi lain yang sedia ada dari PROTON.



Tawaran dan diskaun eksklusif dari Mydin, Petronas, AEON BiG, Castrol, DNA by Dynas, Mikaseries, Bridgestone Bicycle, Xixili, SimplySiti by Dato' Sri Siti Nurhaliza, Phewiiit by Amy Search, C' by Jane Chuck, White Fluffy by Janna Nick, Pureen, Bum Equipment dan banyak lagi menambah kepada kehebatan sambutan 12.12 Birthday Sale. Jenama-jenama ini boleh didapati hanya di Shopee pada 12.12 Birthday Sale.



Dalam pada sambutan ulang tahun kelahiran Shopee, para pengguna kini boleh menambah nilai bagi telefon bimbit dan membayar bil Astro, air, dan elektrik mereka dengan mudah melalui ciri baharu Reloads, Vouchers, and Bills yang terdapat di aplikasi Shopee. Para pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan pulangan tunai Shopee coins sebanyak 10% semasa membayar bil mereka di Shopee. Pada 12 Disember sahaja, pulangan tunai dinaikkan kepada 12%. Setiap pengguna terhad kepada pulangan tunai Shopee coins sekali sahaja bagi tempoh kempen.


Tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna bagi platform e-dagang nombor 1 Malaysia dengan tercapainya pelbagai peristiwa penting. "Kami mahu mengakhiri tahun 2019 dengan sambutan bermakna yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Pelancaran Desaauto@KPLB meneruskan usaha kami untuk memperkasakan dan memberi kebolehan kepada usahawan tempatan, dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka untuk berkembang maju dan berjaya atas talian. Ini termasuk bengkel percuma kami bagi para penjual, Shopee University yang membimbing mereka mengenai cara-cara untuk mengoptimumkan perniagaan mereka secara atas talian sambil kami mengurus dan menyetempatkan kempen jualan untuk meningkatkan prestasi jualan usahawan-usahawan Shopee," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Lebih Banyak Tawaran Hebat, Sukar Dilepaskan
    -Dimsum - Servis langganan video atas permintaan melancarkan ciri Watch & Shop di mana para pelanggan boleh membeli barang yang seumpama dengan barang yang ditayangkan di drama atau filem, di Shopee. Dari 5 hingga 15 Disember, gunakan DIMSUM1212 untuk menikmati diskaun RM10 dengan perbelanjaan mininum sebanyak RM35 melalui ciri ini. Tawaran eksklusif untuk pengguna baharu Shopee sahaja.
    -Standard Chartered, RHB, CIMB Bank, HSBC, UOB - Pemegang kad bakal menikmati ganjaran apabila membeli-belah di Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini. 
    -Visa - Menangi hadiah sebanyak RM300,000.
    -The Alley - Tempah The Alley X Shopee Smoothie eksklusif, dan nikmati dua (2) cawan Brown Sugar Creme Brulee Milk dengan hanya RM22. 
    -Pizza Hut - Dapatkan satu (1) pizza regular pada RM9.99 pada 12 Disember sahaja. 
    -Sushi King - Nikmati satu (1) California Temaki pada RM1.20. 
    -Baskin Robbins - Beli satu (1) dan dapatkan satu (1) Chocolate Blast Beverage percuma. Dunkin’ Donuts - Nikmati sebiji donut pada RM1.20; beli satu (1) dapatkan satu (1) kopi percuma. 
    -KFC - Beli satu (1) percuma satu (1) untuk produk terpilih. 
    -FPX - 5,000 baucar bakal dinikmati bagi 2,500 pembeli pertama melebihi RM100 pada 28 dan 29 November.


Shopee 12.12 Birthday Sale ini juga direka sebagai ucapan terima kasih kepada pengguna atas sokongan luar biasa mereka dengan tawaran terhebat pada akhir tahun. Kami telah melancarkan semua tawaran ini dan ganjaran eksklusif supaya rakyat Malaysia dapat turut serta bersama kami dalam sambutan ini dan menamatkan tahun ini dengan baik. Pelbagai tawaran menarik diadakan pada 12.12 Birthday Sale ini dan berharap berharap ia akan membantu anda dalam persediaan menjelang tahun baru.

Untuk menikmati tawaran ulang tahun kelahiran Shopee pada 12.12 Birthday Sale ini, layari laman web dan laman sosial media mereka:

Laman Facebook : www.facebook.com/ShopeeMY/

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)