Recent comments

Terbaru

Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Yang Anda Perlu Tahu.

Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Yang Anda Perlu Tahu.

Kami ingin kongsikan kepada anda soalan-soalan lazim dan maklumat yang anda perlu tahu tengtang Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).



Malaysia nampaknya bakal melanjutkan lagi tempoh kuarantin. Pendapat yang sebaiknya sebab di hari ini pun masih lagi ramai yang tidak mengikut arahan. Semoga cepatlah pulih keadaan keadaan dan kita dapat menyambut Ramadhan dan Syawal dengan penuh kesyukuran.

1. APAKAH SIMPTOM JANGKITAN COVID-19?



Virus korona adalah virus yang menjangkiti saluran pernafasan manusia. Ini bermakna, majoriti simptom yang direkodkan mempunyai kaitan dengan sistem tersebut. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka yang dijangkiti oleh virus ini lazimnya akan menunjukkan simptom seperti berikut:

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah membuat analisis berkaitan dengan 55,000 kes positif COVID-19 yang disahkan di China. Berdasarkan kajian tersebut, terdapat beberapa simptom lain yang boleh dialami oleh individu yang dijangkiti wabak.

Antaranya:

Kelesuan, Sakit sendi/tulang, Sakit tekak,Sakit kepala,Kesejukan,Muntah dan loya dan Cirit-birit. Namun, perlu diingatkan juga, bukan semua individu berjangkit menunjukkan simptom.


2.VIRUS KORONA ADALAH VIRUS YANG MENGJANGKITI SISTEM PERNAFASAN. BAGAIMANA IA TERSEBAR?



Virus korona baharu berupaya untuk tersebar melalui titisan udara. Oleh sebab virus ini masih lagi baru, pakar di seluruh dunia sedang cuba untuk mengkaji jika terdapat kaedah penyebaran lain.

Setakat ini, kebanyakan kajian menunjukkan:

COVID-19 berupaya untuk tersebar daripada satu individu kepada individu yang lain dalam lingkungan jarak 2 meter. Ia berlaku melalui titisan udara yang tersebar sewaktu individu berjangkit bersin atau batuk.

Virus ini boleh hidup di permukaan luar badan manusia untuk satu tempoh yang lama. Individu yang ada kontak dengan permukaan berisiko boleh mengalami jangkitan jika sentuhan dengan muka berlaku selepas itu. Walau bagaimanapun, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), ini bukanlah satu kaedah penyebaran utama bagi virus ini.

COVID-19 boleh disebarkan oleh individu berjangkit walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang simptom. Menurut CDC, virus korona baharu boleh tersebar dengan mudah dalam satu komuniti.


3.ADAKAH VIRUS INI BOLEH TERSEBAR MELALUI BARANG ONLINE DARI NEGARA CHINA?

Kebanyakan negara telah mengimplementasikan prosedur pembasmian kuman sebelum barangan mereka dieksport keluar. Namun, jika prosedur tersebut tidak dilaksanakan sekalipun, risiko untuk anda mendapat jangkitan sangat rendah.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa COVID-19 boleh hidup di luar badan sehingga 9 hari. Namun, menurut Pengarah Institusi Kesihatan Universiti Kebangsaan Singapura, Dr Michael Merson, faktor seperti suhu dan lembapan persekitaran turut memainkan peranan.

Kaedah penyebaran virus utama adalah melalui titisan udara. Sehingga kini, tiada bukti yang menunjukkan COVID-19 mampu tersebar melalui barang yang ditempah online.

4. ADAKAH PEMAKAIAN TOPENG MUKA MAMPU MENGHINDARKAN JANGKITAN COVID-19?

Secara umumnya, ia bergantung kepada situasi. Jika anda merupakan individu yang sihat, maka perlindungan yang diberikan oleh topeng muka tersebut hanyalah pada kadar sederhana. Ini bermakna anda masih berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19.

WHO menggalakkan penggunaan topeng muka pada mereka yang sakit dan individu yang menjaga pesakit (frontliner). Jika anda tidak tergolong dalam kumpulan tersebut, penggunaan topeng muka cumalah satu langkah pembaziran.

Kini, jumlah topeng muka semakin berkurangan dan harganya meningkat secara mendadak. Cara terbaik untuk menghindarkan jangkitan COVID-19 adalah dengan mencuci tangan secara kerap.


5. ADAKAH SAYA BERISIKO UNTUK MENDAPAT JANGKITAN COVID-19?

Risiko untuk anda mendapat jangkitan COVID-19 bergantung kepada beberapa faktor antaranya usia, penyakit kronik, imuniti badan dan faktor lokasi. Malaysia kini mengalami peningkatan mendadak dengan jumlah pesakit yang didiagnosis dengan jangkitan wabak ini. Oleh demikian, tanpa langkah pencegahan, anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan dan amalan jarak sosial bagi membendung wabak ini daripada terus menular. Seperti apa yang telah dibuktikan oleh beberapa wilayah di China, jangkitan ini boleh dibendung. Namun, jika langkah pencegahan tersebut diambil sambil lewa, kita bakal menyaksikan peningkatan mendadak pada gelombang ketiga wabak virus korona!

Antara individu yang berisiko adalah:

👉Golongan tua
👉Lelaki
👉Individu yang mempunyai penyakit kronik (penyakit peparu, kencing manis, masalah jantung)
👉Individu yang merokok

6. ADAKAH COVID-19 SAMA DENGAN SARS?



Wabak epidemik sindrom pernafasan akut teruk (SARS) yang pernah berlaku pada 2003 turut disebabkan virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae.

Jika dibandingkan dengan COVID-19, ia mempunyai struktur genetik yang hampir sama, namun berbeza. Sebab itu COVID-19 pernah digelar SARS-CoV 2 berikutan persamaannya dengan struktur virus SARS-CoV.


7. RUMAH KOTOR BOLEH TINGKATKAN RISIKO JANGKITAN WABAK KE?

Oleh sebab COVID-19 boleh hidup lama di luar badan manusia, pembersihan rumah perlu dilakukan secara berkala. Perkakasan, peralatan atau bahagian rumah yang banyak disentuh seperti tombol pintu, kabinet dapur, remote televisyen dan sebagainya perlu dibersihkan secara kerap.


Jika dalam kalangan keluarga, ada individu yang dikuarantin atau diisolasi, pastikan anda mengelap permukaan yang disentuh oleh mereka menggunakan cecair pembasmi kuman. Rumah yang kotor boleh menyebabkan penularan virus berlaku dengan lebih mudah.

8. APAKAH LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL BAGI MENGHINDARI JANGKITAN CIRUS KORONA?



WHO dan KKM menyarankan setiap individu untuk mencuci tangan secara kerap. Setiap sesi perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 saat. Walaupun ramai individu lebih suka menggunakan hand sanitizer namun, penggunaan air dan sabun adalah lebih berkesan.

Lapisan luar virus korona yang diperbuat daripada lemak merupakan lapisan yang memberikan sokongan lemah kepada struktur virus. Ia mudah untuk sebati bersama sabun. Kesannya, virus tersebut dapat dibasmi dengan mudah. Jika tiada air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer dengan kepekatan alkohol sekurang-kurangnya 60%.

Selain itu amalan jarak sosial juga boleh memberikan perlindungan kepada anda. Topeng muka hanya boleh dipakai sekiranya anda menjaga pesakit COVID-19. Jika tidak, elakkan daripada memakainya.

Sumber : Hellodoktor | Google Image

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)