Recent comments

Terbaru

Miliki Wajah Dan Kulit Bersih Sempurna Bersama Birdnest Facial Radiance by PNA

Puan Nadya Abdullah(PNA)hari ini melancarkan produk baharu keluaran PNA Legacy Sdn. Bhd, Birdnest Facial Radiance(BNFR)produk yang berfungsi 2 dalam 1, sebagai pencuci muka dan pencuci make up(make up remover)di Hotel Concorde Kuala Lumpur.



BNFR by PNA ini dihasilkan untuk membantu pengguna membersihkan kulit dari dalam, menanggalkan make up dengan mudah, mencegah dan mengatasi jerawat, mencerahkan kulit wajah, membantu mengurangkan jeragat, menghaluskan kulit, mengangkat sel kulit mati, mengurangkan radang kulit, meningkatkan daya penyembuhan kulit, bertindak sebagai antiseptic, mengatasi kulit berminyak, dan mengurangkan risiko kulit sensitif.







BNFR direka dalam tiub agar lebih mudah dibawa kemana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa dengan harga mampu milik serendah RM20 sahaja.


Puan Nadya Abdullah, BNFR ini merupakan produk penjagaan kulit yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan kulit.  "BNFR adalah produk kedua keluaran PNA Legacy Sdn.Bhd dan telah mendapat kelulusan makmal(labtest)dan mempunyai kelulusan KKM.

BNFR merupakan salah satu produk pencuci muka buatan Malaysia yang berkualiti. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau kerana ia sememangnya selamat. Malahan proses penghasilannya juga amat teliti.

Doakan agar BNFR terus mendapat tempat di hati pengguna. Dalam pada itu, PNA turut mengajak orang ramai terutama suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri dengan menyertai #SquadPNA.



Setiap individu berpeluang menjadi usahawan dengan modal hanya serendah RM75 sahaja. PNA turut melancarkan muzik video dan lagu untuk produk BNE by PNA yang dinyanyikan oleh Datin Alyah, menyaksikan klip video lakonan semula perjalanan sebelum bergelar usahawan bersama suami yang merupakan pengasas bersama, Mazrulhisyam Muhammad.





Klip video berdurasi 3 minit itu dihasilkan sebagai inspirasi kepada #PNAsquad dan orang ramai agar tidak mudah putus asa dalam usaha mendapatkan kehidupan yang lebih baik. 

Klip video ini memang cerita sebenar bagaimana jatuh bangun kami bersama-sama demi sesuap nasi. Nak beli susu anak, pampers anak memang sangat sukar masa tu. Kami buat macam-macam dan Alhamdulillah, Allah dengar doa kami.



Akhirnya berkat kesabaran dan usaha, kami dapat apa yang tidak pernah terjangkau pun dek fikiran," jelasnya. Tambahnya lagi, sebanyak 450 ribu unit BNFR telah terjual, meskipun ia baharu sahaja dilancarkan.

Majlis bertemakan Glamorous Fairytale ini dihadiri seramai 220 orang yang lerdiri daripada Queen of bird, titan, teader, Master stokis, stokis, dan juga PNASquad.



Majlis perlancaran ini turut menampilkan Elly Mazlein yang lebih mesra dipanggil sebagai Kak Lina Pompom dan Shuk sebagai pengacara majlis.

Video Birdnest Essence di Mingguan Wanita.



Birdnest Facial Radiance (BNFR) cuma berharga serendah RM 20 sahaja. Produk pertama Birdnest Essence telah mendapat sambutan yang luar biasa dan pengiklanan 4 buah badan bas Rapid Kuala Lumpur dan 1 di Penang. Tahniah di atas pelancaran yang amat berjaya kami ucapkan.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)