Kuasa untuk Bermain, Penstriman, dan Multitugas Serentak dengan Samsung Galaxy A07 5G Baharu
Kuasa untuk Bermain, Penstriman, dan Multitugas Serentak dengan Samsung Galaxy A07 5G Baharu
Penambahan terbaru dalam siri Galaxy A menyediakan akses kepada kemudahan lebih hebat dengan pengalaman teras AI bersepadu, ketahanan yang dipertingkat, dan prestasi yang lebih mantap.

Samsung Electronics mengumumkan pelancaran Galaxy A07 5G baharu. Model terbaru ini membawakan kapasiti bateri terbesar dalam barisan siri A, pemproses 6nm untuk pemuatan lebih pantas, serta ciri AI termasuk Google Gemini dan Circle to Search with Google untuk memberikan kemudahan melalui pengalaman mudah alih. Dengan dwi-kamera untuk penceritaan media sosial yang lebih baik, kadar segar semula (refresh rate) yang lebih lancar, dan skrin yang lebih cerah, pengguna boleh menikmati kandungan kegemaran mereka di mana sahaja.
Nikmati Pengalaman Hiburan Lebih Baik dan Lama
Strim filem dan rancangan TV berjam-jam lamanya dengan bateri 6,000mAh Galaxy A07 yang dibina untuk prestasi tahan lama. Dengan kapasiti bateri 120% lebih besar, pengguna boleh terus berhubung lebih lama semasa dalam perjalanan dan menikmati masa main balik video yang dilanjutkan tanpa perlu risau tentang pengecasan semula.
Paparan skrin 6.7 inci dari hujung ke hujung yang imersif digabungkan dengan kadar segar semula 120Hz membolehkan peralihan lebih lancar dan skrol tanpa gangguan. Sementara itu, Mod Kecerahan Tinggi (High Brightness Mode) memberikan sehingga 800 nits, memastikan paparan tetap jelas walaupun di bawah cahaya matahari.
Prestasi dan Kebolehpercayaan yang Hebat
Rakam butiran penting dengan dwi-kamera belakang 50MP (utama) dan 2MP (kedalaman). Pemproses imej canggih mengimbangi cahaya dan bayang untuk hasil yang jelas dalam pelbagai keadaan. Kamera hadapan 8MP pula memastikan swafoto yang tajam dengan hingar (noise) yang minimum.
Untuk ketahanan harian, Galaxy A07 5G dilengkapi dengan penarafan IP54 (rintangan habuk dan air). Bahagian belakangnya diperbuat daripada Glass Fiber Reinforced Polymer untuk perlindungan terhadap calar atau pecah. Peranti ini juga nipis dengan ketebalan 8.2mm dan berat 199 gram.
Pengalaman Teras AI yang Serba Boleh
Pengguna kini mendapat akses kepada ciri AI seperti Gemini dan Circle to Search. Aktifkan Gemini menggunakan kekunci sisi untuk membantu tugasan kompleks merentas aplikasi Galaxy dan pihak ketiga. Anda juga boleh berinteraksi dengan Gemini Live menggunakan percakapan natural. Circle to Search pula memudahkan carian maklumat mengenai apa sahaja yang anda lihat di skrin—sama ada imej, muzik, atau teks.
Pengalaman Galaxy Masa Depan yang Selamat
Galaxy A07 5G akan menerima enam generasi peningkatan OS Android dan enam tahun kemas kini keselamatan. Dilengkapi dengan One UI 8.0, ia menawarkan lebih banyak pilihan personalisasi. Keselamatan data juga terjamin dengan Samsung Knox Vault yang menggunakan perkakasan tahan godam khusus untuk melindungi maklumat peribadi sensitif.
Harga dan Ketersediaan
Galaxy A07 5G boleh didapati mulai 30 Januari 2026 dalam pilihan warna menarik: Light Green, Light Violet, dan Light Black.


Sempena pelancaran di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif dari 30 Januari sehingga 28 Februari di Samsung Online Store, Samsung Experience Stores, peruncit sah, dan platform e-dagang terpilih. Pelanggan yang membeli model terpilih layak membeli satu unit model MBO pada harga diskaun dalam satu resit.