Recent comments

Terbaru

Pelancaran Platform Maya Pertama di Malaysia Bersama Datuk Wira Lee Chong Wei

Datuk Wira Lee Chong Wei, bekas pemain badminton negara, telah mengorak lagi selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Aisportz, platform maya untuk rakyat Malaysia dan dunia agar kekal positif dan bermotivasi bersama atlet kebangsaan dan antarabangsa kegemaran mereka.




Aisportz menawarkan siri cabaran kecergasan yang boleh dilakukan oleh ahli-ahlinya di mana-mana lokasi, bila-bila masa dan memuat naik hasilnya ke laman web.



Cabaran pertama adalah Cabaran Larian Maya Aisportz, di mana ahli perlu menamatkan larian sejauh 5km dan mendapat pingat pertama untuk Cabaran 12 Pingat.



Pada majlis pelancaran, CEO Aisportz, Vincent Siow mengatakan bahawa idea platform kecergasan ini untuk memotivasikan rakyat Malaysia agar kekal sihat dalam realiti baharu.



“Kami percaya untuk menghasilkan aksesibiliti kecergasan kepada semua, di mana sahaja. Untuk mencapainya, kami menghasilkan program kecergasan berdasarkan matlamat yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa mengira tahap kecergasan mereka.



Berkoloberasi dengan Datuk Wira Lee Chong Wei sebagai motivator utama, dan merancang untuk memperkenalkan lebih banyak lagi personaliti sukan pada masa hadapan. Dengan cara ini, rakyat Malaysia kekal cergas secara dalam talian di samping bintang sukan kegemaran mereka mahupun mencabar hasil terbaik mereka untuk keseronokan.



Untuk konsep kecergasan, Airsportz juga berkoloberasi dengan Royal Selangor untuk rekaan dan penghasilan Pingat Cabaran yang eksklusif.




Setelah kesemua 12 pingat dikutip, ia akan menghasilkan bentuk bulu tangkis sebagai tanda penghormatan terhadap pencapaian dunia Datuk Lee Chong Wei.



Kehalusan pembuatan pingat timah ini sangat eksklusif, yang tidak boleh anda beli. Anda hanya boleh mendapatkannya setelah melengkapkan setiap Cabaran.

Mengumpul kesemua 12 pingat akan menjadi pencapaian peribadi yang signifikan, di mana ahli boleh mempamerkannya dengan rasa bangga di bahagian trofi khas.



Ianya juga menggambarkan semangat Datuk Wira Lee Chong Wei yang telah memenangi 12 buah pingat dari tahun 2004 hingga 2018 dalam Kejohanan Malaysia.

Dengan kegigihan dan semangat tidak berputus asa, beliau telah berjaya merangkul 12 kejuaraan dalam tempoh 15 tahun.



Cabaran yang seterusnya akan diumumkan setiap dua bulan sekali, dengan aktiviti yang disasarkan untuk semua golongan dan kumpulan umur, merangkumi cabaran plank (senaman papan) hingga yoga.

Sesiapa yang menyertai cabaran akan mendapat pingat eksklusif daripada Royal Selangor dan juga sehelai T-shirt daripada Yonex yang menampilkan rekaan unik untuk setiap cabaran.



Pelancaran di Royal Selangor, Datuk Wira Lee menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menyertai Aisportz bersama rakan dan keluarga mereka, agar menjadikan kecergasan bukanlah hanya satu matlamat tapi salah satu gaya hidup yang menyeronokkan.

Jom sama-sama menyertai cabaran Aisportz di www.aisportz.com dan untuk maklumat lanjut layari laman sosial media mereka :

Facebook : https://www.facebook.com/aisportzofficial/
Instagram : https://www.instagram.com/aisportzofficial/

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)