Terkini | New

Pemeriksaan Kaki Percuma Di JennOrtho Mid Valley Kuala Lumpur.

Kali ini kami berpeluang untuk ke JennOrtho yang terletak di tingkat 2 Mid Valley, Kuala Lumpur.  JennOrtho menawarkan pemeriksaan tapak kaki secara percuma.



Jika ada keluarga atau kawan-kawan yang mempunyai masalah sakit pinggang, sakit tulang belakang dan sakit lutut, kemungkinan ia berpunca dari tapak kaki yang bermasalah dan tidak stabil.




Kami sempat membuat pemeriksaan tapak kaki secara percuma menggunakan 3D Scanner. Kami disarankan menggunakan customised orthotic insole dalam kasut atau membeli kasut yang ada removable insole.







Ortotik perubatan khas 3D adalah insole lapik kasut bagi penjagaan kaki yang dipakai di dalam kasut sukan, kasual, atau kasut khas. Ia boleh dibuat secara 'ready made' dan 'custom made' untuk pemakai kasut.

Ortotik perubatan khusus 3D membantu kaki anda berfungsi dalam kedudukan neutral yang optimum dan menghilangkan keperluan badan anda untuk mengimbangi ketidakseimbangan di bahagian bawah kaki seperti pergelangan kaki, lutut, pinggul dan punggung.





Ortotik perubatan khas 3D membantu untuk menyokong kaki, badan, sendi dan otot yang lain agar dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit.



Pelbagai jenis insole yang di tawarkan bukan hanya untuk kegunaan harian sahaja tetapi untuk mereka yang memerlukan dalam pelbagai aktiviti.








Insole 3D siap yang dibeli di kedai tidak disesuaikan dengan kaki anda dan oleh itu mungkin sedikit mempengaruhi biomekanik kaki jadi di JennOrtho kaki anda akan di periksa bagi memastikan mendapatkan insole yang memberikan keselesaan buat semua yang memakainya.

Pemakaian insole diharuskan pada awal kanak-kanak lagi mendapatkan poster badan yang betul. Pelbagai masalah kaki yang sering dihadapi kanak-kanan seperti tumit, buku lali, gaya berjalan dan senget ke tepi dapat dielakkan.





Selain daripada 3D insole, terdapat juga kasut-kasut terkini yang turut dijual dan kasut-kasut khas bagi mereka yang memerlukan. Banyak pilihan menarik dari kasut kanak-kanak hinggalah dewasa.





Kami juga berpeluang bertemu dengan Dato Dr Edmund Lee iaitu Orthotist & Prosthetics yang terkenal di Malaysia dan menerima pandangan dan nasihat untuk mendapat maklumat mengenai kesihatan  kaki. 

Dr. Edmund begitu komited untuk meneruskan generasi keluarganya dalam bidang perubatan ini. Ini kita boleh lihat dengan perkembangan LEE Prosthetics and Orthotics (LPOC) yang ditubuhkan pada tahun 1978. Seterusnya Dr. Edmund memutuskan untuk melangkah lebih jauh dengan menubuhkan MyORTHO pada tahun 2010. 

Jadi jangan risau mereka memang pakar dalam memastikan kesihatan kaki para pengguna.






Jom singgah ke JennOrtho untuk mendapatkan konsultansi secara PERCUMA bersama Dr. Edmund dan pelbagai promosi lain.

Terdapat juga promosi custom-made insole (Harga asal RM2399, Harga promosi adalah RM2199) dan program keluarga beli 3 PERCUMA 1.

Untuk promosi lain dan maklumat terkini anda boleh layari laman web dan laman sosial mereka :

Laman web : http://www.jennortho.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/jennortho/
Instagram : https://www.instagram.com/jennorthoworld/

JennOrtho
Alamat : S011 2nd Floor, Mid Valley Megamall.
#DrEdmundLee #JennOrtho