Recent comments

Terbaru

MALAYSIA VIRTUAL EXPERIENCE (MyVXp) – PELANCONGAN DIGITAL TANPA BATASAN

MALAYSIA VIRTUAL EXPERIENCE (MyVXp) – PELANCONGAN DIGITAL TANPA BATASAN

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui inisiatif Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) hari ni dengan rasminya melancarkan Malaysia Virtual Experience (MyVXp), satu usaha dalam meningkatkan produktiviti industri pelancongan dalam suasana norma baharu dengan mensasarkan sehingga 1000 prototaip pengalaman pelancongan secara langsung atas talian.

Program MyVXp bermula pada bulan Mei 2020 dan kini telah berjaya melatih lebih 450 orang hos melalui sesi-sesi pementoran atas talian yang dikendalikan oleh 14 mentor yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam inovasi produk, pemasaran dan promosi secara digital, dan adaptasi teknologi dalam persembahan secara langsung secara maya. 


Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Hj. Abu Seman berkata “Usaha TPN dalam menghasilkan produk pelancongan secara maya adalah bertepatan dengan aspirasi MPC dalam memastikan teknologi dan digitalisasi dimaksimakan dalam meningkatkan produktiviti industri. Teknologi bukan lagi satu alternatif dalam bergerak ke hadapan, ia adalah satu kemestian. Dalam suasana ketidaktentuan disebabkan pandemik COVID-19, teknologi dan digitalisasi kekal sebagai elemen yg konstan sebagai pemangkin produktiviti dan ia hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya.” 

Beliau menekankan bahawa MPC akan terus melaksanakan mandat melalui Malaysia Productivity Blueprint (MPB) dalam meneraju produktiviti negara melalui usaha kolaborasi dengan para penggiat industri yang merupakan pemain utama ke arah mencapai sasaran produktiviti negara.



Sentimen yang sama disuarakan oleh Uzaidi Udanis, Pengerusi Nexus Produktiviti Pelancongan melalui kenyataan beliau “Sebagai seorang penggiat industri, saya merasai sendiri impak negatif COVID-19 ke atas syarikat pengusaha pelancongan. Rakan-rakan ada yang menutup sementara perniagaan dan berada dalam situasi yang amat sukar kerana ketiadaan aliran tunai masuk. 

Ini adalah tujuan utama program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) iaitu untuk membantu para pemain industri menjana pendapatan dengan menggunakan teknologi sebagai alat.”



“Pementoran selama 10 jam di dalam program MyVXp melengkapi para pemain industri dengan 5 modul utama yang membantu mereka dalam inovasi produk daripada penyampaian secara offline kepada secara langsung atas talian. 



Kepada para pelancong, ia adalah satu alternatif untuk pengalaman melancong tanpa batasan, yang mana mereka masih boleh “mengembara” dan melalui pelbagai pengalaman dengan selesa dan selamat tanpa perlu meninggalkan rumah. Anda tidak perlu ke Gunung Kinabalu, tetapi kami bahawakan Gunung Kinabalu ke ruang tamu rumah anda.”




MyVXp dijangkakan selesai menjelang akhir tahun ini. Individu yang berminat untuk menyertai MyVXp boleh merujuk kepada FB Tourism Productivity Nexus (TPN). 

Manakala orang ramai boleh merasai pengalaman melancong secara maya tanpa batasan dengan melayari https://www.kofkino.com/ dan https://exploremalaysiavirtually.com/ di mana lebih 150 produk MyVXp telah sedia untuk menemui para pelancong digital. Tiket dijual di antara RM 15 – RM 50 untuk pengalaman secara maya selama 60 – 90 minit.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)