Terkini | New

Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut, Perak | Lokasi percutian menarik untuk keluarga

Percutian menarik kali ini yang kami ingin kongsikan kepada anda adalah penginapan menarik kami selama tiga hari dua malam di Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut, Perak (SCHA).



Percutian dan penginapan dibawakan oleh SGI Vacation Club. Nanti akan ceritakan secara penuh di hujung penulisan. Kami di sambut dengan minuman dan lobi ruang menunggu yang selesa dan luas.









Perjalanan dari Kuala Lumpur selama empat jam hilang letihnya melihat apartment studio yang menarik dan cantik ini. Bilik yang besar dan boleh menempatkan 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.


Anda lihat sendiri apa yang terdapat di dalam bilik apartment studio yang nampak baru dan bersih ini. Hiasan, susun atur perabot dan kekemasan yang di berikan tampak mewah.



Anda pasti sukakan ciri-ciri perabot kayu dan almari yang menjadikan bilik tampak berseni dan kemas.






Selain dari perabot dan hiasan terdapat juga fasiliti bilik seperti :

- Ruang dapur (peti sejuk dan singki serta peralatan memasak)
- Ruang makan dengan set meja makan 4 Orang.
- TV LED 40’ yang besar
- Kipas siling dan penyaman udara
- Katil bersize besar dan bantal
- Ruang Bilik yang luas dan besar (sofa boleh jadi tempat tidur)
Ruang bilik air yang luas dan kemas.





Tidak sabar untuk kami kongsikan fasiliti yang terdapat Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut, Perak ini. Apa yang paling menarik perhatian kami adalah kolam renang yang sangat besar.




Kolam mandi yang besar untuk orang dewasa dan kanak-kanak sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga dan kawan-kawan.




Antara fasiliti lain yang anda boleh di gunakan untuk beriadah di Swiss-Court Holiday Apartments adalah :

Sauna room
Darts, Table Tennis, baskelball, soccer, American Pool Table, Monopoly & Chess
Karaoke
Mini-Water Theme Park
Swimming pool dengan pelbagai pilihan pelampung
Jungle Trekking
Night Fun Fishing
BBQ pit rental
Sunset view at the beach Golf view at the beach

 


Taman permainan yang besar ini turut menjadi tarikan ramai kanak-kanak. Memang sangat luas sesuai aktiviti riadah sekeluarga.







 








Swiss-Court Holiday Apartments Damai Laut menyediakan kemudahan buggy yang untuk ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut yang mengambil masa sekitar 5-10minit.

Untuk pengetahuan anda penginapan kami di Swiss-Court Holiday Apartment jadi terdapat dua lagi penginapan iaitu Swiss Garden Beach Resort dan Swiss-Villa. Jarak antara dua penginapan ini anda boleh berjalan kaki tapi lebih cepat jika berkenderaan. 

Anda dapat menikmati restoran yang menarik di sana serta aktiviti sukan air dengan kolam lain yang besar dan cantik.





Antara restoran yang boleh anda kunjungi dan rasai sendiri makanan dari chef-chef yang hebat. Terdapat tiga restoran yang ditawarkan iaitu Garden Terrace, Thai Taste, Swiss deli dan The Blue Chip Lounge di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut.
Suasana bertambah menarik ketika waktu malam dengan lampu-lampu yang berkilauan.




Antara hidangan yang sempat kami rasai di Garden Terrace Restaurant yang menyediakan sarapan pagi, tengahari dan malam.




 







Pelbagai aktiviti sukan air yang anda boleh lakukan kerana ia berdekatan dengan laut. Memang teruja dengan pantai yang cantik untuk bermandi manda. Jika berkunjungi ke sini pastikan anda mencuba aktiviti-aktiviti seperti : 

1. Jetski
2. ATV
3. Menunggang kuda
4. Berkayak
5. Banana Boat
6. Memancing pada waktu malam
7. Nature walk














Bila sudah turun ke pantai kami bergambar dan menikmati suasana sejuk bayu pantai. sempat menikmati keindahan pantai sambil bermandi-manda.



Anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam sebelum menunggu suasana malam atau makan malam. Suasana romantik kerana restoran ni betul-betul menghadap pantai.




Percutian bersama SGI Vacation Club memang tidak dapat dilupakan dengan apartment yang luas dan cantik. Segalanya pasti berbaloi jika anda sendiri turut bersama kami di percutian akan datang.

Kelebihan menjadi ahli SGI Vacation Club untuk kami kongsikan kepada anda semua. SGI Vacation Club adalah anak syarikat OSK Holdings Berhad yang menyediakan vacation club programmes and services sebagai sebahagian daripada OSK's Group Hospitality Division. Ia telah dibangunkan sejak September 2001.

Jika anda menjadi ahli SGI Vacation Club anda akan dapat menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan khas untuk ahli SGI Vacation Club:

1. Effective cost-saving on accommodation

Room rates starting from RM81++ per night worldwide
2. Opportunity to travel to over 3,000 quality hotels and resorts

Through our affiliate partner, Interval International, members can enjoy endless holiday options in metropolitan, historical or entertainment city hotels, peaceful lakeview or beach resorts or even vacation homes in a luh suburban area according to their travel needs.

3. Hedge against inflation

Secure today's accommodation prices for all future vacations.
4. Hedge against currency exchange

Enjoy 15 years of overseas travelling without worrying on currency fluctuation. Estimated price per night remain unchanged even though currency fluctuates.
Maklumat Lanjut Mengenai Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai percutian dan pakej-pakej yang disediakan di Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA) ni, anda boleh menghubungi pihak SCHA di :

WEBSITE
Swiss-Court Holiday Apartment (SCHA)
Hala Damai 3, Jalan Damai Laut,
Off Jalan Teluk Senangin, 32200, Lumut, Perak.
Tel : +605 6181133/1409/1100 

  SGI Vacation Club
WEBSITE | FACEBOOK
SGI Vacation Club Berhad (Company No. 391578-V)
(A member of OSK Group)
S-7-01 & 7-02, Swiss-Garden Residences,
No. 2A Jalan Galloway,
50150 Kuala Lumpur, Malaysia.
T: 603 2788 6688 ext 691
F: 603 2788 6689
M: 6017 3833 657
W: www.sgivacationclub.com